B13

Drama Series 2804

"Abang Dan..?"

Suara sayu Ayres mengejutkan Danzel dari tidurnya.

Danzel mencari-cari keberadaan Ayres di dalam biliknya.

"Ayres ada dekat sini abang.."

Danzel menoleh ke arah suara Ayres dan melihat Ayres berada di luar balkoni dengan berdiri membelakanginya tanpa memandang wajahnya.

"Ayres? Betul ke ini Ayres, adik abang..? Ayres tahu tak yang abang terlalu rindukan Ayres selama Ayres hilang dari dalam hidup abang dan jugak dad?"

"Abang tipu! Kalau betul abang sayangkan Ayres, kenapa abang tak cari Ayres dan selamatkan Ayres..?"

"Abang cuba Ayres sedaya-upaya abang untuk selamatkan Ayres. Tapi abang tak mampu.. Sebab abang...."

"Sebab abang tak pedulikan walaupun Ayres mati kerana Ayres bukan adik kandung abang sendiri betulkan abang Dan?"

"Jangan cakap macam tu Ayres.. For god's sake Ayres, tak pernah terlintas langsung dalam fikiran atau hati abang anggap Ayres macam tu.. Tolonglah tarik balik kata-kata tadi Ayres.. Abang merayu sangat-sangat pada Ayres.."

"Dah terlambat abang."

"Tak Ayres, tak! Tunggu abang.. Abang tetap akan datang selamatkan Ayres.. Dan abang tak peduli walau apa pun yang akan terjadi pada abang. Abang sanggup Ayres.. Abang sanggup korbankan nyawa abang semata-mata demi Ayres.. Percayalah pada abang..?"

Danzel menitiskan air mata teramat sebaknya mendengar kata-kata Ayres terhadapnya.

"Ayres...?"

Hati Danzel bertambah sedih apabila Ayres menangis di hadapannya. Perlahan-lahan sebelah tangannya cuba menyentuh bahu kiri Ayres.

"Macam mana Ayres nak percayakan abang, sedangkan Ayres dah pun mati abang.."

"Apa yang Ayres cakap ni?"

"Ayres dah mati abang!"

"Apa?!"

"Aku dah mati Danzel!"

BANG! 1 das tembakan tepat mengenai kepala Ayres dengan wajahnya yang berlumuran darah begitu mengerikan sebaik sahaja kepalanya menoleh ke arah Danzel di belakangnya.

"Ayres....!"

"It's okay Dan, It's okay.. Ariel ada dekat sini Dan.. Ariel ada.. Ariel tak akan tinggalkan Dan.. I promise.."

Ariel cuba menenangkan Danzel yang meracau-racau sebaik sahaja tersedar dari mimpi buruknya. Tangannya mengusap-ngusap lembut rambut dan belakang badannya.

"Dan kehilangan Ayres, Ariel.. Dan dah kehilangan dia...."

"Kenapa Dan cakap macam tu..?"

"Dan mimpi buruk pasal Ayres, Ariel. Dalam mimpi Dan, wajah Ayres penuh dengan darah. Dan apa yang buat Dan takut sekali sebab Ayres kena tembak dekat kepala dia. Dan gagal Ariel.. Dan dah gagal selamatkan Ayres.. Sebab Dan lemah. Dan tak mampu nak hadapi semua ni lagi.."

Danzel menangis sebak dalam pelukan Ariel.

"Tak Dan, Dan tak boleh putus asa macam ni.. Selagi kita tak jumpa jasad Ayres, percayalah, yang Ayres masih lagi hidup Dan.. Trust me..?"

"Ariel masih tak nampak lagi ke dengan apa yang dah berlaku?! Sebab Dan, Ayres kena culik! Dan sebab Dan jugak Danny mati kena tembak! Ariel tak nampak ke semua tu?!"

Jerit Danzel melepaskan kemarahan serba-salahnya yang di rasainya pada Ariel.

"Ariel nampak Dan.. Sebab tu, Ariel tak nak Dan mengalah dan salahkan diri Dan dengan apa yang berlaku.."

"Senang Ariel cakap, sebab Ariel sendiri pun tak pernah rasa macam mana yang Dan alami sekarang. Rasa sakit kehilangan orang yang kita cinta dan kita sayang. Betulkan Ariel?"

Kata-kata Danzel benar-benar menikam perasaannya tetapi Ariel tetap menahan air mata terkilannya mendengarnya kerana melihat situasi menyedihkan Danzel sebegitu.

Pada Ariel mungkin Danzel benar-benar tidak sengaja untuk menyakitkan perasaannya kerana dirinya tahu Danzel sememangnya seorang lelaki yang sangat baik melayaninya selama dirinya mengenalinya.

Kerana itu Ariel cuba memujuk perasaannya sendiri untuk tetap kuat di hadapan Danzel. Di sebabkan keadaan Danzel yang amat memerlukan dirinya untuk sentiasa berada di sisinya.

Ariel menghela nafas menahan kesedihannya.

"Siapa kata Ariel tak pernah rasa semua tu Dan? Kalau Dan nak tahu, Ariel jugak pernah kehilangan seseorang paling penting dalam hidup Ariel sebelum ni.. Dan orang itu adalah satu-satunya adik perempuan yang Ariel ada iaitu Kaif.."

Danzel benar-benar terperanjat besar dan tidak menjangka akan jawapan yang di berikan oleh Ariel.

"Mama dan daddy telah tinggalkan Ariel dengan Kaif di sebabkan kemalangan jalanraya. Tinggallah kami dua beradik. Sehinggalah Ariel dapat tawaran belajar di luar negara."

"Ariel tinggalkan Kaif?"

Soal Danzel lembut penuh serba-salahnya atas kata-kata kasarnya pada Ariel tadi.

"Kaif tak pernah halang pun untuk Ariel capai cita-cita Ariel. Dan di sebabkan itu, Kaif suruh Ariel pergi. Walaupun Ariel tahu, yang Kaif akan hidup berseorangan tanpa Ariel. Jadi ya, Ariel tetap pergi tinggalkan Kaif."

"Apa yang terjadi pada Kaif lepas tu..?"

"Segala-galanya okey pada mulanya, kami berdua tak pernah putus hubungan. Sentiasa call, mesej.. Sehinggalah malam tu.."

______

MALAM TERAKHIR KAIF MENGHUBUNGI ARIEL

"Hello..? Kak Ariel..? Kakak busy ke..?"

"Kaif? Tak adalah kakak tak busy pun.. Kaif tengah buat apa tu?"

Ariel merasa pelik mendengar Kaif mendiamkan diri terlalu lama di talian.

"Kaif? Kaif okey ke atau Kaif ada masalah nak kongsi dengan kakak? Cakaplah Kaif kakak dengar."

"Tak, tak adalah kak. Kakak jangan risau okey? Kaif okey.. Jaga diri kakak baik-baik dekat sana bila Kaif tak ada nanti. I luv u kak."

"Kaif kenapa cakap macam tu..? Sepatutnya kakak yang cakap dekat Kaif sebab Kaif bukan ke masih baby girl kakak lagi?"

"Kakak ni.. Kaif dah besarlah kak. Kakak lupa ye yang Kaif sekarangkan genap 16 tahun?"

"Baru 16 tahun bukannya 61 tahun punkan..?"

"Kakak ni.... 61 tahun tu, dah tua okey.."

Mereka berdua ketawa di talian bersama-sama.

"I know.. Kakak jugak sayangkan Kaif. I luv u too my baby girl. Jaga diri Kaif jugak dekat sana.."

"Bye kak."

"Bye.."

______

Setelah 2 hari berputus hubung dengan adiknya Kaif, Ariel mengambil keputusan untuk terus terbang balik semula ke negaranya demi untuk memastikan Kaif dalam keadaan selamat.

"Kaif kakak balik ni Kaif! Kaif! Kaif dekat mana?! Kakak datang ni..!"

Panggil Ariel mencari-cari keberadaan Kaif di dalam biliknya.

"Kaif....!"

Jantungnya seakan berhenti untuk seketika apabila terperanjat besar melihat Kaif terbaring terbujur di atas katil dengan mulutnya mengeluarkan buih begitu banyak.

"Kaif! Apa yang terjadi pada kamu ni Kaif?! Bangunlah Kaif! Kakak datang ni Kaif, semata-mata nak jumpa dengan Kaif! Sebab kakak rindu sangat-sangat dekat Kaif.. Kaif! Kaif....!"

Ariel memangku badan kaku Kaif yang begitu sejuk dengan meraung sepenuh hatinya meratapi pemergian adiknya.

______

"Kaif bunuh diri?! Tapi kenapa Kaif sanggup buat sampai macam tu sekali Ariel?!"

Danzel terus-menerus menyoal tanpa henti semata-mata menginginkan jawapan dari Ariel.

"Sebab Kaif kena rogol Dan.. Dan orang yang merogol Kaif tu, adalah kawan lelaki sekelasnya sendiri iaitu Kian. Kian sememangnya lama menyimpan perasaan terhadap Kaif."

"B******! Memang berani betul anak h**** tu..!"

"Kian anak pemilik casino terbesar dan terkaya di Skyfall City jugak merupakan seorang playboy tempat Kaif belajar. Sebab tu, Kaif bencikan dia dan selalu reject dia. Kerana marah dan dendam Kian pada Kaif, dia telah merogol Kaif."

"Macam mana Ariel tahu semua tu..?"

"Kaif pernah ceritakan tentang Kian pada Ariel sebelum ni yang Kian selalu kacau dia. Pada mulanya Ariel cuma ingat itu hanya perkara biasa. Dan Ariel tak sangka sampai jadi macam tu sekali.."

"Adakah kematian Kaif dapat pembelaan Ariel?"

"Ariel tak mampu nak lawannya Dan di sebabkan keluarga Kian sememangnya terlalu kaya. Mereka telah menggunakan taktik kotor dengan merasuah banyak pihak demi mengaburi mata mereka untuk lepas dari hukuman pengadilan."

"Kalau Dan di tempat Ariel, Dan dah bunuh dia dengan tangan Dan sendiri Ariel! Binatang macam dia tak layak hidup dekat dunia ni!"

"Itulah yang Ariel cuba lakukannya Dan.. Ariel cuba untuk bunuh Kian dengan tangan Ariel sendiri."

"Apa?"

"Dendam kemarahan yang membuak-buak dalam diri Ariel membuatkan Ariel nekad untuk bunuh dia dan Ariel tak peduli walau apa pun risiko yang akan Ariel tanggung. Sebab hati Ariel sakit sangat-sangat bila tengok dia hidup bebas dengan berseronok di luar sana tanpa rasa bersalah langsung pada Kaif."

"Apa yang Ariel cuba buat?"

"Malam tu Ariel ambik keputusan untuk bunuh Kian dan Ariel tunggu dia di seberang jalan depan club. Kian keluar daripada club dengan keadaannya sangat mabuk."

______

MALAM DI MANA ARIEL INGIN MEMBUNUH KIAN

"Kau tak akan dapat lari lagi daripada aku jahanam! Aku akan bunuh kau malam ni! Kaif? Maafkan kakak, kakak lakukan semua ni demi kamu Kaif.. Maafkan kakak...."

Bisik sisi gelap Ariel.

Ariel memegang pisau rambo dan di sembunyikan belakang badannya. Melihat Kian melintas jalan dalam keadaannya terhuyung-hayang di hadapannya, Ariel melangkah perlahan cuba mendekatinya.

Belum sempat Ariel dengan niatnya itu untuk membunuhnya, Ariel terperanjat apabila Kian telah di langgar oleh sebuah lori besar depan matanya.

"Sesiapa tolong telefon ambulan sekarang!"

Jerit salah seorang yang menyaksikan kejadian itu.

Ariel hanya berdiri kaku memerhatikan tajam Kian yang sedang bertarung nyawa dengan keadaannya berlumuran begitu banyak darah sambil tangan Ariel masih lagi menggenggam kuat pisaunya. Beberapa minit kemudian, Ariel beredar dengan menjatuhkan pisaunya di situ.

"Aku harap kau mati Kian!"

Bisiknya lagi dengan melangkah penuh rasa puas hatinya.

______

"Ariel...?"

Begitu lama sekali Danzel melihat Ariel mendiamkan diri dengan wajahnya memandang lantai. Beberapa minit kemudian Danzel terdengar Ariel menangis tersedu-sedu.

"Ariel?"

Danzel duduk di bawah kaki Ariel dan memegang kedua-dua belah tangannya dengan menatapi sedih mata Ariel penuh rasa simpatinya.

"Adakah Ariel sememangnya teruk Dan? Sebab Ariel mintak dia mati! Dan ya, permintaan Ariel telah pun di kabulkan oleh tuhan.. Kian mati di tempat kejadian. Ariel memang terukkan Dan..?"

Tangisan Ariel makin kuat tersedu-sedu.

"Tak Ariel, tak.. Kematian Kian bukan salah Ariel.. Lagi pun dia mati di sebabkan kemalangan, dan bukannya kerana Ariel.."

Danzel mencium lembut dahi Ariel dan memeluk kuat badannya cuba menenangkannya.

"Ariel cuma inginkan keadilan untuk Kaif Dan, itu je niat Ariel.. Ariel menyesal sangat-sangat kerana Ariel tak ada di sisi Kaif sewaktu Kaif benar-benar perlukan Ariel Dan.. Di sebabkan peristiwa tu jugaklah, Ariel tekad, Ariel ubah pendirian dan diri Ariel untuk menjadi anggota polis dan menyertai Eagle Forces."

"Maksud Ariel..?"

"Tujuan Ariel adalah semata-mata kerana Ariel ingin melindungi kaum wanita daripada menjadi mangsa keganasan lelaki pada mereka. Lebih-lebih lagi lelaki kejam macam Kian."

"Terus-terang dengan Dan, adakah itu sebenarnya punca, sebab kenapa Ariel begitu bencikan Dan sebelum ni, kerana Dan jugak adalah lelaki, betulkan Ariel?"

"Tak Dan, tak.. Dan adalah satu-satunya lelaki pertama yang telah mengubah tanggapan Ariel selama ni terhadap lelaki di sebabkan sikap Dan jauh berbeza daripada lelaki lain. Dan sememangnya seorang lelaki yang sangat baik terhadap Ariel selama ni.. Cuma Ariel je yang rasa, Ariel tak layak langsung untuk Dan di sebabkan masa silam Ariel bersama Kaif sebelum ni Dan.."

"Semua orang ada masa silam Ariel. Dan jangan jadikannya sebagai mimpi ngeri kita.. Walau apa pun risiko yang akan kita tanggung, Ariel kena terus hidup gembira sampai kita mati."

"Terima kasih Dan, kerana tak pernah jemu berputus asa terhadap Ariel selama ni.. Dalam hidup Ariel, tak pernah lagi ada lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi Ariel seperti mana yang Dan lakukan sekarang."

"Sebab Dan hanya ingin melindungi apa yang telah menjadi kepunyaan hak Dan."

"Maksud Dan..?"

"Ariel masih tak nampak lagi ke yang betapa Dan terlalu cintakan Ariel selama ni.. Jadi, tolonglah jangan tolak Dan jauh-jauh lagi Ariel. Please i really need u.."

"Dan tak kisah, walaupun Ariel selalu buat Dan pening kepala di sebabkan Dan kena susahkan diri Dan semata-mata nak selamatkan Ariel setiap kali kita ada operasi..?"

"Dan tak pernah pun anggap Ariel macam tu.. Pada Dan, Ariel umpama tangan kiri Dan bila Dan dah tak mampu lagi gunakan tangan kanan Dan. Tanpa Ariel, Dan tak mungkin ada dekat sini sekarang. Dan jugak nak berterima kasih sebab Ariel dah selamatkan nyawa Dan.. Dan.."

"Dan kenapa Dan?"

"Danny.... Dan tak mampu nak bersemuka dengan Chantel masa hari pengebumian Danny esok Ariel.."

"Hey.. Look at me Dan.. Kita akan hadapinya bersama-sama walau apa pun terjadi. Dan Ariel akan bantu Dan untuk cari Ayres sampai dapat. Ariel tak akan sesekali tinggalkan Dan. Kita cari Ayres sama-sama okey? I promise.."

Ariel memegang lembut sebelah tangan Danzel.

Mereka berdua menatapi mata masing-masing dan tersenyum terharu bersama-sama untuk seketika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience