B11

Drama Series 2804

Ayres di kurung dalam sebuah sangkar kaca yang penuh dengan beratus-ratus ekor pelbagai jenis ular.

"Abang Danzel! Daddy! Tolong Ayres, Ayres takut! Please.. Let me go!"

Meraung Ayres meronta-ronta merayu agar di lepaskan di hadapan Dylan, Crizen bersama-sama orang bawahannya yang menyaksikannya begitu tenang sekali tanpa rasa simpati mereka terhadapnya.

"Tolonglah lepaskan aku.. Aku merayu.. Lepaskan aku...."

Di sebabkan jeritan Ayres yang terlalu lama dirinya semakin lemah kerana kepenatan.

"Cukup! Lepaskan dia!"

Jerit Danzel spontan sehingga memeranjatkan ayahnya juga orang-orangnya.

"Bawak dia masuk dalam bilik dia sekarang dan jangan berani-berani siapa-siapa pun cuba sentuh dia tanpa kebenaran aku, faham!"

Dylan terus beredar sambil di perhati tajam oleh Crizen.

______

"Nampaknya kamu terlalu berlembut dengan dia, boleh dad tahu kenapa kamu buat macam tu?"

"Dad?"

Sapa Crizen dari belakang melihat Dylan sedang berdiri tegak termenung ke arah luar tingkap biliknya.

"Dad nak polis Eagle Forces tu rasa pulak macam mana yang kita rasakan sekarang seperti mana kita kehilangan Hayzel!"

"Tidak dad!"

"Kenapa tidak? Kamu jangan lupa Dylan, Hayzel tu adalah abang kamu sendiri yang kamu perlu tuntut bela atas kematian dia! Dan dad tak nak kamu berlembut dengan perempuan tu!"

"Siapa kata Dylan berlembut dengan dia dad, tolonglah percayakan Dylan? Cuma itu je yang Dylan mintak daripada dad."

"Baik! Dad nak tengok sejauh mana setia kamu terhadap Crizen Zackery atas nama keluarga kamu sendiri Dylan."

______

"Tanpa kau, aku tak mungkin dapat bermain dengan abang kau Danzel. Sebab tu, kau teramat penting buat aku Ayres. So, let's play.."

Dylan mengusap-ngusap lembut rambut Ayres sambil menatapi wajah pucatnya yang sedang terbaring lemah tidak sedarkan diri di atas katil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience