BAB 12

Horror & Thriller Completed 407

Azminda pula sudah menjadi tidak waras. Pisau yang berada di tangannya dihunuskan ke badan sendiri. Dia sudah hilang arah. Dia telah menjadi pembunuh! Pembunuh ibunya! Bukan itu yang dia mahukan. Bukan itu! Belum sempat pisau itu menikam diri sendiri,lengannya dipegang seseorang. Ibu memegang tangannya. Sempat lagi dia menghadiahkan senyuman kepada Azminda sambil berkata ‘Ingat Allah’. Selepas mengucap dua kalimah syahadah di atas riba suaminya,dia pergi menghadap Illahi.

Azminda meraung semahu-mahunya. Dia jadi pembunuh ibunya! Otaknya bercelaru. Ustaz Fuad dan isterinya juga telah dilepaskan dari ikatan serta menjadi saksi pembunuhan yang dilakukan Azminda. Syukur mereka masih hidup tetapi kisah tragis yang berlaku di hadapan mata mereka takkan dapat dilupakan. Jenazah ibu Azminda dikebumikan pada keesokan harinya. Azminda pula dimasukkan ke Hospital Tanjung Rambutan untuk rawatan psikitiari kerana mengalami depresi yang melampau. Dia seringkali menyalahkan diri sendiri kerana telah membunuh ibunya.

Diari Azminda sebelum kejadian tragis itu dilihat terbuka di helaian terakhir di atas meja ‘study’nya. Mungkin kerana itulah juga, Zakirah Farisha dan Fuad dapat diselamatkan tetapi nyawa si pembaca diari, ibu Azminda sendiri pula terkorban.

28 Februari 2016

Hari ini aku akan tuntut satu perjanjian hati. Satu perhitungan antara hidup dan mati. Hati yang dilukai setelah sekian lama. Oh,my Ustaz Fuad. Today, you’ll be mine forever! Bukan lagi milik si pengacau Zakirah Farisya! Aku benci dia!!!

Dia akan kubawa ke rumah ‘opah’. Dan kau kononnya akan menyelamatkannya. Tetapi, dia akan hilang dari pandangan kita. Yang pasti hanya kita berdua. Tak sabarnya! Dah lama tak jumpa sayang. Kita jumpa malam ni, my darling!

ZurAzminda Fathia

Fuad pernah berpesan pada Azminda sebelum mereka berpisah ketika dia terpaksa membuat keputusan mengikut kata-kata arwah ibunya.

“Azminda,saya sayangkan awak. Tetapi,saya lebih sayangkan ibu saya. Syurga saya di telapak kaki ibu,”dilihat mata Azminda merah dek menangis teresak-esak.

“Jika awak sayangkan saya, sayangilah sebagai sahabat. Ingat pesan saya,jangan sayangi saya melebihi dari Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W.. Kerana cinta yang melebihi dari Allah dan kekasih Allah itu,adalah ransangan nafsu semata-mata yang dipengaruhi syaitan. Ingat Allah dan kasihilah kekasih yang dicintai Allah iaitu Rasulullah. Bukan saya. InsyaAllah awak akan dapat jodoh yang lebih baik dari saya.”akhiri pesanan Ustaz Fuad kepada ZurAzminda Fathia yang pernah dicintainya.

Cinta-Allah-Rasulullah. Jangan biarkan niqab yang suci dalam diri tersingkap dengan nafsu yang mencengkam iman sehingga memusnahkan jiwa yang tulus suci.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience