BAB 6

Romance Completed 3508

Mengapa mesti lelaki bernama Maikel yang sudah sah menjadi suami kepada Najwa Ahmad?

Doktor Farish misalnya… setahu Najwa lelaki itu turut menaruh hati terhadap Doktor Maizura. Nah, bukankah mereka sama-sama sepadan? Doktor Maizura n dan Doktor Farish! Namun, Maikel juga yang dipilih Doktor Maizura. Maikel yang merupakan suami kepada sahabatnya sendiri…

“Doktor Maizura tak salah,” ujar Maikel kemudian. Lelaki itu menundukkan wajahnya. Seketika, rasa bersalah terus menerus mengusik tangkai hatinya.

“Habis tu, siapa yang salah? Abang? Atau mak? Atau kedua-duanya sekali?” Najwa laju sahaja melanjutkan pertanyaan. Buat kali pertama, suara wanita itu sedikit meninggi. Mungkin geram apabila Maikel seperti membela Maizura sebentar tadi. Mungkin juga disebabkan itu…

Maikel meraup wajahnya dengan kedua tapak tangan. Wajah Najwa dan Maizura serta-merta bersilih ganti terpapar di ruang fikiran ketika itu. Sekejap dia menarik nafas dalam-dalam dan sekejap pula dia menghelanya perlahan.

Kalaulah dia tidak termakan dengan pujukkan emaknya untuk mencari seorang lagi isteri dua tahun lalu, pasti dia tidak akan beria-ia menggoda Doktor Maizura dan tentunya Najwa tidak akan terluka begini. Memang khilafnya terpedaya dengan hasutan nafsu. Betul cakap Najwa, siapa yang tidak menginginkan anak sendiri? Najwa lebih-lebih lagi tentunya. Sebagai isteri, sudah pasti dia juga menginginkan kehadiran bayi sendiri sebangai penyeri dan pelengkap rumah tangga mereka.

“Abang tahu kan Najwa tak suka diduakan?” Najwa tiba-tiba mengingatkan Maikel mengenai kata-kata yang pernah dituturkannya sewaktu zaman percintaan mereka berdua dulu.

Maikel hanya mengangguk. Dia pandang tepat ke wajah Najwa yang masih basah dengan air mata. Sedikit sebanyak, perasaannya turut nanar. Jiwanya juga turut tersentuh. Luka yang di rasai Najwa begitu menikam kalbunya meskipun luka itu dia sendiri yang cipatakan ke atas hati Najwa dalam terang.

“Pernah ke Najwa duakan abang? Pernah ke Najwa ada orang lain selain daripada abang?” Soalan Najwa tajam menikam ke relung hati Maikel. Bagaikan belati, hati lelaki itu tersayat pedih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience