BAB 1

Romance Completed 3508

Semalam hujan turun lagi. Lebat sungguh, selebat air mata Najwa yang tidak pernah kering jatuh ke pipi.

Sesekali wanita itu mengusap perutnya yang kian memboyot. Sambil tersedu-sedu menahan tangis, dia menyuap semulut dua nasi ke dalam mulut demi tidak mahu membiarkan bayi yang sedang menanti masa untuk menjejakkan kaki ke bumi itu kelaparan terus-menerus.

“Abang mimpi lagi semalam… ada suara berbisik ke telinga abang,” ujar Maikel sambil tersenyum.

“Abang mimpi apa?” Najwa menyoal ringkas. Sengaja dia bertanya lagi meskipun sebenarnya dia cukup tahu dan faham apakah mimpi yang dimaksudkan oleh suaminya itu.

Maikel tidak akan tersenyum dan tersengih-sengih kala bercerita perihal mimpinya jika bukan berkaitan dengan impian yang bertahun-tahun bermukim di sudut hati lelaki itu.

“Sayang dah tahu apa mimpi abang tu, sengaja tanya lagi kan?” Maikel mencuit hujung hidung Najwa.

Senyuman masih lagi meleret di bibirnya dan bola mata lelaki itu kelihatan bersinar-sinar mencerlung ke arah bola mata Najwa.

Najwa tersenyum. Melihat kegembiraan yang terpancar di wajah Maikel ketika itu, sungguh dia benar-benar rasa bahagia.

Sebolehnya dia mahu kebahagiaan yang mereka kecapi ketika itu kekal hingga hujung usia.

Melihatkan keterujaan yang ditunjukkan oleh Maikel membuatkan dia turut sama teruja menanti detik bahagia bergelar ibu tidak lama lagi.

“Abang…” Najwa memanggil Maikel perlahan. Wanita itu senyum dan kemudian mengambil jemari Maikel lantas diletakkan ke perutnya yang masih belum ketara berubah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience