| • B A B 4 • |

Romance Series 12749

Flashback 4 years ago.

DARIPADA seorang abang...  kata-kata itu berlegar dalam kepala Aryana tatkala dia memandang cincin di hujung jari telunjuknya.

"Abang? Aku cintakan kau tapi kau suruh aku anggap kau sebagai abang. Ini ke bukti setia kau? Tinggalkan aku dikala aku perlukan kau.  Ini ke, balasan tanda setia aku selama ni?" Aryana tertanya sendiri.

Ya Allah, kenapa nasib aku malang sangat? Kenapa? Kenapa aku tak boleh bahagia macam orang lain?  Apa salah aku?  Parents buang aku! Tunang pun buang! Ya Allah, aku sudah tidak sanggup untuk menghadapi segala dugaan mu ini, Ya Allah....

Aryana meraup rambutnya ke belakang.  Kusut!  Hanya itu yang dia dapat rasakan sekarang.  Tak muncul dah pun perasaan lain.

"Ya Allah, apa salah aku?  Sampai kau sanggup buat aku macam ni, ya Allah?" tanya Aryana sambil memandang langit.  Tiba-tiba, dia terpandang jambatan yang terletak di tengah-tengah tasik.   Tasik ni, dalam bukan?

"TERIMA kasih, pak cik," Zayyan mencapai roti ais krim di tangan orang tua yang menjual ais krim itu.  Dikala dia bosan mahupun sedih, dia akan datang ke taman ini.  Bagi dirinya, taman ini, bagaikan mempunyai satu ubat yang mampu menghilangkan stressnya. 

Seorang lelaki memerlukan perempuan? Seorang perempuan memerlukan lelaki? Kalau memang betul, kena Hana sanggup tinggalkan aku?  Bukankah seorang lelaki memerlukan seorang perempuan? Sebagai mana aku, memerlukan Hana di sisi aku sakit dulu? Getus hatinya.

Kini, sudah 1 tahun berlalu, semenjak Hana meninggalkannya.  3 bulan yang lalu, dia baru saja sembuh daripada sakitnya. Kanser otak.  Apa? Korang ingat, doktor pakar sakit kanser, tak boleh dapat kanser? Dear readers, simpan dalam otak anda. Kami pun manusia jugak.  Kami pun macam manusia jugak.  Sekarang ni,  dah masuk tahun baru.  Hana masih belum kembali.  

Zayyan memandang tasik itu sambil memegang erat ais krim itu.  Dia melabuhkan punggung di atas bangku kayu itu.  Sebelum dia memasukkan ais krim itu, dia terpandang seorang kanak-kanak kecil sedang duduk di atas rumput hijau.  Kanak-kanak itu memandang Zayyan dengan pandangan mata redup..

Pasti dia lapar... getus hati Zayyan.

Zayyan hanya senyum.  Dia terua bangun lalu dia berjalan ke arah kanak-kanak kecil itu. Pakaiannya agak lusuh. Seluarnya terkoyak sana sini.  Kasutnya juga berlubang.  Zayyan melutut di hadapan gadis comel itu.

"Adik. Lapar tak?" gadis kecil itu mengangguk dengan polos. Zayyan tersenyum lalu menghulurkan roti itu kepada gadis kecil itu.  Bagi dirinya, gadis itu lebih memerlukan roti itu daripada dirinya yang berkemampuan.

"Ambiklah. Uncle belanja.  Adik mesti lapar.  Tak apa. Jangan malu." gadis itu teragak-agak untuk mengambil roti itu.  Setelah dipaksa oleh Zayyan, dia terus mengambil roti itu.  Si kecil itu, terus menjamah roti itu dengan leka.

Zayyan tersenyum saat melihat gadis itu makan.  Dia lebih suka memandang seorang insan yang kelaparan makan dengan kenyang daripada dirinya makan.  Kekadang, dia bukannya habis pun. 

Zayyan mengusap kepala gadis itu.  Saat gadis itu sedang makan dengan leka, dia menyelitkan duit sebanyak 50 ringgit ke dalam poket si gadis.

Tipulah kalau gadis itu tidak sedar.  Dia memandang Zayyan.

"Pakai duit tu.  Uncle bagi.  Beli benda yang berfaedah ye?" gadis itu mengangguk laju.  Zayyan terus beredar.

ARYANA SOFEA P.O.V

"ADIK! Jangan berdiri dekat situ dik! Bahaya!" aku langsung tidak menghiraukan amaran daripada orang awam. Aku memandang ke bawah.  Seperti yang anda tahu, di bawah, terdapat tasik yang amat dalam.  Langsung tidak membuatkan aku takut. 

Ya Allah... Aku sudah tidak sanggup untuk tinggal di dunia ini.  Aku ingin tamatkan riwayat aku di sini...  Dunia ini terlalu kejam untuk aku...  Parents tinggalkan aku...  Tunang?  Disangkakan aku bakal bahagia dengan dirinya tapi dia meninggalkan aku.  Permintaan aku hanya satu.  Aku mahu hidup bahagia.  Tapi, sepanjang aku tinggal di dunia ini, aku tidak pernah merasai kebahagian yang aku inginkan.  Mama Irah,  Papa Daniel,  ampunkan Aryana.  Aryana tak mampu jadi manusia yang mama dan papa inginkan....

Ya Allah... Ampunkan segala dosa ku...

Aku melangkah kaki ke hadapan dan akhirnya... BUSH! 

Gelap....

"ADIK! Jangan berdiri dekat situ adik!" amaran itu menarik hati Zayyan untuk melihat apa yang terjadi.  Zayyan menoleh ke arah orang ramai.  Kenapa ramai sangat tu?

Zayyan terus menuju ke arah orang ramai.   Walaupun mukanya hampir dicakar, dia tetap teruskan perjalanannya.

BUSH! Bunyi air itu menyebab Zayyan berjalan dengan lebih cepat.   Zayyan berdiri di penghadang jambatan.  Tiba-tiba, ada mak cik tua memegang bahu Zayyan.

"Nak! Tolong selamatkan budak tu! Dia terjun masuk dalam tasik tadi!" kata-kata itu menyebabkan Zayyan terkedu.  Dia terus membuka kot doktornya lalu lompat masuk ke dalam tasik bagi menyelamatkan gadis itu.

BUSH!  

To be continued...

Total words : 814 words

Sorry sbb lama tak update. Nak diikutkan story ni siap 14 hari bulan ?? Sorry lah.  Ini disebabkan korang mempunyai author yang teramat pemalas.  Tak pe, insyaallah kalau Noor keluar dengan parents pergi cari laptop esok, insyaallah Noor tulis dalam phone. Tak larat la tulis dalam phone. Lenguh!  Ok bye! Kalau Noor rajin, esok lepas subuh, DSS akan diupdate. Bye!

Noor Adnin
Thursday, 25 June 2020,
11:26 am  

Love you ??

Thanks for the vote and viewers ??

[ E D I T E D ]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience