BAB 11

Horror & Thriller Completed 407

Farisha tidak mengendahkannya. Jika dia mati,biarlah matinya kerana Allah. Hatinya yang takut sebentar tadi menjadi kuat apabila menyebut kalimah Allah. Dia perlu kuat untuk memperjuang hidupnya walaupun nyawanya berada di jalan pengakhirannya.

Terdengar siren polis memasuki ruang halaman rumah usang itu. Azminda kaget. Bagaimana polis mengetahui hal ini. Dia menyuruh orang suruhannya mengawal keadaan. Keadaan yang hening bertukar kecoh. Berlaku aksi tembak-menembak antara orang suruhannya dan pihak polis. Tidak boleh tidak misinya perlu dilaksanakan. Aku akan tuntut hak aku. Perempuan itu dan kandungannya wajib lenyap dari muka bumi ini. Hanya aku! Hanya aku yang layak untuk Fuad. Diambilnya pisau Rambo miliknya. Dia bersedia untuk menghapuskan nyawa yang mengganggu hubungannya bersama Fuad. Buat apalah adanya pisau ini jika tidak ada titisan darah manusia yang mengalir di pisau yang disimpan rapinya. Enam bulan dia menunggu untuk bertindak. Rugilah kiranya dia tak menghabiskan sisa hidup perempuan pengacau itu. Alang-alang aku sukar untuk dapatkan Fuad,perempuan perampas itu juga tak akan dapat bersama Fuad untuk selama-lamanya. Dia berlari dan bertindak menikam Farisha.

“Azminda jangan!!!”

“Akak!!!”

Zap! Rodokan pisau Rambo miliknya ditarik kasar. Darah tersembur keluar membuak-buak. Terpercik mengenai mukanya. Puas hati Azminda menikamnya. Dia ketawa terbahak-bahak. Dia membuka matanya semula. Tetapi alangkah terkejut bukan kepalang dirinya,bukan Farisha yang dirodok tetapi ibunya sendiri! Darah mengalir deras membasahi tubuh ibunya.

“Ibu!!!” jerit Azminda. Dia memapah ibunya.

“Kenapa? Kenapa ibu? Kenapa bukan perempuan ni? Kenapa? Apa ni? Apa yang aku dah buat ni? Macam mana ibu ada kat sini? Aarghhhh!!!”fikirannya buntu. Azminda meracau-racau seorang diri.

Adik lelakinya bergegas mendapatkan ibunya. Ya Allah,ampunkanlah dosa ibu. Nyawa ibunya hampir ke penghujung. Ayahnya juga baru sahaja naik ke atas rumah papan itu dan sangat terkejut melihat keadaan isterinya. Isterinya diriba. Dalam keadaan sedih,dia mengajar isterinya mengucap dua kalimah syahadah. Darah juga tidak henti-henti menyembur keluar dari perut isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience