BAB 4

Romance Completed 3508

Maikel masih lagi menyorot pandang belakang tubuh Najwa yang terhinjut-hinjut menangis. Sejak beberapa hari yang lepas, wanita itu seperti tidak mahu berhenti untuk menangis.

Risau juga Maikel dibuatnya lebih-lebih lagi memikirkan kesihatan Najwa yang turut terganggu. Menurut Maizura, jangkaan tarikh bersalin Najwa hanya tinggal seminggu sahaja lagi.

“Sayang…” Panggil Maikel sekali lagi, perlahan.

Najwa diam tidak menyahut dan yang kedengaran hanya esak tangisnya sahaja. Semakin Maikel memanggil namanya, semakin menjadi-jadi esakkan Najwa. Pilu juga perasaan Maikel.

Namun apalah daya untuk dia mengubah situasi mereka sekarang. Segala yang berlaku sudah ditakdirkan dari awal lagi.

“Abang tipu sayang selama ni! Bertahun-tahun abang dan Doktor Maizura tipu sayang…” Najwa berkata dalam nada suaranya yang tersekat-sekat berselang dengan sedu-sedan tangis wanita itu.

“Sampai hati mak abang buat semua ni dekat Najwa.” Diam sekejap, Najwa menambah lagi dalam esakkan yang cukup menghiris perasaan Maikel. Lirih juga hati Maikel.

Sudah dijangka Maikel dari awal lagi, Najwa pasti akan meraung apabila mendapat khabar tersebut namun tidak pula dia menyangka bahawa begitu cepat hal itu sampai ke pengetahuan Najwa.

Rancangnya, biarlah selepas Najwa melahirkan bayi mereka dan isterinya itu selesai menjalani tempoh berpantang, barulah dia dan Maizura bersedia menceritakan semua perkara yang dirahsiakan mereka.

“Patutlah Najwa tergerak hati benar nak keluar malam tu. Rupanya Allah nak tunjuk selama ini Najwa di tipu dalam diam…” Reda tangisan, Najwa mengalihkan pandangan menghala ke wajah Maikel.

Bola mata wanita itu yang sedikit membengkak dek tangisan berpanjangan mencerlung tajam ke anak mata Maikel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience