11_Promote Bab 01 RESTU

Drama Series 42375

Bab 01_Kepulangan Ivan Haziq

Ivan POV
Aku bahagia.Gelar status sebagai seorang Dokter pakar
telah ku raih.Ini juga adalah satu- satunya harapan sang ayah padaku sejak kecil.

Dengan menggenggam segulung ijazah sarjana muda
ditanganku, akhirnya aku bukan lagi sorang mahasiswa
disebuah universiti tertua didunia, Oxford Universiti.

Kepulanganku ke tanah air buatku rasa percaya diri. Dengan gelaranku sebagai seorang Dokter, aku tahu aku punya tanggungjawab dan tugas besar untukku sejajarkan karierku.

Ayahku yang ku panggil Papa, sangat bangga pada diriku.Apa tidaknya aku adalah pewaris karier sang ayah.Siapa tak kenal dengan Dokter Syahriz Alvano, seorang Dokter pakar di HKL.Kini aku telah pun
mewarisi karier itu darinya.

Berbeza dengan karier Ibuku pula.Dia seorang guru.
Mungkin kerana dia berkerjaya sebagai guru, aku telah berjaya sukses seperti sekarang.Bagiku, Mama Hani adalah yang terbaik dan dia adalah syurga segalanya.

Senyumku mengembang bila seseorang dikejauhan yang sedang datang menghampiri.Gadis polos yang bermulut cerewet, yang sangat aku sayangi.Siapa lagi
bukan adik perempuan kesayanganku, yang dipanggil Alin.Nama penuhnya Syahzlin Alisha.Kata Papa dan Mama, nama penuh Alin itu datangnya hasil dari nama gabungan Syahriz dan Aresha.Unik bukan terdengar?

"Abang..!" Teriakan Alin sangat-sangat menggema di area pendengaranku.

"Alin tak usah teriak-teriak.Sini kan ramai orang.Malu
lah sikit?" Kataku pada sang adik tercinta.

Kedatangan Papa, Mama dan adikku di terminal 1 yang datang menjemputku buatku rasa terharu.Aku tahu mereka sangat menyayangiku dan begitu juga denganku sebaliknya.Jujur ku akui mempunyai keluarga kecil seperti mereka membuatku akulah anak yang terbahagia didunia ini.
POV End

"Ish abang ni ! Biasalah kalau lama tak jumpa dengan orang tersayang, memang inilah jadinya.Kan Ma.."
Kata Alin seraya menatap pandang pada Hani, sang ibu tercinta.

"Tapi apa yang abang cakap tu benar Alin.Alin kan masih gadis remaja.Tak eloklah teriak-teriak gitu. Nampak sangat manjanya.." Ujar sang ayah pula.Syah kemudiannya menggandeng bahu Ivan, putera kebanggaannya setakat ini.Dengan gelar Dokter Pakar yang masih muda, itu sangat memuaskan dihati Syah
sebagai seorang ayah.

Alin memuncungkan bibirnya kedepan.Dengan beza umurnya jarak tujuh tahun dengan Ivan, sudah pasti dia
akan sangat manja terhadap sang abang.Apalagi Ivan yang terlalu sayang padanya.Bak kata pepatah melayu, Menatang minyak yang penuh.

"Jom..jom..kita pulang sekarang kerumah.Jangan nak buang masa disini dengan keriuhan korang berdua.
Ivan, kamu saja yang drive..ya?" Kata Syah meminta Ivan untuk mengemudikan kenderaan.

"Ok Pa..no problem.." Sahut Ivan santai.

Semoga terhibur ya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience