BAB 12

Romance Completed 3508

“Sebab Kak Mai tak pernah ikhlas menganggap Najwa macam adik Kak Mai sendiri, sebab tu Kak Mai boleh ‘lupa’ Najwa ni isteri abang!” Najwa membalas begitu. Kata-katanya memang jelas menampakkan bertapa kecewannya dia. “Abang pun sama, kalau abang tulus cintakan Najwa, abang tidak akan khianati cinta Najwa.” Najwa menghala pula kata-katanya kepada Maikel yang sedang berdiri berpeluk tubuh di satu sudut.

Hujan lebat di luar masih mencurah seakan enggan berhenti. Suasana malam itu seolah turut sama bersedih sekaligus bersimpati dengan apa yang menimpa Najwa. Sehebat mana jiwa Najwa sakit dek terluka akibat perbuatan seorang suami dan perbuatan kawan baiknya sendiri, begitulah juga hebatnya langit kelam yang seakan faham akan kesakitan seorang isteri itu lantas mencurahkan hujan lebat sebagai tanda turut sama berkongsi pilu.

Najwa atur langkah kembali duduk di sofa apabila perutnya yang memboyot itu tiba-tiba terasa sakit. Jemariya kembali melekap ke perut dan sakit yang terasa itu semakin lama semakin ketara sakitnya. Sudah tidak tertanggung rasa yang di alami, Najwa menjerit…

“Abanggg…” Panggilnya dalam suara tertahan. Maikel terkejut. Maizura juga sama. Lantas kedua-duanya bergegas menghampiri Najwa yang sedang menyandar di sofa.

Maizura menatap lama bayi perempuan berusia tiga bulan yang berada dalam dakapannya itu. Wajah bayi itu saling tak tumpah persis wajah arwah ibunya, Najwa. Sekian kali, air mata Maizura tumpah lagi dan setitis air matanya itu jatuh mengenai anak mata si kecil yang sedang nyenyak tidur.

“Damia Najwa akan meningatkan kita kepada arwah,” ujar Maikel yang entah sejak bila sudah berdiri di sisi Maizura.

“Abah, kenapa mama menangis?” Anak kecil yang berada dalam dukungan Maikel dan petah berkata-kata itu bertanya apabila melihatkan Maizura menitiskan air mata. Tidak faham dengan apa yang berlaku, anak kecil itu meminta untuk diturunkan dari dukungan kerana mahu duduk di sebelah ribaan Maizura. “Nak tengok adik…” ujar anak kecil itu lagi. Maikel tersenyum.

Sekali lagi bayi perempuan yang dipangku Maizura diperhatikan oleh Maikel dengan agak lama. Benar, wajah bayi itu mirip benar dengan wajah arwah isterinya, Najwa.

“Tak sabarnya Najwa nak dengar anak kita panggil abang walid, dan Najwa pula mama… seronok kan bang?”

Suara arwah Najwa bagaikan menari-nari mengusik ingatan Maikel lantas tanpa segan silu, air mata lelaki itu dibiarkan sahaja melimpah ke pipinya. Mungkin Allah mengambil Najwa semula kerana dia gagal memelihara isteri yang di amanahkan oleh Allah itu dengan baik. Begitu yang Maikel selalu fikirkan. Walau macam mana dia menyesal sekalipun, Najwa yang meninggal dunia usai selamat melahirkan bayi mereka tetap telah pergi dengan membawa luka di hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience