Bab 1: Balik Kampung

Family Series 4463

Teet! Teet!

Jam loceng Qaseh berbunyi dengan kuat. Jam menunjukkan pukul 6:00 pagi. Qaseh menggeliat lalu bangun daripada katil dengan lemah. "Malasnya!" rungut Qaseh, perlahan, sambil menuju ke bilik air.

Dia mencapai tuala yang tergantung di tepi almari dan masuk ke dalam bilik air. Kedengaran suara Qaseh menyanyi kecil di dalam bilik air.

Kriut!

Kedengaran bunyi pintu bilik air yang dibuka oleh Qaseh. Sebaik sahaja dia keluar dari bilik air, dia menoleh ke arah jam dinding. "Alamak! Aku sudah lambat!" jerit Qaseh kerana terkejut. Ibunya, Puan Laila, menerjah masuk ke dalam biliknya.

"Mengapa?" tanya Puan Laila dengan nada yang cermas.

"Tidak ada apa-apa, ibu. Saya sudah lambat." jawab Qaseh sambil tersenyum sumbing.

"Ish, kamu ini buat ibu terkejut sahaja." marah Puan Laila.

"Maaf, ibu. I love you." kata Qaseh dengan manja.

Begitulah lagak Qaseh apabila terlewat bangun pagi. Sikapnya yang terkocoh-kocoh membuatkan ibunya selalu terkejut. Namun begitu, gaya manja Qaseh sentiasa mendapatkan dapat melegakan rasa terkejut Puan Laila.

Qaseh turun ke bawah untuk bersarapan di dapur bersama keluarga. Dia dapat menghidu bau yang sedap dari dalam bilik lagi. 'Pasti ibu masak mi goreng kegemaranku,' katanya dalam hati sambil tersenyum panjang.

Air liur Qaseh meleleh apabila melihat mi goreng yang masih berasap sudah siap dihidangkan di atas meja. Dia terus meluru ke meja dan memakan mi goreng itu dengan lahap sehingga licin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience