Family Series 4463

"Julia, awak dapat nombor lima!" jerit Qaseh dengan gembira.

"Awak pula dapat nombor berapa?" tanya Julia yang ingin tahu.

"Saya dapat nombor satu. Syukur, alhamdulillah." kata Qaseh sambil tersipu malu.

"Awak pandai! Dalam semua peperiksaan, awak dapat nombor satu! Cemburunya saya!" ujar Julia.

"Janganlah begitu!" kata Qaseh.

"Saya gurau sahaja!" jelas Julia.

Qaseh berasa sangat gembira dengan kejayaan yang dicapainya. Dia masih berjaya mengekalkan kedudukan pada tempat teratas. Tidak sabar rasanya mahu beritahu ibu dan nenek tentang kejayaannya itu.

"Semua boleh keluar rehat." kata Puan Hazura.

Jam menunjukkan pukul 11:00 pagi. Sudah tiba masa rehat pelajar. Qaseh dan Julia keluar dari kelas dan berjalan menuju ke kantin. Mereka berbual sambil makan bekal yang dibawa masing-masing.

"Qaseh, awak memang beruntung! Awak boleh minta hadiah daripada mak, ayah, nenek, mak cik, dan ahli keluarga lain. Mereka mesti akan belikannya untuk awak!" kata Julia.

"Bukanlah, saya tidak boleh menyusahkan orang. Lagipun, nenek saya tidak pernah memberi saya hadiah. Ibu saya kata kalau saya dapat nombor satu semasa peperiksaan akhir tahun, barulah saya boleh dapat hadiah." jelas Qaseh dengan nada sedih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience