BAB 10

Drama Completed 823

“Insya Allah boleh. Memang di Kuantan kurang jurutera,” balas Haikal .
Empire Construction merupakan sebuah syarikat kontraktor yang besar dan
diuruskan oleh bumiputera sepenuhnya. Dia sendiri kagum dengan keupayaan
Tan Sri Mahathir, pemilik Empire Construction yang mampu naik walaupun
dilanda pelbagai halangan dan cubaan. Kini Empire Construction bakal
diwarisi oleh anak lelaki tunggalnya, Ammar Mirza.

“Jadi macam mana dengan hal pertunangan ni? Kalau Mirza setuju, mama
tolong risikkan.”

Haikal mengeluh. ‘Budak kudung’. Itu gelaran yang digunakan pada jodoh
yang dicadangkan oleh mamanya. Dia pegang pipi. Teringat betapa peritnya
tamparan papa apabila mendapat tahu dia menghina Lisa .

“Papa tak pernah ajak anak papa hina orang macam tu sekali. Malu tau
papa bila Ian beritahu tadi. Papa beri didikan agama pada Mirza . Tapi
sampai macam tu sekali Mirza hina Lisa .” Kata-kata papanya dulu
terngia-ngia di kepala. Waktu itu dia dalam darjah enam. Bila pulang
dari sekolah. Bertubi- tubi soalan disoal papanya sebelum tangan papanya
hinggap di muka. Papa tak pernah menamparnya. Tetapi kerana Lisa , dia
dipukul. Memang dia benci Lisa . Sejak itu, dia tidak bercakap dan
sering melarikan diri dari bertemu dengan Lisa .

“Mirza ?”

Haikal mengangguk.

“Mama dah lama sangat berkenan dengan Lisa dan mama rasa dia calon
paling sesuai untuk Mirza . Dia paling faham perasaan Hafnan sekarang,”
ucap Puan Aminah .

Haikal terkedu. Ya Allah, permainan apakah yang diberi kepadanya kini?
Selepas kelahiran Hafnan tanpa tangan kiri, Kyoko mula berubah sikap.
Sukar sungguh dia hendak menerima kekurangan yang ada pada Hafnan .
Akhirnya semakin lama, sikap dingin Kyoko turun menyebabkan perkahwinan
yang hampir setahun dibina roboh. Kyoko menyerahkan sepenuh hak
penjagaan Hafnan kepadanya. Kyoko malu dengan kekurangan yang ada pada
Hafnan .

Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidak akan masuk syurga orang yang di
hatinya ada sebesar zarah perasaan sombong."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience