Family Series 4463

"Ibu sudah siapkan makanan tengah hari? Saya sudah kebuluran." usik Qaseh sambil memegang perutnya.

"Kamu ini seperti tidak makan seminggu pula. Sudah, mari makan!" kata Puan Laila sambil tertawa kecil.

Qaseh duduk di meja makan dengan segera. Dia mengambil pinggan dan menyedok nasi yang masih panas ke dalam pinggan yang diambil tadi. Rupa-rupanya, Puan Laila memasak lauk kegemarannya, iaitu ayam masak kicap. Pada tengah hari itu, dia menikmati lauk yang dihidang oleh ibunya dengan penuh selera.

"Wah, sedapnya masakan ibu! Saya tambah nasi sampai dua kali. Kenyang betul!" puji Qaseh.

"Pandai kamu membodek ibu, ya? Sudah, pergi basuh pinggan. Selepas itu, lekas mandi." kata Puan Laila.

"Assalamualaikum!"

Kedengaran suara seseorang dari luar rumah. Qaseh segera menjenguk ke luar tingkap.

Wajahnya berubah riang apabila melihat orang yang memberi salam tadi diluar.

"Ayah sudah balik! Sekejap lagi, kita akan balik kampung!" jerit Qaseh teruja, lalu segera membuka pintu untuk ayahnya.

"Ya, tetapi biarlah ayah mandi dan makan dahulu. Selepas itu, kita balik ke kampung." kata ayah Qaseh, Encik Fariz, sambil menghulur tangan dan disalam oleh Qaseh.

"Abang makanlah, kami sudah makan tadi." kata Puan Laila sambil mencium tangan suaminya. Encik Fariz mengangguk lalu duduk di meja makan. Qaseh pula terus naik ke bilik untuk mandi.

'Tidak sabar rasanya mahu pulang ke kampung!' kata Qaseh dalam hati.

Dia masuk ke dalam bilik air dengan hati gembira. Sudah menjadi kebiasaan Qaseh, buka sahaja pancuran air, dia pasti bernyanyi. Sedang dia asyik mandi, kedengaran suara ibunya menjerit memanggilnya dari luar bilik air.

"Qaseh! Cepatlah, semua orang dah siap." jerit ibu sambil mengetuk pintu bilik air.

Qaseh terkejut lalu mempercepatkan mandiannya. Selepas itu, dia melangkah keluar dari bilik air. Dia mengambil pakaian yang dipilih lalu memakainya dengan tergesa-gesa.

'Nasib baik aku sudah pilih baju! Kalau tidak, pasti aku sudah dimarahi oleh ibu.' keluh Qaseh sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience