Family Series 4463

Qaseh mengesat air matanya. Dia membasuh muka sebelum turun ke bawah untuk berjumpa dengan mak ciknya, Puan Anita. Dia bersalaman dengan wanita itu, tanda hormat dengan mak cik dengan pak ciknya.

"Qaseh, kamu dapat nombor satu lagi?" soal Puan Anita teruja.

"Ya. Alhamdulillah." jawab Qaseh sambil tersenyum bangga.

"Alhamdulillah, pandainya kamu! Bertuah Laila dapat anak seperti kamu." puji Puan Anita sambil mengusap kepala Qaseh.

"Ammar lagi pandai!" sampuk Ammar dengan tiba-tiba.

"Kamu ini! Tidak ada adab langsung! Kamu sudah mandikah?" tegur Puan Anita kepada anaknya.

"Sudah lama Ammar mandi! Ibu tidak nampakkah yang Ammar sudah siap pakai baju tidur?" jawab Ammar dengan mulut muncung.

Puan Anita menjeling ke arah Ammar yang menjawab pertanyaannya tanpa rasa hormat. Disebabkan marah, Puan Anita terus ke dapur bagi membantu adiknya menghidangkan makan malam.

"Abang Ammar apa khabar?" tegur Qaseh dengan ceria.

"Kamu tidak payahlah berlagak baik sangat! Sekarang, aku mahu kamu jumpa nenek dan cakap kepada nenek yang malam ini kamu mahu makan McDonald!" arah Ammar sambil menolak badan Qaseh.

"Tetapi, abang Ammar yang mahu makan McD. Mengapa saya pula yang perlu cakap kepada nenek? Nanti nenek ingat saya yang mengada-ngada." jawab Qaseh dengan kesal.

"Pergi sahajalah! Banyak songeh betul!" marah Ammar sambil membuntangkan mata kepada Qaseh. Qaseh berasa gerun dengan sikap Ammar lalu dia terus naik ke atas untuk pergi ke bilik neneknya. Qaseh berasa sedih kerana terpaksa menyusahkan nenek. Dia tahu pasti nenek akan naik angin lagi.

'Tetapi kalau aku tidak buat seperti yang Abang Ammar minta, mesti aku dibuli lebih teruk lagi! Kalau aku buat, aku kena marah dengan nenek juga! Memang sudah nasib aku." luah Qaseh dalam hati.

Qaseh melangkah masuk ke dalam bilik nenek. Nenek sedang duduk berehat di atas katil ambil menonton televisyen. Qaseh menghampiri neneknya lalu bertanya manja. "Nenek, malam ini saya mahu makan McD, boleh?" tanya Qaseh dengan lembut kepada nenek. Tangan Qaseh memicit kaki neneknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience