BAB 11

Drama Completed 823

CERIA sekali wajah Hafnan apabila diberitahu yang dia akan keluar
bersama- sama dengan Lisa ke bandar. Minggu ini dia pulang ke Kuantan.
Memang setiap hujung minggu akan dihabiskan di Kuantan. Hampir sebulan
dia dan Lisa bertunang. Tapi langsung dia tidak pernah bertemu dengan
Lisa . Jika mengikut perancangan, dia dan Lisa akan mengikat
pertunangan selama tiga bulan sebelum berkahwin. Perasaannya masih
berbelah bagi sama ada ingin menerima Lisa atau tidak. Dia juga pelik
kenapa Lisa menerima pertunangan ini walaupun dia selalu menghina
Lisa dulu.

“Pegang tangan cikgu,” suruh Lisa . Risau melihat Hafnan yang nampak
agresif hari ini. Dia juga gembira dapat keluar dengan Hafnan tetapi
tidak begitu menyenangi kewujudan Haikal yang hanya diam membisu sejak
tadi. Hanya dan Hafnan sahaja yang banyak bercakap. Dia tidak sangka
Hafnan agak petah. Sama seperti Iskandar .

“Jom beli baju,” ajak Haikal .

Hafnan melonjak kegirangan.

“Jap. Jangan laju sangat. Kita lintas jalan. Banyak kereta ni.” Risau
Haikal .

Lisa menggenggam kuat tangan Hafnan .

“Tepi Hafnan ,” suruh Haikal yang terkejut bila seorang buta dan
bertongkat muncul di sebelahnya. Lelaki itu turut mahu melintas jalan
tetapi langkahnya dihalang Hafnan yang berdiri di hadapan.

“Awak ni kenapa?” Terkejut Lisa dengan sikap tidak mengambil peduli
Haikal .

“Kenapa?" Shahmir buat muka tiada perasaan.

“Pegang Hafnan ,” suruh Lisa . Pantas dia memegang lengan lelaki yang
kebetulan memakai baju lengan panjang.

“Jap pak cik. Kereta banyak,” ucap Lisa risau.

“Terima kasih nak.”

“Jom,” ajak Lisa terus melangkah. Lelaki itu mengikut diikuti Haikal
dan Hafnan .

“Nak pura-pura baiklah tu,” ucap Haikal perlahan tapi jelas dalam
pendengaran Lisa .

“Saya tak ada tangan je. Telinga saya tak pekak lagi.”

“Awak cakap apa?” soal Haikal dengan wajah tanpa perasaan.

Lelaki tua itu sudah melangkah pergi jauh di hadapan. Hafnan kembali
berjalan di sebelah Lisa . Lisa memegang tangan Hafnan .

“Bersuluh minta api, sudah gaharu cendana pula.”

Haikal tergelak.

“Saya tahu awak cikgu BM. Tak payah nak berperibahasa dengan saya,”
ucapnya.

Lisa tarik sengih. Tidak ikhlas.

“Papa sepatutnya kita tolong pak cik tadi. Dia kan buta. Papa ada mata.
Macam papa selalu tolong ambilkan barang untuk Hafnan sebab Hafnan ada
satu tangan je,” ujar Hafnan .

Haikal terkesima.

“Tapi lepas ni.. Hafnan nak belajar buat semua benda sendiri tau,”
sambung Hafnan lagi.

“Siapa ajar Hafnan ni?” Terus dia menjeling Lisa tajam.

“Nenek. Nenek cakap… nanti kalau nenek dan atuk tak ada. Hafnan boleh
buat semua benda sendiri. Hafnan hanya tak ada satu tangan. Orang lain
ada yang tak ada dua tangan. Tak ada kaki. Lagi kesian papa,” jawab Hafnan .

Haikal terdiam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience