BAB 4

Horror & Thriller Completed 407

Helaian nota dibuka satu persatu. Pen dicapai dan sedikit catitan dilakar di atas notanya. Esok dia menemui pelajar-pelajar barunya. Dia menelaah kembali notanya. Hampir usai segala isi yang dibaca. Dia sudah bersedia sepenuhnya. Diarinya diambil. Dia memuntahkan segala isi hati yang di dalam diari hatinya. Suara Syamel yang menyanyikan lagu ‘Hidup Dalam Mati’ sentiasa bermain di ‘playlist’ Samsung Note 5 Azminda. Tidak pula dia jemu atau muntah mendengar lagu yang sama.

Bibirnya dioles nipis dengan gincu. Walaupun berniqab,dia sudah terbiasa menjaga penampilan diri. Celak di mata diukir halus. Niqab yang dilitupi dibetulkan kedudukannya. Suzuki Swift kereta kesayangannya dipecut laju. ‘Drift’ dengan dirinya sudah sebati. Berjubah labuh,berniqab tetapi dia tak pernah kenal erti gerun. Hatinya telah lama mati. Dia kini hidup dalam mati sebagaimana lagu yang sentiasa menjadi halwa telinganya. Langkahnya diatur ke kelas perlahan-lahan. Misinya kini bermula. Zakirah Farisha. Nama itu berlegar-legar di sudut akalnya.

Gadis yang berusia 23 tahun itu baru sahaja 5 bulan mendirikan rumahtangga. Wajahnya polos,bibirnya mungil, berpipi ‘pau’, memakai kaca mata tetapi cantik, susuk tubuhnya sedikit ‘chubby’,tingginya lebih kurang Azminda dan yang pasti auratnya dijaga dengan rapi. Ya,gadis itu ayu sepertinya. Oh tidak! Dia lagi ‘extravaganza’ ayu dari Farisha.

Tak lama lagi kau akan menjadi mangsaku. Tak sabar rasanya menunggu saat-saat itu. Pisau ‘rambo’ telah lama tersedia. Bersiap sedialah wahai pelajarku yang tak berapa nak ayu. Hahahahaha.

‘Umpanku sudah mengena. Polosnya kau,Farisha. Aku baik dengan kau,tolong kau,nasihati kau semata-mata mengakhiri penantianku. Misiku yang hampir sampai ke penghujung. Aku tak boleh berlengah! Kau akan ketahui jua. Kasihan.’ Azminda ketawa berdekah-dekah. Misinya hampir terlaksana. Farisha juga sudah terlalu rapat dengannya. Yang dia mahukan hampir tiba.

‘Aku akan dapatkan apa yang aku mahukan!’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience