BAB 8

Horror & Thriller Completed 407

“Apa semua ni,akak?” jelas kedengaran nada kecewa Farisha apabila melihat wanita di hadapannya adalah Cik Thia ataupun nama sebenar yang diketahuinya tadi ZurAzminda Fathia.

Azminda ketawa. Tiba-tiba sahaja lagu yang berentak perlahan ditukarkan ke lagu yang berentak rancak. Lagu ‘Pencuri Hatiku’ nyanyian Ayda Jebat bergema. Gadis itu juga menyanyi…

Semua yang ada ada pada dirimu

Membuat aku ku aku jatuh cinta

Come on baby say you love me

Love me say you love me

Fuad melihat lagak Azminda. Menyanyi-nyanyi dengan gaya menggoda dan manja. Ditanggalkan niqab dan menyanyi dengan penuh nafsu. Azminda menghampiri Fuad. Dihalakan bilah pisau itu ke tubuh Fuad sambil menari dengan penuh ghairah.

Tak bisa ku sayang sayang selain dirimu

Penjara kamu mu kamu dalam hatiku

Come on baby say you love me

Detak jantung Fuad rasa bergetar. Godaan Azminda hampir menewaskan imannya. Dia cuba menepis pisau yang menjalar di tubuhnya. Hilang ke’muslimah’an yang ada pada diri bekas kekasihnya itu. Azminda masih riang segar menyanyi sambil menggodanya. Liuk-lentok tubuhnya sengaja ditayang di hadapan Fuad. Fuad mengalihkan pandangannya ke arah lain kerana tidak mahu zina mata dan hatinya. Perhatian Azminda pula terarah ke arah isteri Fuad yang membuntang melihat perlakuannya dengan aksi menggoda itu. Lain benar dengan akhlak yang ditonjolkan Azminda di dalam kelas. Seratus peratus berubah menjadi wanita yang pelik dan tidak bermaruah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience