B8

Drama Series 2804

"Abang Dan...?"

Ayres tersedar dari pengsan.

Badannya begitu lemah penuh dengan lumuran darah cuba menguatkan semangatnya untuk bangun dari atas lantai yang begitu dingin.

"Aku dekat mana ni, Rain, Rain dekat mana? Ayres takut Rain, jangan tinggalkan Ayres Rain! Rain...!"

Jerit Ayres menangis ketakutan mencari-cari Rain di dalam bilik usang itu.

"Kau dah sedar? Bagus, tak payahlah aku nak susah-susahkan diri aku kejut kau sebab sekejap lagi bos aku nak jumpa dengan kau tapi sebelum tu apa kata kita berseronok dulu. Aku nak balas dendam untuk bos aku Hayzel atas apa yang abang kau Danzel dah buat pada Hayzel."

Kata seorang lelaki begitu bengisnya yang muncul masuk ke dalam biliknya.

Lelaki bengis itu telah memukul Ayres begitu kejamnya tanpa henti sehingga Ayres jatuh pengsan semula tidak sedarkan diri.

BANG! BANG! BANG! BANG! BANG! Das tembakan telah di lepaskan sebanyak 5 kali tanpa Ayres tahu dari mana arah datangnya secara mengejut.

"Aku tak suruh kau sentuh dia. Jadi, jangan berani-berani kau cuba sentuh dia tanpa kebenaran aku d*****!"

Ayres terdengar suara seorang lagi lelaki sedang bercakap sebelum dirinya benar-benar pengsan.

______

"Aku dekat mana ni, aku dah mati ke?"

Soal Ayres setelah sedar semula.

"Jangan risau, aku telah pun bawak kau ke tempat yang lebih selesa dan kau belum mati lagi kerana aku akan pastikan nyawa kau selamat. Sebab nyawa kau terlalu berharga pada aku buat masa sekarang. Kalau itu jawapan yang kau nak dengar dari aku."

Jawab seorang lagi lelaki muncul di depannya dengan merawat luka-luka dan lebam-lebam pada badan Ayres tanpa Ayres menyedarinya sepanjang dirinya jatuh pengsan.

"Ahhh...! Kau buat apa ni? Jangan sentuh akulah! Jauhkan diri kau daripada aku! Apa yang kau nak dari aku sebenarnya? Lepaskan aku, aku nak balik! Kau dengar tak?!"

Jerit Ayres seperti orang hilang akal dengan menepis tangan lelaki itu yang sedang menyentuh badannya.

Kata-kata Ayres membuatkan lelaki itu terus mengeluarkan senjata apinya dari belakang jaketnya dan meletakkan di atas meja bersebelahan Ayres.

"Aku cuma nak balut luka kau tapi kalau kau rasa aku menyakiti kau, ambik senjata api tu dan tembak aku sekarang. Tapi, aku tak rasa dengan bunuh aku, kau boleh lari daripada tempat ni dengan selamat. Sebab orang-orang aku telah mengawal ketat tempat ni. So, nasihat aku, jangan bazirkan tenaga tu okey princess?"

Kata lagi lelaki itu tenang sambil dirinya masih fokus meletakkan ubat tanpa menghiraukan kedegilan Ayres padanya.

Ayres yang takut mendengarnya hanya mematungkan diri memerhatikan lelaki itu mengubati lembut luka juga lebamnya tanpa dirinya merasa sakit dan setelah selesai.

"Lepaskan aku, kau tentu tahu yang ayah dan abang aku adalah polis! Dan aku yakin diorang tak akan duduk diam macam tu je!"

Ugut Ayres.

"Jangan risau princess, aku sentiasa mengalu-alukan kedatangan mereka berdua. And.. You're welcome.."

Sindirnya sambil mengeyitkan matanya pada Ayres dan terus beredar keluar dari biliknya.

______

"Ingat, siapa-siapa cuba sentuh perempuan tu, dia akan ikut jejak macam ni!"

Tegas lelaki itu sebagai ketua besar kepada anak-anak buah bawahannya dengan menunjukkan mayat lelaki bengis yang di bunuhnya tadi.

______

"Kenapa kamu tak bunuh je perempuan tu Dylan?"

Crizen memandang ketat anak lelakinya itu.

"No dad, Dylan ada plan besar untuk abang dia Danzel. Bukan ke Dylan dah berjanji pada dad yang Dylan akan buat hidup dia macam dalam neraka lepas ni..? So, dad tengok je, kejutan apa yang akan menanti dia. Permainan baru saja bermula Danzel Glenn.."

Jawab Dylan dengan senyuman sinisnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience