BAB 7

Horror & Thriller Completed 407

“Risha! Risha okay ke sayang?”

“Abang. Maafkan Risha kerana tak dengar pesanan abang.” Terdengar esakan tangis Farisha.

“Sayang, kenapa ni? Sayang sabar ok. Ingat Allah. Insya-Allah pasti ada bantuan dari-Nya.” Masih terdengar esakan dari Farisha. Fuad sudah jadi tidak tentu arah. Otaknya memikirkan cara untuk mereka lepaskan diri. Dia cuba meraba-raba seluarnya. Ah,telefonnya juga diambil. Tiba-tiba lagu Syamel berkumandang lagi. Kali ini bukan suara penyanyi Syamel yang jelas di pendengaran Fuad dan Farisha. Tapi,suara wanita yang mendayu-dayu mengikut rentak lagu. Merdunya suara itu. Tetapi, bagaikan menangisi sesuatu. Sayu sahaja. Lampu ruang rumah usang itu dipasang. Terlopong Fuad apabila melihat di sekeliling dinding papan usang itu dipenuhi dengan gambar-gambarnya. Begitu juga dengan Farisha. Jelas kelihatan seorang gadis bersama-sama suaminya di dalam gambar itu. Walaupun kelihatan kedudukan mereka jarak di dalam gambar namun terpancar kemesraan figura-figura itu.

“ZurAzminda Fathia?”Fuad bungkam. Tak mungkin.

“Kak Thia ke abang?” Farisha keliru. Siapakah nama yang disebut oleh suaminya itu?

Kelihatan satu susuk tubuh langsing masuk menuju ke hadapan mereka. Pakaiannya seperti akan bernikah. Jubah pengantin berwarna putih dihiasi dengan kilauan butir-butir manik yang menghiasi dan disarung di tubuh gadis itu tampak cantik sekali. Gayanya seperti pengantin baru. Niqab yang dikenakan juga bersesuaian dengan jubah pengantin itu. Namun begitu,di tangannya terselit sebilah pisau Rambo yang tajam berkilat setajam panahan mata yang terpancar di sebalik niqab gadis itu.

“Azminda ?” fikiran Fuad bingung. Benarkah dengan apa yang dilihatnya?

“Assalamualaikum,sayangku Ustaz Muhammad Fuad Harith Bin Yusof. Selamat kembali,sayangku.” Ucap Azminda sambil tangannya menyingkap niqab yang dipakai. Terserlah wajah Azminda yang sebenar. Wajahnya cantik seperti dahulu persis Nora Danish.

“Kak Thia?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience