BAB 4

Drama Completed 823

MANIS sekali senyuman Inara ni Lisa . Aali Iskandar masih tidak mahu
berenggang dengan emak saudaranya. Sejak keluarga Ian sampai pagi
tadi, Iskandar sibuk mengekor sahaja langkah Lisa . Dulu sebelum Ian
berpindah, Iskandar dijaga oleh Lisa . Selalu juga Iskandar merengek mahu
berjumpa dengan Lisa . Bukan Ian sengaja berpindah ke Kuala Lumpur,
tetapi sebagai seorang pegawai polis, memang dia boleh ditukar pada
bila-bila masa. Nasib baik isterinya, Kasih tidak bekerja. Jadi apabila
dia ditukar, tidak akan membawa masalah yang besar pada keluarga mereka.

“Bila Inara nak balik Malaysia?” soal Ian . Sudah empat tahun mereka tidak
beraya bersama Inara yang kini berada di United Kingdom. Suami Inara , Haikal
Imran yang merupakan seorang doktor menyambung pelajar di sana. Haikal
Imran bakal menjadi seorang pakar bedah bila kembali ke Malaysia. Mereka
juga masih tidak berpeluang berjumpa dengan kedua-dua anak Inara , Iman dan
Imanda yang dilahirkan di sana.

“Entahlah Ian . Inara sendiri pun tak pasti. Dengarnya Haikal kena kerja
sana dulu,” balas Encik Lufti. Dia sudah berjaya menangkap Iskandar .
Tembam sekali anak sulung Ian . Putih seperti ibunya. Berbeza dengan
Ian yang agak gelap. Hitam manis.

“Lepaslah tokki. Iskandar nak ikut mak su." Iskandar meronta.

“Ish, tak rindu ke tokki ke?”

“Tak!” Iskandar menggeleng.

Lisa ketawa. Dia senang hati dengan kepulangan Ian dan keluarganya.
Sedih juga dia apabila Ian berpindah tahun lepas. Mama baru sahaja
meninggal dunia dalam tidur. Mama pergi tanpa meninggalkan pesan. Ian
pula terpaksa berpindah. Tinggal dia dan papanya sahaja di rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience