BAB 8

Romance Completed 3508

Najwa tentu kecewa! Najwa pasti luka! Lebih-lebih lagi apabila mengetahui wanita yang bermadu dengannya adalah orang yang paling dia percaya selama ini… Maizura menekup mukanya perlahan apabila anak kecil yang dipangkunya di letakkan ke atas sofa. Buat beberapa saat, bola matanya mula berkaca. Air jernih perlahan turun ke pipi.

“Kak Mai, kenapa akak tak nak terima Doktor Farish tu? Dia baik apa, kacak pula tu… sesuailah dengan Kak Mai.” Pernah Najwa soalkan perkara itu kepadanya ketika mereka berbual bersama. Maizura yang mendengar pertanyaan Najwa itu membalas dengan ketawa kecil sahaja. “Dia tak cukup layak untuk Kak Mai ke?” Najwa menduga lagi dan Maizura hanya menggelengkan kepala.

“Nantilah dulu…” ungkap Maizura perlahan kemudiannya.

“Umur Kak Mai makin lama makin bertambah, nak tunggu apa lagi kak? Doktor Farish tu pun masih bujang lagi sampai sekarang. Tunggu Kak Mailah tu!” Najwa seronok benar mengusik apabila menyebut nama Doktor Farish yang sebenarnya sama-sama satu university dengan mereka dulu. Cuma Doktor Farish dan Doktor Maizura lebih bernasib baik apabila tamat sahaja belajar terus mendapat pekerjaan sementara dia pula terus terjun ke alam rumah tangga.

Sudahnya, ijazah yang di perolehi Najwa hanya dibuat hiasan apabila Maikel yang merupakan pengarah syarikat hartanah terkenal menyuruhnya menjadi suri rumah sahaja. Cakap suami tidak boleh dibantah! Najwa menurut dengan rela…

“Kalau dah tua-tua nanti, kahwin saja lah dengan sesiapa pun yang sudi nak kahwin dengan Kak Mai, boleh gitu?” Maizura berkata dalam nada berseloroh lantas disambut ketawa Najwa. Merah wajah melepak Najwa dek ketawa mendengarkan kata-kata bersahaja Maizura tersebut.

“Nak pulak, yang masuk meminang tu datuk-datuk belaka… hehehe…” Najwa menambah lagi. Berair matanya kerana ketawa gelihati.

“Datuk yang bercucu la tu, kan?” Maizura membalas kemudian. Mereka berdua mengekek ketawa bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience