BAB 6

Horror & Thriller Completed 407

“Kak Thia? Kak Thia di mana?” Farisha menjerit cuba mencari-cari Azminda. Dia cuba ‘recall’ semula apa yang telah terjadi.

Pulang dari membeli-belah,mereka singgah di Lembah Kuala Kangsar untuk menikmati laksa Kuala dan cendol. Memang dia betul-betul mengidam. Usai makan,mereka singgah sebentar di tepian Sungai Perak berhampiran istana. Kata Kak Thia,dia ingin mengambil ketenangan sebentar. Melihat keindahan alam mendekatkan diri kepada Allah Taala katanya. Tetapi,selepas itu? Apa yang telah terjadi? Memorinya bergulir-gulir memberi jawapan. Dia ternampak beberapa lelaki menyerang Kak Thia dan dia cuba membantu. Mungkin ketika membantu Kak Thia,dirinya turut sama dipukul. Sedar sahaja dia berada di rumah usang ini. Tubuhnya menggigil ketakutan. Ya Allah,bantulah kami. Abang,tolong Risya bang. Kak Thia…Kak Thia kat mana?

Istighfar. Ingat Allah. Bertenang. Bagaikan ada suara yang menyuruh Farisha menenangkan diri.Tiba-tiba dia dapat menangkap perbualan seorang lelaki dengan seseorang yang dipanggil bos. Suaranya tidak jelas kedengaran tetapi dia masih dapat curi-curi mendengar.

“Ya,bos. Saya dah ‘call’ suami perempuan tu. Laki tu cakap nak datang kejap lagi. Bos kena ‘ready’,perangkap sudah mengena. Hahahaha……”. Di kejauhan, air mata Farisha mula jatuh ke pipi. Ya Allah, dugaan apakah ini? Tolonglah kami semua. Dia dengar seperti ada sesuatu yang dirancang. Jangan apa-apakan suamiku dan anak yang bakal dilahirkan ini.

“Farisha…”jerit Fuad yang mula menapak ke dalam rumah papan yang usang itu.

“Abang!” belum sempat Farisha menegah, sebatang kayu singgah di belakang badan Fuad.

Buk!

Fuad tidak sedarkan diri. Hampir setengah jam berlalu,barulah dia sedarkan dirinya. Tangan dan kakinya diikat. Suram-suram sahaja di celahan cahaya,dia terlihat wajah isterinya. Walaupun itu pilihan arwah ibunya, namun dia tak pernah menyesal. Farisha juga seperti bekas kekasihnya Fathia. Dia melihat Farisha seperti menahan kesakitan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience