Family Series 4463

"Oh, begitu." balas Julia sambil mengangguk-angguk.

KRING!

Loceng berbunyi. Pengawas menyuruh mereka masuk ke kelas dengan segera. Mereka berdua beratur sebelum memasuki kelas dengan cepat.

"Selepas ini, subjek apa?" Kedengaran suara Pravin bertanya dengan kuat.

Namun begitu, tiada siapa yang menyahut pertanyaan Pravin. Keadaan di dalam kelas masih bising. Murid-murid Kelas 4 Cemerlang masih kecoh bercakap berkenaan keputusan peperiksaan masing-masing.

"Semua senyap!" Kedengaran satu jeritan suara yang kuat.

Murid-murid Kelas 4 Cemerlang terkedu. Guru matematik mereka, iaitu Cikgu Isma, rupanya sedang berdiri sambil bercekak pinggang di muka pintu kelas mereka. Dia mendenda ketua kelas kerana tidak menjaga kelas dan membiarkan murid-murid membuat bising.

"Sebagai denda, Cikgu akan beri kamu kerja rumah yang banyak!" kata Cikgu Isma.

"Bukankah peperiksaan sudah tamat?" keluh murid-murid Kelas 4 Cemerlang secara serentak.

Cikgu Isma tidak menghiraukan keluhan mereka lantas dia menulis beberapa soalan matematik di papan putih. Cikgu Isma mengarahkan mereka menyalin soalan itu.

Murid-murid Kelas 4 Cemerlang menyalin soalan yang ditulis oleh Cikgu Isma di papan putih dengan cepat. Mereka ingin cepat pulang ke rumah. Qaseh dan Julia menyiapkan kerja mereka seperti lipas kudung.

Tiba-tiba, loceng sekolah berbunyi. Qaseh pantas mengemas buku-bukunya. Dia tidak sabar mahu pulang ke rumah dan memberitahu ibunya tentang berita gembira.

"Terima kasih, Cikgu!" jerit murid-murid Kelas 4 Cemerlang serentak.

Qaseh dan Julia berjalan ke arah bas sekolah yang menunggu. Seperti biasa, mereka duduk bersebelahan di dalam bas. Sepanjang perjalanan, mereka berbual-bual tentang macam-macam perkara. Selepas 15 minit berada di dalam bas, akhirnya Qaseh tiba di rumah. Dia melangkah turun dari bas sekolah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience