BAB 2

Horror & Thriller Completed 407

“Aku tak akan biarkan kau bahagia. Jika aku tak dapat apa yang aku nak,jangan harap kau akan mendapat kebahagiaan yang kau inginkan! Ini janji aku!” sebuah janji diserapkan dalam dada dan jiwanya sendiri. Janji itu mesti dikotakan. Azminda ketawa sendirian.

“Assalamualaikum, ZurAzminda Fathia” tegur seorang lelaki kacak.

Susuk tubuhnya yang tinggi kurus serta berkulit cerah itu boleh memikat sesiapa sahaja gadis yang bertemu dengannya. Wajahnya yang suci bersih dilengkapi janggut halus yang berjuntaian di bawah dagu menyerlahkan aura kacak seorang lelaki. Jubah putih yang dipakai diselimpangkan dengan rida’ di bahagian bahu kanannya bak sunnah Rasulullah S.A.W. bakal mencairkan hati para gadis yang melihatnya.

“Wa’alaikumussalam, ya ustaz Fuad.” Jawab Azminda dengan lemah lembut. Selendang bercorak abstrak yang dililit dan dibentuk dengan rapi dibetulkan. Juntaian selendang yang tersangkut di jubah hitamnya juga dilepaskan supaya tidak mengganggu pergerakannya. Dia tersenyum memandang ustaz Fuad yang sedang berada di hadapannya. Pandangannya jatuh pada kaca mata hitam Raybanne yang menutupi mata ustaz. Kaca mata itu dibuka pula. Mungkin keadaan di luar terlalu panas sehingga menyebabkan ustaz memakai kaca mata hitam. Ah,sudah! Boleh menggegar iman Azminda memandangnya. Subhanallah! Kenapalah kacak sangat ustaz ni?

“Amboi ustaz…siap sebut nama penuh saya lagi. Kenapa tak sebut nama ayah saya sekali?” perli Azminda.

“Sengaja saya tak sebut nama ayah Azminda,” Jawab Fuad dengan penuh sopan.

Dihenyakkan punggungnya di kerusi yang berhampiran. Mereka berada di daam kelas mengaji Al-Qur’an yang dianjurkan Surau An-Nur berdekatan rumah. Kelihatan di tepi pintu kelas Ustaz Amran yang menemani Ustaz Fuad sebagai pengawal batas hubungan mereka. Azminda juga ditemani Ustazah Fatimah yang duduk di hujung tingkap kelas sambil melakukan kertas kerja yang perlu disiapkannya. Hanya sesekali dia memandang ke arah pasangan yang sedang bercinta itu. Hanya 3 buah kerusi yang memisahkan jarak di antara mereka. Sungguh menjaga I’lat dan batas-batas pergaulan. Mereka bercinta tetapi tidak pernah pula merasakan perlu untuk melakukan perkara yang terlarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience