BAB 13

Romance Completed 7225

Waktu kini…

Fakrul menolak pintu kaca yang tergantung perkataan ‘open’ itu lalu melangkah masuk. Dia melangkah menuju ke arah kaunter pesanan dengan perlahan-lahan sambil menundukkan kepala, menatap dada skrin sentuh telefon bimbitnya.

“Encik nak order apa?” Fakrul mengangkat kepala apabila suara seorang gadis yang berdiri di kaunter pesanan itu menerobos ke telinganya.

Sebaik sahaja dia mengangkat kepala, Fakrul terpanar apabila terpandangkan seraut wajah yang ayu bertudung dan sedang tersenyum manis ke arahnya itu. Cantik! Serta-merta jantungnya berdegup kencang. Rasa-rasanya dia memang tidak tersilap orang! Laju matanya jatuh pada name tag yang dipin kemas di dada sebelah kiri gadis itu.

“Encik?” Gadis itu melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka Fakrul yang masih kaku.

Terkerdip-kerdip mata Fakrul setelah tersentak daripada lamunan. Kemudian, dia tersenyum manis. “Saya nak order awak, boleh?”

“Hah?” Tercengang gadis itu dibuatnya.

Fakrul ketawa kecil. “Tak adalah. Saya gurau je.” Ketawa Fakrul mati. “Awak… Aidill Aryssa Fitri, kan?”

Berkerut dahi gadis itu memandang ke arahnya. “Ya, saya. Macam mana encik tahu nama saya?” Walaupun gadis itu memandang pelik ke arahnya, namun senyuman manis masih terhias cantik di bibir gadis itu.

Pengakuan gadis di hadapannya itu membuatkan dada Fakrul bagaikan nak pecah. Rasa bahagia bagaikan berpusu-pusu ingin menyelinap ke dalam hatinya. Serta-merta, senyuman menghiasi bibirnya. Tidak mampu lagi dia menyembunyikan rasa bahagia yang dirasakan saat itu. Akhirnya, gadis yang selama ini dicari-cari, muncul juga di hadapannya. Sungguh, aku bersyukur kepada-Mu, ya Allah…

“Awak tak ingat saya? Saya, Fakrul Izzudin. Fakrul Izzudin bin Baharom,” ujar Fakrul.

Sebaris nama itu berjaya menyentak tangkai hati Aryssa. Jelas tergambar riak terkejut pada wajah gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience