BAB 2

Romance Completed 3508

Beberapa saat, antara mereka berdua saling membisu. Cuma senyuman masing-masing yang mengisi ruang bisu antara mereka berdua. Senyuman Maikel lebih lagi cerianya. Semakin lama semakin melebar senyuman lelaki itu.

“Sayang mengandung…?” Terus ditanya Maikel soalan itu.

Enggan berselindung lebih lama lagi, Najwa terus menganggukkan kepalanya. Air mata yang mula bergenang di tubir mata membuatkan pandangan Najwa sedikit kabur.

Pun begitu, dia masih nampak jelas betapa Maikel begitu bahagia menyambut berita yang baru dia sampaikan sebentar tadi.

Apa tidaknya, hampir tujuh tahun mereka menanti detik-detik terindah begitu… akhirnya Allah makbulkan juga doa mereka!

“Sungguh ni…?” Maikel bertanya lagi, meminta kepastian.

“Ya bang… sungguh! Najwa tak bohong abang… Minggu lepas Najwa ke klinik, ingatkan demam biasa rupanya Doktor Maizura sahkan Najwa mengandung. Dia pun gembira sangat bang…” Najwa memberitahu jelas.

Kali ini Maikel terangguk-angguk mendengarnya. Senyuman yang meleret bagaikan tidak mahu lekang langsung daripada menghiasi bibir lelaki itu. Rasa gembira membuatkan dia terlupa akan sesuatu…

“Najwa mengandung juga akhirnya bang…” Maizura berkata sambil tersenyum. Lelaki yang sedang melayan anak kecil bermain itu dipandang sekejap dalam tenang. Lelaki itu diam. Tiada sepatah kata pun yang meluncur daripada bibirnya.

Sesekali anak kecil itu menjerit nyaring apabila hatinya berjaya digeletek si abah. Maizura yang melihat tingkah laku kedua-dua insan terpenting dalam hidupnya yang saling bergurau senda itu turut sama tergelak kecil.

“Abang balik sana malam ni…” Beritahu Maikel kemudian apabila si anak kecil tadi sedikit menjauh daripadanya. Maizura hanya menganggukkan kepala. Selama ini pun memang Maikel tidur di rumah isteri pertamanya itu. Cuma sesekali sahaja dalam sebulan lelaki itu akan bermalam di rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience