BAB 6

Drama Completed 823

Ian tarik nafas. Dia terdiam. Bila melihat kelincahan adiknya,
kadang-kadang dia lupa akan kekurangan adiknya. Lisa sudah berumur 26
tahun. Sekejap sahaja masa berlalu. Adiknya kini merupakan seorang guru
di sekolah rendah. Lisa sukakan kanak-kanak. Sebab itu dia memilih
mengajar budak sekolah rendah. Lagipun dia takut, dengan kekurangan yang
dia ada, dia tidak mampu mengawal budak-budak di sekolah menengah.

“Adik mengajar darjah berapa?”

“Darjah satu. Budak tu lambat masuk. Dia baru berpindah dari Jepun. Mata
pun sepet je,” balas Lisa . Hafnan memang comel. Menurut data peribadi
Hafnan , Hafnan merupakan anak kacukan Jepun Melayu. Ibunya orang Jepun.
Tetapi ibu bapanya sudah bercerai. Semalam bukan ayah Hafnan yang
menghantarnya. Datuk dan nenek Hafnan yang menghantar si kecil itu. Pelik
juga dia melihat wajah datuk dan nenek Hafnan kerana mereka seperti
selalu dilihat. Tetapi dia lupa.

“Budak tu bertuah kan maksu,” sampuk Iskandar .

“Bertuah?” soal Encik Lufti terus. Lisa , Ian dan Kasih melepas
pandang pada Iskandar .

“Dulu nenek cakap… mak su bertuah sebab tu mak su tak ada tangan. Dalam
dunia ni ramai orang yang cukup sifat. Tapi tak bertuah sebab lupa
dengan kesenangan yang Allah bagi. Macam mak su, mak su selalu ingat mak
su tak ada tangan. Jadi mak su tak cepat lupa. Lagipun Allah sayang mak
su. Bukan semua orang Allah bagi keistimewaan ni. Tapi nenek
cakap…Iskandar pun bertuah juga. Sebab Allah bagi Iskandar cukup sifat.
Tapi Iskandar kena selalu ingat dan tak pandang rendah orang lain. Sebab
tu Iskandar tak suka kalau orang buli mak su.” Panjang sekali kata-kata
Iskandar .

Masing-masing terkesima mendengar kata-kata Iskandar . Begitu sekali
dia mengingati kata-kata arwah Puan Kalsom sedangkan waktu
itu Iskandar masih kecil. Arwah Puan Kalsom sudah pergi setahun yang lalu.

“Banyak ya nenek cerita dengan Iskandar ?” soal Encik Lufti. Dia terharu.
Lisa sudah bergenang air mata. Kata- kata Iskandar sama seperti kata-
kata- kata Puan Kalsom yang diingatinya dalam kotak memorinya.

Iskandar mengangguk.

“Nenek kan suka cerita. Iskandar suka.”

“Jadi nanti sesiapa buli mak su. Iskandar nak buat apa?” soal Ian sengaja
menguji. Jauh dalam sudut hatinya dia berdoa hati murni anaknya tidak
akan hilang begitu sahaja apabila dewasa nanti.

“Iskandar telefon polis. Papa kan polis,” jawab Iskandar pantas.

Seisi rumah tergelak.

“Betullah." Dia tidak puas hati apabila orang ketawa.

“Pandai Iskandar .” Pipi tembam Iskandar dicium.

“Tokki....” Panggil Iskandar . Dia mendongak mencari wajah atuknya.

“Apa?” Pelik Encik Lufti.

“Iskandar rindu nenek. Nenek tak sayang Iskandar ke?”

“Kenapa pula? Nenek paling sayang Iskandar tau,” balas Encik Lufti. Air
matanya bergenang. Hanya Allah yang tahu betapa rindunya dia pada arwah
isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience