BAB 8

Drama Completed 823

“Bukan semua orang ada tangan. Cikgu pun macam Hafnan ,” beritahu Lisa .
Dia tidak sangka Hafnan tidak sedar kekurangannya. Mungkin kerana dia
memakai baju kurung dan jarang menyinsing lengan baju. Dia juga sedar
cikgu-cikgu yang baru masuk juga kebanyakannya tidak tahu akan
kekurangan yang ada pada dirinya.

“Hafnan ....” Nyaring suara seseorang.

Hafnan menoleh. Nenek dan datuk tersenyum padanya.

“Mak Cik Aminah … Pak Cik Sharif,” sapa Lisa ramah dan terus menyalami
wanita itu. Encik Sharif tersenyum ramah. Lisa sudah sedia maklum
dengan nama mereka kerana Hafnan mendaftar paling lewat.

“Cikgu Inara ni. Terima kasih temankan Hafnan . Kami baru balik dari kelas
mengaji. Hari ini lambat pula habis. Takut sungguh kami tadi,” beritahu
Puan Aminah . Wajahnya agak cemas terutamanya melihat baju sekolah Hafnan
yang bertukar warna.

“Kenapa ni?” soal Encik Shari.

“Hafnan jatuh.”

Lisa tersenyum.

“Saya dari dulu lagi nak tanya... pak cik dan mak cik dulu pernah duduk
Kuantan ke? Saya macam selalu nampak muka pak cik dan mak cik,” soal
Lisa .

Puan Aminah melepas pandang suaminya. Wajah mereka nampak terkejut.

“Pernah. Lama dah… enam belas tahun yang lalu. Lepas tu kami pindah ke
KL,” ucap Puan Aminah . Lama dia merenung wajah keanak-anakan Lisa .
Wajah baby face.

“Dulu duduk Bukit Sekilau ke?”

Sekali lagi Puan Aminah dan Encik Sharif terkejut. Mereka sama-sama
mengangguk.

“Betullah saya sangka tu....”

“Kenapa? Kenal kami ke? Maafkan mak cik. Mak cik lupa sangat dah… sebab
lama sangat.”

“Saya Lisa . Anak Lufti dan Kalsom . Dulu rumah kami selang beberapa
buah dari rumah mak cik. Abang saya, Ian dan kakak saya, Inara . Ingat
tak?” soal Lisa .

Berkerut dahi Puan Aminah . Lama dia memerhatikan wajah Lisa sebelum
pandangannya jatuh pada tangan kanan Lisa .

“Ya Allah… Lisa ke ni?” Pecah air mata Puan Aminah dan terus memeluk
Lisa lama.

Lisa tersenyum dan membalas pelukan Puan Aminah . Sayu hatinya. Dia
rindukan pelukan seorang ibu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience