B2

Drama Series 2804

Enam belas tahun kemudian.

Kelibat sebuah kereta hitam Lamborghini Aventoder telah menyusuri atas jalanraya dan ianya telah di pandu oleh seorang pemuda begitu tampan. Sedang dirinya memandu berseorangan.

TRITTT.... Bunyi mesej masuk di skrin kecil berdekatan stereng keretanya dan lelaki itu menyentuhnya untuk membukanya.

"Maaf tuan, kita ada masalah."

Muncul seorang wanita cantik di dalam skrinnya.

"Saya dengar Ariel."

Mata lelaki itu masih fokus memandu.

"Tuan kena lihat sendiri."

Wanita itu telah menghantar video pendek tentang rompakan besar di sebuah bank paling mewah dan terkenal di Skyfall City tempatnya.

"Arahkan Eagle Forces kita supaya bersiap-sedia. Kerana saya sendiri yang akan mengetuai mereka."

Jawab lelaki itu tenang dan terus menukar gear memecut meluncur begitu laju.

______

BANG! BANG! Bunyi das tembakan telah di lepaskan secara bertubi-tubi semata-mata ingin menakutkan mangsa-mangsa tebusan mereka.

"Siapa-siapa cuba nak tunjuk hero dekat sini, aku akan pecahkan kepala dia depan semua orang faham?!"

Jerit salah seorang lelaki daripada lapan perompak itu.

"Kau sini!"

Perompak itu menarik kasar badan salah seorang wanita pekerja bank dan mengancamnya dengan mengacukan senjata api di kepalanya.

"So, whats next Hayzel?"

Soalnya pada ketua besar mereka yang sedang memerhatinya dengan begitu tenang sekali sambil duduk di atas kerusi.

______

"Kami Eagle Forces bersiap-sedia puan."

Lapor salah seorang anggota lelaki pada Ariel sebagai ketua kedua mereka.

VROM! VROM! Bunyi deruman enjin kereta menandakan kedatangan ketua pertama mereka.

"Situasi sekarang?"

Soal lelaki itu sebaik sahaja turun daripada kereta dan segera menyiapkan diri dengan menukar pakaiannya kepada seragam keselamatan Eagle Forces.

"Situasi kod merah tuan. Suspek lapan orang. Tebusan dua ratus orang. Dan mereka adalah orang-orang Hayzel tuan."

Lapor Ariel.

"Eagle Forces?!"

Arah lelaki itu.

"Tuan!"

Sahut mereka berlima dengan tabik hormat padanya.

"Ambil posisi masing-masing dan tunggu arahan daripada saya!"

Sambungnya lagi.

"Baik tuan!"

Dengan pantas mereka berlima bergegas mengambil kedudukan masing-masing untuk bersedia menembak hendap musuh.

______

"Gotcha!"

Lelaki itu telah dapat mengenal pasti kedudukan musuh melalui lubang kipas udara atas bangunan bank menggunakan senapang model Remington 700 miliknya.

"Tuan suspek nak bercakap dengan tuan. Tuan nak saya sambungkan?"

Panggilan isyarat masuk dari alat komunikasi telinganya.

"Sambungkannya Ariel."

Jawabnya serius.

"Aku nak kau hentikan kerja kau yang sia-sia ni d*****!"

Ugut Hayzel tenang.

"What do u want from me Hayzel? Just tell me. Aku akan ikut segala kemahuan kau."

Lelaki itu cuba membuat helah untuk memerangkapnya.

"Aku nak kereta kebal untuk aku berambus daripada sini sekarang. Kalau tak, kau akan terima hadiah daripada aku iaitu mayat mereka semua setiap lima minit."

Lelaki itu mendengar Hayzel ketawa kecil dalam panggilannya.

"Baik. Kau tunggu. Kereta kebal akan sampai kejap lagi."

Lelaki itu terus mematikan panggilan.

"Macam mana tuan?"

Sambung Ariel dalam panggilan mereka berdua.

"Kita tukar plan. Kita perlukan G-3 forces sebagai backup. Now!"

Arahnya tegas.

______

Dua orang anggota G-3 forces telah pun berjaya masuk ke dalam bangunan secara curi dengan menggunakan skill terlatih dan terbaik mereka tanpa di ketahui oleh pihak musuh.

Mereka telah mengeluarkan sejenis alat iaitu asap tebal untuk mengaburi mata musuh dan setelah berjaya.

"Eagle Forces."

Lelaki itu mengarahkan pasukannya melalui alat komunikasi masing-masing dengan memakai kaca mata canggih yang dapat melihat orang melalui infra merah walaupun di kaburi kepulan asap tebal.

"Lock target. Tembak!"

Eagle Forces menembak hendap musuh masing-masing melalui lubang-lubang kecil yang ada pada bangunan bank itu.

Hayzel terperanjat dengan serangan curi itu. Ramai orang-orangnya telah mati di bunuh secara senyap oleh Eagle Forces. Semua tebusan terus lari keluar bertempiaran kerana ketakutan.

"Jangan takut kami datang untuk selamatkan kamu semua."

Kata salah seorang anggota lelaki G-3 forces.

Mereka berdua membantu mangsa-mangsa tebusan dengan mengarahkan mereka ke pintu keluar.

BANG! Satu das tembakan telah mengenai salah satu anggota G-3 forces itu yang sedang leka membantu mangsa.

"Eagle Forces? Cover me."

Ketua mereka terus terburu-buru bergegas masuk ke dalam bangunan apabila terdengar sahaja bunyi tembakan di dalam alat komunikasinya.

"Tuan?!"

Ariel yang mendengar arahan ketuanya cuba menghalang.

"Apa yang terjadi?"

Lelaki itu memeriksa kecederaan anggotanya setibanya di dalam.

"Seorang lagi suspek masih lagi hidup dan dia melarikan diri arah sana tuan!"

Cemas salah satu anggotanya yang terselamat dari tembakan curi itu.

"Kamu cuba bertahan ya? Bawak dia keluar daripada sini sekarang dan terus dapatkan bantuan dengan segera."

Lelaki itu terus bangun dan berlari cuba mengejar suspek.

"Kamu tak apa-apa?"

Ariel mendapatkan mereka berdua setelah tibanya di pintu keluar.

"Dia perlukan rawatan segera puan. Puan? Tuan masih lagi ada di dalam. Tuan cuba mengejar suspek seorang diri puan."

Jawabnya risau sambil dirinya memaut badan kawannya yang teramat lemah.

"Jangan risau saya dah dapatkan bantuan untuk kamu. Jagakan kawan kamu okey? Saya akan bantu tuan."

Ariel terus berlari masuk ke dalam bangunan tanpa memikir panjang.

______

Ariel mencari-cari keberadaan tuannya di setiap sudut bangunan itu sambil tangannya memegang senjata api sebagai tanda berjaga-jaga akan bahaya yang harus di hadapinya nanti. Matanya juga meliar memerhatikan keadaan sekeliling yang penuh dengan kepulan-kepulan asap tebal.

Sedang kakinya berjalan secara berhati-hati melangkah ke hadapan, perasaannya kuat merasai ada seseorang di belakangnya.

"Jangan bergerak!"

Sergah Ariel yang terus menoleh ke belakang dengan mengarahkan senjata apinya pada orang itu.

Malangnya tindakan Ariel tidak secekap dan sepantas orang itu di sebabkan Ariel telah tercedera akibat di sepak begitu kuat dan kejam oleh orang itu sehingga pengsan. Akhirnya Ariel telah di tangkap.

______

Lelaki itu masih cuba ingin menangkap suspek namun teramat sukar baginya untuk mencarinya di sebabkan kawasan bangunan bank yang terlampau besar.

"Well, well, well.... Cari aku ke ACP Danzel Glenn?"

Sapa Hayzel muncul dari arah belakangnya dengan bertepuk tangan menandakan menanti kedatangannya di situ.

"Hayzel.... Macam mana kau boleh kenal aku?"

Danzel menikam tajam mata Hayzel dengan tangannya mengacukan senjata api tepat pada kepala Hayzel.

"Siapa yang tak kenal dengan anggota polis terbaik dari unit Eagle Forces di Skyfall City! Mampu menjatuhkan musuh hanya sekelip mata saja dengan kepakaran bermain senapang Remington 700. Wow! Sungguh hebat!"

Danzel terus terdiam terkejut mendengarnya.

"Anak angkat kepada IG Jayzle Kyle. Juga mempunyai seorang adik angkat perempuan begitu manja sekali bernama Ayres yang masih menuntut di kolej. Betul tak tekaan aku ACP Danzel?"

Sambung Hayzel lagi.

"Nampaknya terlalu banyak rahsia tentang aku yang kau tahu. Rasanya aku baru ingat. Ayah kau Crizen, mafia paling berpengaruh dekat Skyfall City ni. Tapi, nyaris-nyaris mati di tangan aku pada malam tu akibat dari letupan kereta yang aku buat. Betul tak Hayzel?"

Balas Danzel.

"Sebab kau, ayah aku cacat anggota badannya seumur hidup dan tak mampu lagi untuk berjalan. Kau tahu tak Danzel?! Aku nak balas dendam atas apa yang kau dah buat pada ayah aku!"

Hayzel melepaskan dendam kemarahannya pada Danzel.

"Itu adalah pilihan dia sendiri. Sebagai anggota polis, aku sentiasa memberi pilihan pada musuh sama ada hidup atau pun mati. Tapi dia sendiri memilih untuk mati. Dan aku hanya menjalankan tugas aku untuk memastikan tiada jiwa yang berdosa menjadi mangsa kekejaman manusia seperti ayah kau."

Jawabnya tenang.

Danzel merasa begitu hairan memerhatikan Hayzel yang ketawa terbahak-bahak geli hati di hadapannya.

"Bagaimana pulak kalau kau perlu memilih sama ada tugas atau pun cinta ACP Danzel Glenn?"

Sambung ketawa besarnya lagi.

"Apa maksud kau?"

Danzel keliru mendengarnya.

Hayzel mengeluarkan telefon bimbitnya di poket seluarnya dan mendail nombor seseorang di depan Danzel.

"Ada panggilan istimewa untuk kau."

Hayzel memberikan telefonnya pada Danzel.

"Tuan? Ariel ni.."

Danzel mendengar Ariel menangis tersedu-sedu di talian.

"Ariel kenapa ni? Kamu dekat mana sekarang ni? Kenapa kamu menangis Ariel?!"

Danzel panik.

"Selamat tinggal tuan.... Saya memang beruntung dapat kenal tuan. Sebab tuan sentiasa ambil berat dengan anggota bawahan seperti saya selama ni.... Saya langsung tak menyesal dengan apa yang berlaku tuan. Kerana saya tahu, ini adalah takdir saya sebagai anggota polis. Dan saya juga gembira sangat-sangat dapat menyertai unit Eagle Forces bersama-sama tuan dalam keadaan susah mahu pun senang. Selamat tinggal...."

Danzel menitiskan air mata mendengar setelah Ariel mematikan panggilannya.

"Kau memang tak guna! B******!"

Jerit Danzel seakan-akan hilang kewarasan.

Danzel tidak mampu lagi mengawal kesabarannya. Kerana itu Danzel telah menyerang Hayzel dengan membelasahnya sehingga separuh mati.

"Tak ada gunanya kau bunuh aku Danzel. Kau hanya buang masa je sebab sebentar lagi, wanita kesayangan kau akan.. Boom meletop!"

Kemarahan Danzel membuak-buak sehingga dirinya tidak sedar telah menolak kuat badan Hayzel ke arah tingkap bangunan.

Dan akhirnya Hayzel mati kerana jatuh ke bawah di sebabkan ketinggian itu.

"Kau yang paksa aku Hayzel."

Danzel tercungap-cungap kepenatan dari pergaduhan besarnya tadi.

Matanya memerhatikan tajam jasad Hayzel dari atas bangunan bank. Tanpa membuang masa, Danzel terus berlari mencari Ariel.

______

"Ariel....?"

Danzel di berikan kejutan besar apabila melihat Ariel duduk di atas kerusi dengan badannya telah di pasangkan sejenis bom begitu banyak wayar pelbagai warna.

Perlahan-lahan kaki Danzel melangkah mendekatinya dan terus duduk bersujud di bawah kaki Ariel dengan matanya yang berair kerana menangis menatapi wajah pucat takut Ariel.

"Ariel jangan takut, saya ada."

Danzel menggenggam kuat kedua-dua belah tangan Ariel memberi semangat.

"Tuan, tuan Danzel? Tuan dengar tak? Kami ingin tahu situasi tuan dan puan di dalam sekarang?"

Danzel mendengar di alat telinganya.

"Kepada semua anggota, saya mintak jangan sesiapa pun masuk ke dalam bangunan ni, kerana ada bom pada badan puan Ariel."

Begitu gemuruh suara Danzel menerangkan.

"Tuan, saya akan dapatkan bantuan segera dari unit bom untuk tuan sekarang!"

Cemas anggotanya.

"Jangan bom ni bukan sebarangan bom, kerana ianya adalah sejenis bom yang menyebarkan virus merbahaya jika terkena. Kita kesuntukkan masa, saya akan cuba selesaikannya sendiri."

Danzel membelek-belek wayar yang telah melilit pada badan Ariel.

"Tapi tuan.. Tuan?!"

Danzel berang akan anggotanya yang tidak mahu mendengar arahannya.

Kerana itu Danzel terus membuka alatnya dan melemparkannya di lantai.

"Saya akan cuba matikan bom ni. Sekarang kita ada tiga jenis warna blue, red, and black. Blue air, red ros, black my favorite colour."

Ariel ketawa kecil mendengar gurauan Danzel.

"Dalam waktu macam ni pun, tuan masih boleh buat lawak lagi?"

Ariel tersenyum.

"Sebab saya tak nak tengok kamu menangis Ariel."

Ariel begitu terharu mendengarnya.

______

"Tuan, selamatkan diri tuan sekarang sebab masa hanya tinggal sepuluh minit saja lagi tuan!"

Ariel panik.

Danzel tidak berganjak walau sedikit pun dari tempatnya malahan dirinya terus mengeluarkan alat pemotong wayar dalam jaketnya dan Danzel tetap fokus cuba mencari wayar yang betul untuk di putuskan.

"Saya nak tanya Ariel. Warna apa kesukaan Ariel?"

Soal Danzel tenang cuba menghilangkan ketakutan Ariel.

"Ariel suka sangat dengan rose. Jadi, sudah tentu warna merah tuan."

Jawabnya menggeletar.

"Kalau macam tu, saya akan pilih warna rose. Your favorite colour."

Danzel menyedari Ariel seakan-akan ingin mengatakan sesuatu padanya.

"Do u trust me Ariel...?"

Danzel bersedia memotong wayar sambil matanya menatap sebak melihat Ariel menangis.

"Ariel cintakan Danzel...."

Lafas Ariel sewaktu Danzel memotong tali itu.

Dirinya sempat meluahkan perasaan yang telah di pendamnya selama ini terhadap diri Danzel untuk kali terakhirnya. Jantung mereka berdua seakan-akan terhenti seketika dengan situasi cemas itu. Di sebabkan Danzel telah pun memotong tali merah sebentar tadi.

"Kita berjaya."

Danzel dan Ariel terus berpelukan kegembiraan yang teramat.

"Cepat kita keluar daripada sini sekarang!"

Danzel terus membukanya dan meninggalkan bom di situ.

Kaki Ariel tersangkut pada salah satu wayar dan dirinya nyaris-nyaris terjatuh. Sempat Danzel menyambutnya.

"Ariel..?"

Danzel menyedari akibat dari terpijak wayar, bom itu terus hidup semula dengan kiraan masa yang begitu pantas.

"Ariel run....!"

Jerit Danzel sekuat hatinya dengan memegang kuat tangan Ariel membawanya lari keluar dari bangunan itu.

BOOM! Kerana gema yang sangat kuat, Danzel dan Ariel tercampak jauh. Nyaris Danzel sempat memeluk Ariel dari terkena serpihan bom itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience