BAB 10

Horror & Thriller Completed 407

“Kak Thia! Jangan ganggu suami saya!” tiba-tiba Farisha menjerit. Dia tidak tahan lagi melihat aksi godaan Azminda ke atas suaminya. Mentang-mentanglah diri mereka diikat. Suka hati Azminda sahaja nak buat perkara terkutuk di hadapannya. Dengan suaminya pula.

“Hoi,perempuan! Kau diam! Kau perampas! Kau ingat muka kau cantik sangat? Kau ingat kau boleh bahagia dengan Fuad ? Fuad aku punya! Jika aku tak dapat, kau juga tak akan dapat!” Azminda mengutip semula pisau Rambonya yang tercicir di atas lantai papan. Ingin dirodoknya pisau itu sekuat hati pada tubuh Farisha. Namun belum sempat dia merodok, dia menangkap bunyi suara Fuad yang memanggilnya ‘sayang’. Terus matanya dialihkan pada Fuad. Farisha kelihatan menggigil dan menangis sambil berzikir memohon pertolongan Allah Taala.

“Ustaz,you panggil I sayang tadi?” wajah Azminda berseri-seri. Bercahaya matanya melihat wajah lelaki yang dicintainya,Ustaz Fuad.

“Ya,sayang.”suaranya menggigil. Dia terpaksa mengalihkan tumpuan Azminda untuk tidak berlaku kejam. Hatinya merintih. Dia perlu psiko semula Azminda yang hilang kewarasannya.

“Azminda, lepaskanlah Farisha. Azminda nak saya buat apa? Saya akan cuba penuhi permintaan Azminda.” Lembut tutur kata Ustaz Fuad. Dia perlu berhati-hati apabila berkata-kata. Wanita yang dikenalinya sudah tidak waras. Mungkin akan menjadi lebih kejam jika tidak mengawalnya.

“Betul sayang nak ikut cakap saya? Kalau macam tu….ceraikan perempuan ni sekarang! Kalau tak, aku bunuh dia!” terserlah kemarahan yang membuak-buak di wajah bengis Azminda. Diambilnya pisau tadi diletakkan di celah tengkuk Farisha. Terdengar suara Farisha yang menggigil terkumat-kamit menyebut nama Allah berulang kali.

“Hei,perempuan! Kau diamlah! Tak payah nak tunjuk baik depan aku! Nak jadi ustazah pulak! Aarghhhhh!!!” rimas dengan kalimah Allah yang disebut Farisha seolah-olah memperlekehkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience