BAB 3

Romance Completed 3508

“Najwa tentu gembira kan bang…? Mai tengok wajah dia berseri-seri sangat,” Maizura leka bercerita dalam ketawa tatkala mengingati raut wajah berseri Najwa yang datang membuat pemeriksaan kesihatan di kliniknya minggu lepas. Maikel di lihatnya sekadar tersenyum.

Lelaki itu kelihatan seperti tidak punya minat untuk terus berbalas bicara perihal Najwa.

Namun bagi Maizura, dia suka bercerita kisah wanita itu. Najwa yang tidak jemu-jemu berulang alik ke kliniknya sejak tujuh tahun yang lalu bagi membuat pengesahan berita gembira yang di tunggu-tunggunya membuatkan Maizura mengerti rasa yang di alami wanita itu.

Gembira sudah pasti! Bukan semua wanita di beri keistimewaan oleh Allah untuk mengandung, melahirkan sekaligus bergelar seorang ibu.

“Bang… Mai tak sampai hati nak beritahu Najwa soal kita.” Maizura berkata lagi. Kali ini suaranya kedengaran lemah. Wajah Najwa mula menghiasi layar matanya membuatkan Maizura bertambah sebak. Entah apa perasaan wanita itu bila mengetahui hakikat bahawa dirinya bermadu.

Seperti tadi, Maikel masih diam. Hanya bola matanya sahaja yang mencerlung memandang riak wajah Maizura.

“Jangan beritahu dia lagi ya… Mai takut dia tertekan. Dia kan tengah mengandung tu.” Maizura meminta penuh harap. Wajah Maikel dipandangnya lama. “Tolong ya bang…?” Sekali lagi Maizura meminta apabila Maikel terusan membisu.

“Baiklah…” Lama berdiam diri, akhirnya Maikel memberikan jawapan.

Maizura kembali tersenyum. Lega perasaannya apabila Maikel bersetuju dengan cadangan yang dia kemukakan tadi.

Bukan sengaja dia mahu terus merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan Najwa kerana selama mana mereka cuba berahsia sekalipun, lambat laun Najwa pasti akan mengetahuinya juga.

Najwa berhak untuk tahu biar seperit mana sekalipun kenyataan tersebut untuk dia telan. Hakikat tetap hakikat. Sudah aturan Allah begitu…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience