B10

Drama Series 2804

"I have no choice Rain.. Nyawa Ayres dalam bahaya sekarang, dan abang harap kamu faham situasi abang."

Kata-kata terakhir Danzel sebelum pergi terngiang-ngiang di telinganya.

"Argh...! F*** this! Cukuplah atas apa yang berlaku dekat Ayres, dan aku tak akan biarkan ianya pulak terjadi pada abang Dan."

Rain tidak tentu arah memikirkannya seperti orang gila tangannya tidak berhenti-henti mengusut-ngusutkan rambutnya yang serabut di dalam wad itu seorang diri.

"Maafkan Rain abang Dan, Rain terpaksa mungkir janji sebab kalau apa-apa terjadi pada abang, Rain tak mungkin dapat maafkan diri Rain sendiri. Sekarang ni, cuma 1orang je yang aku percaya boleh tolong aku."

"Hello Rain?"

"Kak Ariel..?"

Rain mendengar suara Ariel yang baru saja bangun dari tidur di talian.

"Rain, kamu okey ke Rain? Kenapa kamu telefon kakak tengah-tengah pagi ni?"

"Rain nak beritahu kakak pasal abang Dan."

"Abang Dan? Apa yang kamu cakap ni Rain kakak tak faham? Mana abang Dan, bukan ke dia ada bersama dengan kamu dekat hospital sekarang?"

"Abang Dan tak ada dengan Rain kak, dia...."

"Kamu buat kakak takut je Rain, apa yang kamu nak beritahu kakak sebenarnya ni Rain cakaplah?"

Akhirnya Rain menceritakan segala-galanya pada Ariel di talian.

______

"Hello?"

"Tepat pada masanya. Sekarang dengar baik-baik ACP, aku nak kau ikut arah yang aku beritahu kau dan kita akan jumpa nanti di sana. Jangan lambat sebab nyawa mereka semua terletak di tangan kau kerana kau yang akan menentukan sama ada mereka hidup atau pun mati ACP Danzel Glenn.."

"Wait! Kau cakap apa ni, mereka siapa yang kau maksudkan ni? Nyawa siapa lagi yang kau cuba libatkan s***!"

"Surprise, surprise.... Kau akan tahu nanti."

Danzel terus menghidupkan enjin keretanya dan memecut begitu laju ke tempat yang di arahkan oleh Dylan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience