BAB 9

Horror & Thriller Completed 407

Tak kuasa ku menahan rasa

Hatiku makin semakin berdebar

Tapi mengapa tak kau lepaskan tatapanmu dari diriku

Menembus hingga jantung ini terasa agak terhenti

“Jangan!”terperanjat Fuad apabila melihat Azminda yang seakan hilang akal menghunuskan pisau ke arah perut Farisha.

“Jangan Azminda. Please I beg you. Jangan apa-apakan Farisha. Dia tak tahu apa-apa mengenai hal kita berdua,” terhenti hunusan pisau yang dihalakan ke perut Farisha.

“Kenapa? Kenapa kau tipu aku? Kenapa kau kahwin dengan budak hingusan ni? Mana janji-janji kau? Sepatutnya aku yang kahwin dengan kau! Sepatutnya aku yang mengandungkan anak kau! Manusia jenis apa kau ni? Kau tinggalkan aku! Terkontang-kanting seorang diri! Aku benci perempuan ni! Aku benci kau!” istilah ‘aku’ dan ‘kau’ digunakan Azminda. Hampir sahaja dia menikam Farisha tetapi kerana dia juga terlalu lemah,pisau Rambo itu terlepas dari tangannya. Azminda menangis semahu-mahunya. Dia mengengsot ke arah Ustaz Fuad.

Dilentokkan kepalanya ke paha ustaz Fuad. Tidak boleh tidak ustaz Fuad terpaksa merelakan kerana kaki dan tangannya sudah diikat. Dia tidak berdaya untuk menepisnya. Fuad menghela nafas yang panjang. Adakah kerana dia berkahwin dengan Farisha, Azminda yang dikenalinya lemah lembut dan penuh dengan ciri-ciri muslimah itu menjadi gadis yang tidak waras lagi akalnya? Di manakah letaknya pegangannya kepada Allah Yang Maha Esa dan Nabi Muhammad S.A.W.? Hanya kerana obseskan cintanya padaku sanggup dia merosakkan akal fikirannya? Allahuakbar! Kau sedarkanlah hambamu yang bernama ZurAzminda Fathia binti Zulhelmi ini, Ya Allah. Sempat lagi dirinya mendoakan kesejahteraan Azminda walaupun dirinya di ambang maut.

“Sayang…jom kita kahwin. Saya dah pakai baju nikah kita ni.” Rengek Azminda manja. Dia mengesat sisa air matanya yang membasahi pipi. Wajahnya didekatkan ke wajah Fuad. Fuad mengelak. Bau wangian Gucci Guilty Black yang menggoda menusuk ke hidung. Bibir Azminda hampir sahaja terkena bibir Fuad. Deru nafas Azminda juga dihembuskan ke wajah Fuad. Fuad rimas. Dia cuba mengelak. Naluri lelakinya dan imannya juga boleh tercedera jika terdapat godaan seperti ini. Imannya mesti utuh. Jangan mudah mengalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience