HAIKAL IZHAR menaha marah. Merah padam wajahnya. Dia terkejut dengan
cadangan ibu bapanya.
“Mama, kenapa pilih dia?”
“Mirza juga yang suruh mama carikan jodoh kan? Jadi mama dah berkenan
sangat ke dia. Dari dulu lagi.”
“Tapi ma… Mirza tak setuju. Mirza tak mahu.”
“Kenapa?” soal Encik Sharif.
“Dia tu kudu....” Mati kata-kata Haikal . Pandangannya jatuh pada Hafnan
yang duduk di hujung sofa. Lengan kirinya memegang Ipad manakala tangan
kanannya rancak menekan skrin pada Ipad. Hafnan mendongak.
“Papa, kudung tu apa?” soal Hafnan .
Haikal tersentak. Encik Sharif dan Puan Aminah saling berpandangan.
“Mana Hafnan dengar perkataan tu?” soal Haikal .
“Papa nak sebut kudung kan? Hafnan tahu,” balas Hafnan .
Haikal menggeleng laju.
“Cikgu Lisa macam Hafnan juga. Hafnan ingat Hafnan seorang je malang.
Tapi cikgu Lisa pun sama. Tapi cikgu Lisa kata, Hafnan istimewa,”
ucap Hafnan . ‘Okaa-san’ merupakan panggilan untuk ibunya yang berada di
Jepun. Sekali-sekala sahaja sejak dia mula mengenal dunia, ibunya datang
melawatnya.
“Siapa cakap Hafnan malang?” Terkejut Puan Aminah pula. Dia geram dengan
kelancangan bekas menantunya. Sampai begitu sekali dia menghina Hafnan ,
walaupun Hafnan darah dagingnya sendiri.
“Okaa-san.”
“Hafnan . Pergi masuk bilik. Papa nak cakap sikit dengan nenek… atuk.”
Hafnan mengangguk sahaja walaupun hatinya berat untuk melangkah pergi.
“Macam mana dengan urusan tukar kerja? Boleh?” Sekarang Haikal masih
lagi bekerja di Kuala Lumpur sejak berpindah dari Jepun. Tetapi Haikal
sendiri tidak senang duduk di sana. Ini kerana, dia tidak boleh
berenggang dengan Hafnan . Dia sentiasa rindukan anaknya itu. Tahun lepas
Encik Sharif bersara dan kembali menetap di Kuantan. Hafnan juga diambil
kerana takut Haikal tidak dapat menjaga Hafnan dengan baik walaupun
sepanjang Haikal dan Hafnan di Jepun dulu, hanya Haikal sahaja yang
menguruskan segala keperluan Hafnan .
Share this novel