BAB 1

Drama Completed 823

“Kenapa tangan awak cacat? Kena makan ikan jerung ke?”

Lisa tersentak. Pantas dia mendongak memandang budak lelaki di
sebelahnya.

“Cacat?”

“Mirza !” Keras suara ibunya.

“Kenapa awak tak ada tangan?” Tidak puas hati. Sekali lagi Haikal
menyoal pada budak perempuan di sebelahnya.

“Mirza !” Mulut Haikal ditutup pula.

“Baru pindah sini?” soal Puan Kalsom . Dia sudah biasa dengan keadaan
sebegini apabila kekurangan anak bongsunya sering ditanya. Wajah Lisa
yang suram ditatap. Dia tahu Lisa bersedih. Lisa baru berusia empat
tahun. Pertama kali menjejak kaki di tadika dahulu, Lisa nampak
terlalu gembira. Tetapi apabila pulang ke rumah, Lisa muram. Esoknya
dia tidak mahu ke sekolah.

Puan Aminah mengangguk.

“Maafkan anak saya ni.” Tangan yang masih melekap pada bibir Haikal
dilepaskan. Haikal nampak tidak berpuas hati.

“Siapa nama ni?” soal Puan Aminah . Dia tahu Lisa terasa dengan
kelancangan anak tunggalnya tadi.

“Lisa .”

“Saya Aminah . Kami baru pindah kat sini. Duduk hujung taman ni. Semalam
Pak Kassim ajak kami sekeluarga datang. Ada kenduri sikit,” ramah Puan
Aminah bercerita.

“Anak bongsu Pak Kassim dan anak sulung saya, Ian ... khatam al-Quran.
Jadi kami sama-sama buat kenduri ni,” beritahu Puan Kalsom pula.

“Siapa nama? Berapa umur ni?” soal Puan Kalsom pada Haikal yang masih
tajam merenung tangan kanan Lisa .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience