BAB 5

Horror & Thriller Completed 407

“Farisha,nanti teman kak Thia ke pasaraya The Store sebentar boleh? Nak beli barang sedikit. Ingat nak masak malam ni.” Tanya Azminda pada Farisha sambil membetulkan niqabnya.

Sengaja dia menyuruh Farisha memanggilnya Kak Thia,lagipun tampak lebih mesra. Tidak ramai yang mengetahui nama sebenar Azminda termasuklah pelajarnya kerana dia lebih selesa dengan panggilan Fathia. Tampak wajah gelisah Farisha.

“Hmm…boleh rasanya. Tapi,saya nak ‘call’ suami saya dulu ya? Nak mintak izin dia sekejap. Dia akan pulang ke sini hari ini.” Ujar Farisha yang memohon keizinan dari Azminda.

Selesai meminta izin dari suaminya, dia menemani Azminda untuk membeli sedikit barang. Suasana di sekitar Bandar Diraja Kuala Kangsar itu kelihatan tenang. Cuaca yang panas membuatkan mereka ingin membasahkan tekak seketika.

“Alangkah seronoknya jika dapat makan laksa kuala dan cendol sekarang. Ish, anak ibu ni nak makan laksa ke?” Farisha bermonolog sambil mengusap perutnya yang semakin hampir menonjol ke hadapan.

Ada suatu kerlingan di sebalik susunan barang berhampiran Farisha tanpa dia menyedarinya. Kerlingan yang penuh dengan cemburu,amarah dan dendam.

Satu janji yang akan dikotakan!

“Allahuakbar! Apa dah jadi ni?” Farisha baru sedarkan diri. Dia memerhati sekelilingnya. Gelap. Samar-samar cahaya lilin menerangi tempat yang dia berada sekarang. Sayup-sayup kedengaran lagu ‘Hidup Dalam Mati’ berkumandang.

“Di mana aku sekarang?” soal Farisha yang keliru dengan keadaannya. Tangannya diikat sambil duduk di atas kerusi. Kakinya juga dibelit dengan tali. Nasib mulutnya tidak di plaster,hanya tangan dan kakinya sahaja. Ternampak cahaya yang menerangi seakan-akan berada di sebuah rumah usang. Bibirnya sakit. Mungkin sedikit berdarah. Farisha menggigil ketakutan. Bagaimana dirinya boleh berada di situ? Dia buntu. Dia hanya inginkan kandungannya selamat. Dia cuba mengejar jawapan yang berlegar-legar di fikirannya. Baru dia sedar dirinya keseorangan. Kak Thia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience