12_Siapa sebenarnya ibu Adam

Drama Series 42375

Mata Arin hampir terbeliak luas.Kerana terkejut pada Adam yang mengucup dahinya tiba-tiba dihadapan kedua orang tuanya.

'Ya Allah...Dugaan apa ini?' Batinnya Arin.
Arin hanya mampu tersenyum entah ikhlas apa tidak.
Dan dalam fikiran Arin juga terlintas apa Adam sengaja mengerjainya dengan mengucup dahinya itu..Namun kelihatannya seperti Adam penuh perasaan melakukan itu, nampak bukan sekadar lakonan.

'Nanti saja kau Adam, nampak sekali aktingmu sangat
nyata.Pasti kau sengaja ambil kesempatan padaku..'
Batin Arin semula berkata dalam hatinya.

Arin jadi tidak fokus pada tingkah Adam yang terlebih-lebih lakonannya.Ditambah lagi pemandangan seorang wanita separuh baya yang memang mirip seratus peratus ibu kandungnya.Namun, hati dan perasaan Arin mengejut gundah gulana.Ada pertanyaan yang mula memutari dibenaknya.Siapa Adam buat wanita yang ada dihadapan matanya kini? Mengapa Adam memanggilnya dengan gelar ibu? Mungkin mulai saat ini, Arin harus mendekatkan diri dengan Adam lebih rapat lagi.Ya untuk mengorek sejarah masa lalu wanita yang dipanggil ibu oleh Adam.Apa pun caranya, Arin terpaksa melakukannya demi mencari bukti-bukti bahawa ibu Adam ini sesungguhnya ibu kandung yang sedang ia cari.

"Jadi Adam..dia wanita yang kau maksudkan itu?"
Pertanyaan dari ayah Adam itu buat Adam tersenyum hambar.Sedangkan semuanya cuma lakonan saja untuknya mengelak dari dijodohkan.

"Ya ayah.Dia kekasih Adam.Harap ayah restui hubungan kami.Adam benaran serius ingin melamar Arin untuk dijadikan teman suri hati Adam selamanya.
Boleh ya Yah, ibu?" Permintaan Adam itu taklah seberat mana bagi ayah Adam, Bapak Wirajaya.Cuma saja sesi perkenalan bersama Arin belum bermula.

"Nama kamu nak sebenarnya siapa?" Tanya ibu Adam ditujukan pada Arin.

"Saya Arin Anastasya, Tante." Tiba-tiba difikirannya ibu Adam terlintas jelas pada nama sang bayi kecil ketika dirinya berada di Malaysia suatu ketika lama dahulu.Ya sudah pasti nama itu termaterai lama nan indah disanubari sebagai seorang ibu.

'Ya Allah..Siapa sih anak nih? Mengapa namanya mirip sekali sama anak perempuanku?' Batinnya ibu Adam.

"Ayah, ibu, Arin asalnya dari Malaysia kok.Dan.."
Ucapan Adam terhenti saat ibunya tiba-tiba bersuara.

"Mas, aku merasa pusing kok tiba-tiba? Kayaknya aku belum minum obatku Mas.Aku pengen istirihat sekalian aja.." Kata ibunya Adam.

"Nak Arin, Adam..ayah tinggal dulu ya.Kita lanjutkan saja nanti lamarannya.Hal itu kalian nggak usah bimbang.Ayah pasti akan merestui hubungan kalian.Maaf ya..Nak Arin." Arin menggangguk.Tak disangka pula Bapak Wirajaya begitu terbuka orangnya.
Tapi sangat disayangkan, Arin tak sempat ketahui siapa nama ibunya Adam tersebut.

"Kita pulang yuk?" Lamunan Arin terjeda gara-gara Adam yang bersuara mendadak.

"Hishh! Bikin kaget aja kamu ya Dam." Kata Arin seraya mengusap dadanya yang sempat terkejut tadi.

"Apa sih yang kamu fikirkan?" Tanya Adam.

"Nggak apa-apa kok.Cuma satu aja yang harus kamu ingat.Jangan sampai saya terjebak oleh sandiwara yang kamu mulakan ini." Ucap Arin tegas.

"Iya sih.Santai aja kali.Tapi..kalau kita berjodoh? Siapa tahu itu? Apa kamu rasa kita dapat mengelaknya? Coba?" Arin menatap nanar pada raut wajah Adam.
Sama sekali Adam belum punya ciri-ciri lelaki idaman dihatinya Arin.

Arin hanya mampu tersenyum getir.Mana mungkin baginya ia akan berjodoh dengan Adam.Dia malah takut kalau-kalau Adam itu adalah jodohnya.Mustahil...

Kenapa semakin hari, Adam semakin ingin mendekati Arin? Lain halnya pula dengan Arin, dia semakin mendekati Adam kerana ingin mengetahui siapa ibunya Adam yang belum ia tahu namanya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience