| • T R A I L E R • |

Romance Series 12749

"Aku tinggalkan kau, sebab aku sayangkan kau. Aku tak nak kau terseksa. Itu matlamat aku atas keputusan aku."

ARYANA SOFEA, seorang gadis yang tabah dalam hadapi dugaan dalam hidupnya. Sering juga dia tertanya. Apa salah dia sehingga dia menerima pelbagai dugaan? Parents menghilang tanpa khabar berita dan membesar di rumah anak yatim.

Bertunang dan dia harapkan, dia mampu bahagia seperti orang lain. Tapi, dikala dia memerlukan lelaki itu, Irwan Syafiq, meninggalkan dirinya hanya disebabkan sakitnya sendiri. Leukimia.

"Aku perlukan kau. Mana janji kau? Kau janji, kau akan setia dengan aku, sampai bila-bila. Tak kira susah ataupun senang.  Ini ke bukti disebalik kata-kata kau, Irwan Syafiq?" - ARYANA SOFEA 

Disaat dirinya hampir mati kerana lakukan perkara yang bodoh, muncul seorang jejaka membantu dirinya.

"Aryana?" - ZAYYAN ARSYAD 

ZAYYAN ARSYAD, seorang pakar sakit kanser menyelamatkan Aryana dari lemas dalam tasik Rimba. Tapi, siapa sangka, yang digelar 'Antertu', kini telah menemukan cinta pertamanya.

Kebetulan Zayyan bekerja sebagai doktor, dia turut merawat Aryana sehingga dia sembuh dan sehinggalah dia mengambil keputusan untuk mengahwini gadis itu.

"Saya... Saya... Saya tak boleh. Doktor.. doktor layak dengan perempuan lain." - ARYANA SOFEA

Akhirnya, gadis itu terima selepas dipujuk rayu oleh doktor pakar itu. Tiga tahun,  mereka sah sebagai suami isteri. Segalanya lengkap. Kedua-dua insan, kaya, saling mencintai, bahagia... Tapi... Satu saja tak lengkap.

Z U R I A T. 

"Ana... Ana benarkan abang kahwin lain. Asalkan abang bahagia. Ana cuma nak abang bahagia dengan keluarga abang. Ana tak nak jadi penghancur kebahagiaan abang." - ARYANA SOFEA

"Abang takkan kahwin lain. Dalam hati abang ni, ada Aryana je! Tak ada orang lain! Macam mana abang nak kahwin dengan perempuan yang abang tak cinta?" - ZAYYAN ARSYAD 

Akhirnya, segala usaha mereka berbayar. Aryana Sofea telah sihat kembali dari sakitnya. Mereka hidup bahagia sementara. Tapi... 4 bulan berlalu... Zayyan kian berubah. Arak, clubbing, itu bagaikan sebahagian dari hidupnya.

"Abang, kenapa abang jadi macam ni?!" - Aryana Sofea

"Kau senyaplah perempuan! Kau tak layak nak mempersoal tentang hidup aku! Kau tu, cuma perempuan simpanan aku! Perempuan simpanan!" - ZAYYAN ARSYAD 

Sering kali Aryana buntu. Kena maki itu sebahagian daripada hidupnya sekarang.  Kenapa suaminya berubah sikap sebegini rupa? Apa salah dirinya? Aryana sering kali hampir putus asa. Dia fikir, dia mampu bahagia dengan lelaki itu. Tapi, tidak. Hidupnya terseksa.

"Aku nak cerai." - ZAYYAN ARSYAD 

Dengar saja perkataan 'cerai', hati Aryana luluh. Hatinya pecah kepada ribuan kaca-kaca kecil!  Sakit!  Hanya itu yang dia rasa? Ya Allah, kenapa sekali lagi? Kenapa dia perlu rasa perasaan ini sekali lagi? Ya Allah, apakah salah, dia nak berbahagia dengan orang yang dia cinta.

"Kalau itu yang abang nak, Ana tak mampu nak kata apa. Tapi, izinkan, Ana peluk cium abang, buat kali terakhir?" - ARYANA SOFEA 

"Aryana Sofea Binti Abdullah,  aku ceraikan dikau dengan talak 1.  See you in court, darling." - ZAYYAN ARSYAD 

Mujurlah permintaan terakhir itu ditunaikan.  Air mata Aryana Sofea bercucuran jatuh dengan laju.

Tiga bulan berlalu,  Aryana dikejutkan dengan berita mengejutkan. Pregnant. Dia mengandung anak Zayyan.  Dia terus beritahu kepada Zayyan. Zayyan hanya mampu senyum.  Aryana terkedu.   Bukankah dia hanya perempuan simpanan?  Kenapa Zayyan gembira dengan berita itu?

Aryana dijaga dengan penuh rapi meskipun wanita itu bukan isterinya lagi. Zayyan menjaga Aryana tanpa disentuh.  Tepat usia kandungannya mencecah 8 bulan, Aryana diminta untuk pulang ke rumah mertuanya.  Aryana mula rasa curiga dengan kelakuan Zayyan yang agak aneh.

"Zayyan, kenapa awak batuk, keluar darah?" - ARYANA SOFEA 

"Er... Cuaca panas. Biasalah..." - ZAYYAN ARSYAD 

Semakin lama, rahsia semakin terbongkar. Zayyan amat pintar dalam menyimpan rahsia. Walaupun rahsia itu, menyakiti dirinya.  Apa yang dia tahu....

Dia ingin Aryana bahagia...

Done for trailer. Harap korang faham. Noor harap korang enjoy. Noor tak berapa pandai buat trailer. So, this is the result. Insyaallah, bila dah siap story ni, Noor buat trailer lagi sekali. Okay?

Total words : 651 words

Noor Adnin
Thursday, 25 June 2020,
12:02 pm 

Love you ??

Thanks for the vote and viewers ??

[  E D I T E D  ]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience