BAB 12

Romance Completed 7225

Akhirnya, kertas terakhir Fakrul selesai juga dijawab. Keluar sahaja Fakrul dari dewan peperiksaan bersama rakan-rakan seperjuangannya, dia terus bergegas mengemaskan alat-alat tulisnya lalu beg sekolahnya dicapai dan disandang ke bahu. Lantas dia berlalu meninggalkan rakan-rakannya yang masih riuh bersorak ‘merdeka’ di luar dewan itu dan terus menuju ke arah pondok di hadapan asrama, di mana tempat yang telah dia dan Aryssa berjanji untuk bertemu buat kali yang terakhir. Namun, belum sempat dia tiba di pondok itu, dari kejauhan dia nampak pondok itu kosong. Tiada sesiapa di situ. Bukan sahaja Aryssa yang tidak kelihatan, malah barang-barang gadis itu pun tiada. Perlahan-lahan dia menghampiri pondok itu.

“Aryssa… di mana kau?” Fakrul mula merintih. Lemah sahaja nada suaranya.

Tiba-tiba, dia ternampak sekeping kertas yang kecil tertampal pada tiang pondok itu. Lantas, Fakrul mencapainya.

‘Fakrul, aku minta maaf banyak-banyak pada kau. Seriously, aku tak sangka ayah aku akan datang jemput aku seawal ni. Aku betul-betul minta maaf kerana tak dapat menepati janji aku pada kau untuk kali yang terakhir. Semoga kita akan berjumpa lagi suatu hari nanti, sahabat…’

-Aryssa-

Fakrul terduduk lemah di pondok itu. Setitis air matanya jatuh jua. ‘Aryssa… aku nak beritahu kau… yang aku telah jatuh cinta pada kau… Aku cintakan kau, Aryssa… Sungguh, aku benar-benar mencintai kau…’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience