BAB 3

Horror & Thriller Completed 407

“Kenapa?” luah Azminda. Hatinya girang dapat bersua muka dengan ustaz ini.

“Biarlah nama penuh Azminda yang berbintikan ayah itu saya sebutkan di hadapan Tok Kadi nanti.” Senyum ustaz Fuad sambil memandang Azminda. Geli hatinya melihat Azminda yang tidak keruan apabila dia berkata begitu. Muka Azminda sudah merona kemerahan.

“Ustaz ni! Main-main pulak dia!” terkejut Azminda dengan pengakuan ustaz Fuad. Berani benar lelaki itu menitipkan ayat-ayat cinta pada dirinya. Sudahnya,diri sendiri ‘blushing’. Apalah ustaz ni. Sengaja membiarkan dirinya tidak senang duduk.

“Eh,apa pulak main-main? Saya serius. InsyaAllah,jika diizinkan saya mahu mengambil Azminda sebagai ‘zaujah’ saya. Hingga ke ‘Jannah’. Sudikah kiranya ZurAzminda Fathia ini menjadi ‘zaujah’ saya sehingga ke jannah?” soal Fuad dengan suara yang lembut.

Renungan mata ustaz yang tajam menusuk ke kalbu bisa mencairkan hati Azminda. Kaku seketika. Gila aku tak sudi? Sudah tentulah rugi jika aku lepaskan dia. Sememangnya sudah lama aku impikan mahligai cinta bersama dengan Ustaz Fuad. Pucuk dicita ulam mendatang. Kalau dah jodoh,jangan lepaskan dia pergi. Namun begitu, ibu bapanya perlu mengetahui dahulu perkara ini. Takkan aku lupakan ibu bapa yang membesarkanku dan menatang bagai minyak yang penuh.

“Hmm…jika ibu bapa saya setuju,InsyaAllah saya akan setuju. Jika ustaz nak tahu jawapan saya datanglah jumpa ibu dan ayah saya dahulu.” Malu-malu Azminda menuturkan jawapan. Subhanallah! Inilah lelaki yang aku cintai dalam diam. Akhirnya dia melamarku jua.

Pertemuan pertama di dalam kelas mengaji Al-Qur’an,maka lamaran yang diterima juga di dalam kelas juga. Usia ustaz yang muda setahun dari Azminda tidak memberi apa-apa kesan negatif pada hubungan mereka. Ustaz Amran dan Ustazah Fatimah lah yang telah menjadi saksi dan teman setia perhubungan mereka sehinggalah ke kemuncaknya. Lamaran sudah diterima, hati Azminda sudah diikat. Hatinya hanya milik Ustaz Muhammad Fuad Harith bin Yusof seorang sahaja. Hanya dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience