B4

Drama Series 2804

"Babe tak boleh buat macam ni babe, babe tahukan yang pertunjukkan fesyen tu besok malam? Tak akan babe nak Ayres terus tarik diri macam tu je?!"

Danzel terdengar dari luar pintu bilik Ayres bertengkar di dalam telefon bimbitnya.

"So, apa masalahnya tarik diri jelah.. Rain tak nak tengok babe pakai baju-baju seksi babe tu di depan semua kawan-kawan lelaki kolej Rain! Babe faham tak?!"

Berdebat Rain iaitu teman lelaki Ayres dalam talian.

"Macam mana pulak dengan Jac your ex? Pakai seksi-seksi cuba nak goda babe depan Ayres! Ingat Ayres buta ke?!"

Tengking Ayres lagi.

"Babe cakap apa ni? Rain tak sangka babe masih lagi tak percayakan Rain. Kenapa mesti nak libatkan Jac dalam hal kita? Berapa kali Rain nak beritahu babe yang Rain dah tak ada apa-apa perasaan pun pada Jac. Itu cerita lama babe. Tolonglah jangan cakap perkara yang mengarut-ngarut lagi.."

Pujuk Rain.

"No! I don't care babe! Ayres tetap akan teruskan jugak! Babe tak boleh paksa Ayres!"

Tegas Ayres.

"Baik, kalau macam tu terpaksalah Rain tarik babe turun daripada pentas di depan semua orang. Babe yang paksa Rain."

Nada Rain serius.

"I hate u Rain! Go to hell!"

Maki Ayres.

"Satu perkara lagi babe. Tolong belajar kawal sikit cemburu tu sebab Rain rasa rimas sangat. Lepas tu baru datang jumpa Rain. Ok babe?"

Sindir Rain.

"Screw u Rain!"

Jerit Ayres terus memutuskan panggilannya.

"Ayres....?"

Danzel terus masuk ke dalam biliknya kerana melihat Ayres menangis.

"Abang Dan?"

Terkejut Ayres.

"Shhh.. Come here."

Danzel memeluk lembut Ayres cuba menghilangkan rasa kesedihannya itu.

"Ayres bencikan Rain abang, Ayres bencikan dia!"

Ayres menangis teresak-esak dalam pelukan Danzel.

"Kenapa Rain tak macam abang? Sikap abang jauh berbeza daripada Rain."

Merungut Ayres.

"Sebab abang bukan Rain."

Usikkan Danzel membuatkan Ayres terus berhenti daripada menangis.

"Kak Ariel sememangnya beruntung sangat dapat abang. Macam mana hubungan abang dengan kak Ariel sekarang?"

Danzel terus melepaskan pelukannya pada Ayres dan wajahnya berubah sugul.

"Abang tak tahu Ayres. Apa hubungan kami berdua yang sebenarnya? Kak Ariel macam tak sukakan lelaki dari apa yang abang perasan selama kami berdua bersama dalam unit Eagle Forces. Kalau boleh semua lelaki dalam dunia ni dia benci."

Danzel meluahkan perasaannya pada Ayres.

"Abang cintakan kak Ariel?"

Soal Ayres lembut.

"Buat masa ni, biarlah ianya hanya sebagai hubungan rakan sekerja. Kerana pada abang itu lebih baik dan tak memeningkan kepala abang nak fikir pasal hal ni."

Jawab Danzel tenang.

"Maksud abang pening macam hubungan Ayres dengan Rain ke?"

Ayres pula mengusiknya.

"Abang tak cakap. Ayres yang cakap."

Ketawa kecil Danzel bersama Ayres.

"Terima kasih abang sebab sentiasa bersama Ayres bila Ayres perlukan abang."

Ayres merenung lembut wajah Danzel.

"Ayres tahukan yang abang sayang sangat dekat Ayres dan jugak dad. Sebab hanya kamu berdua saja keluarga yang abang ada. Abang akan sentiasa lindungi Ayres walau apa pun yang terjadi dan tetap cari Ayres bila Ayres hilang dari pandangan mata abang."

Danzel memegang mesra bahu Ayres tanda sayangnya pada adiknya itu.

"Ayres jugak sayangkan abang. Terima kasih abang kerana menjadi abang yang terbaik buat Ayres."

Ayres terus memeluk abangnya dengan penuh rasa cintanya sebagai ahli keluarganya.

Danzel sebaliknya membalasnya dengan mencium lembut dahi Ayres dan mereka berdua berpelukan sayang untuk seketika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience