BAB 17

Drama Completed 823

“Jom,” ajak Lisa . Mereka sudah berada dalam Parkson. East Coast Mall
yang terletak betul-betul di tengah bandar Kuantan menjadi tumpuan ramai
setiap kali tibanya hujung minggu.

“Tengok. Dia lagi kesian dari Hafnan kan papa?” Terus Hafnan menunjukkan
seseorang yang berada di atas kerusi roda.

Haikal terkedu lagi. Orang itu tidak punya kaki.

“Sudah Hafnan . Tak baik tunjuk orang macam tu,” ucap Lisa separuh
berbisik.

“Nak?” soal Lisa . Rambang juga matanya. Dia juga mahu mencari baju
untuk Iskandar .

Hafnan mengangguk.

“Saiz M ya kak,” pinta Lisa pada salesgirl yang setia menanti Lisa
dan Hafnan memilih baju.

“Kenapa tak cari lengan panjang je?” soal Haikal .

“Kenapa pulak? Panaslah,” bangkang Lisa . Baju kemeja tadi dihulur pada
Haikal .

“Papa suruh Hafnan pakai baju lengan panjang… sebab tak mahu tunjuk
tangan Hafnan ,” beritahu Hafnan laju.

Haikal terkejut. Dia tidak sangka Hafnan tahu. Memang selama ini dia
membelikan Hafnan hanya baju lengan panjang.

“Hafnan reti cuba baju kan? Pergi masuk,” suruh Lisa terus menarik baju
kemeja tadi dari Haikal dan diserahkan kepada Hafnan .

Hafnan melangkah masuk.

“Awak ni kenapa?”

“Kenapa apa?”

“Awak tahu tak awak dah buat apa?” Terus menarik lengan baju supaya
Haikal mengikutnya. Jauh sedikit dari bilik persalinan. Dia risau Hafnan
mendengar perbualan mereka.

“Apa saya dah buat?” Pelik bila Lisa tiba-tiba meradang.

“Awak dah pandang rendah pada anak awak sendiri tau. Dari tadi lagi saya
tengok… Awak seperti tak bersyukur dengan apa yang Allah bagi pada awak.
Walaupun Hafnan kurang. Walaupun awak tak beritahu Hafnan apa yang awak
rasa, Hafnan rasa awak malu dengan kekurangan dia. Awak dah lukakan hati
anak awak tanpa sedar. Patutlah bila saya nak singsing baju Hafnan tadi,
dia tak bagi. Rupanya dia tahu apa yang awak nak. Dia tak mahu awak
malu. Awak malu ke keluar dengan Hafnan kalau dia tunjuk tangan dia?”

Haikal diam. Diam membisu. Malu?

“Pa… boleh Hafnan beli baju ni? Hafnan tak pernah ada baju lengan pendek.
Baju sekolah Hafnan je lengan pendek,” ucap Hafnan apabila dia keluar dari
bilik persalinan. Wajahnya girang. Comel sekali Hafnan dengan baju
pilihan Lisa . Baju kotak- kotak berwarna biru muda.

Haikal hampir terduduk. Matanya merah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience