Family Series 4463

Encik Fariz sememangnya berasa bangga dengan anaknya. Qaseh adalah seorang anak yang baik dan bijak. Segala kejayaannya adalah hasil titik peluh diri sendirinya. Qaseh sentiasa rajin berusaha bagi mencapai kejayaan dalam peperiksaan.

Namun begitu, apa yang menyedihkan adalah nenek Qaseh. Dia tidak pernah menghargai kejayaan Qaseh. Encik Fariz merenung Qaseh daripada pantulan cermin belakang kereta secara diam-diam. 'Kasihan anakku.' keluh hati Encik Fariz.

Dua jam kemudian, mereka tiba di rumah neneknya. Lampu neon yang berwarna-warni dipasang di sekeliling rumah nenek. Lampu itu menyinar ke seluruh halaman. Apabila pintu pagar dibuka, ternampak kereta Honda CRV berwarna hitam di halaman. Kereta itu milik Mak Lang Qaseh.

"Mak Lang sudah sampai dahulu daripada kita! Abang Ammar dan Danial mesti ejek dan buli saya nanti!" keluh Qaseh dengan nada kesal. Muka Qaseh berkerut lalu memuncungkan bibirnya.

"Tidak apalah, Qaseh. Lagipun, mereka berdua sebernanya cemburu dengan kamu." pujuk Puan Laila sambil tersenyum melihat gelagat Qaseh yang tidak puas hati dengan perangai kedua-dua sepupunya.

"Nanti, ibu bukan mahu tegur mereka pun! Asyik saya sahaja yang kena mengalah!" rungut Qaseh perlahan pada ibunya, tanda protes dengan tindakan Puan Laila.

"Ibu tidak mahu mencari gaduh dengan nenek kamu, Qaseh. Itu sahaja. Kamu pun tahu apa keadaannya kalau nenek berkecil hati. Susah semua orang nanti." terang Puan Laila dengan lembut. Dia cuba memujuk anaknya supaya faham akan konflik yang melanda dirinya dengan Datin Rosmah.

Sebaik sahaja tiba di hadapan pintu, mereka sekeluarga mengetuk pintu rumah sambil memberi salam. Seketika kemudian, pintu rumah dibuka. Kepulangan mereka disambut oleh nenek Qaseh, iaitu Datin Rosmah. Sebaik sahaja Qaseh melihat neneknya di muka pintu, Qaseh terus memeluk neneknya dengan gembira. Namun begitu, riak wajah neneknya muram sahaja. Datin Rosmah langsung tidak menunjukkan rasa gembira menyambut kepulangan Qaseh sekeluarga.

"Assalamualaikum, nenek. Saya rindu nenek. Saya dapat nombor satu lagi!" kata Qaseh dengan bangga sambil memeluk neneknya dengan erat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience