| • P R O L O G • |

Romance Series 12749

DIA memandang sekilas jam tangan di lengan sasa miliknya. Kakinya ketar. Lututnya bagaikan jeli. Rambutnya yang dicalitkan dengan gel pengeras, kini sudah cair. Rambutnya kini sudah bebas dari gel. Dahinya berpeluh. Nervous! Hanya itu yang dia dapat ungkapkan. Jambangan bunga ros di pegang erat.

Disebabkan terlalu gementar, dia menggoncang jambangan bunga itu. Setelah beberapa ketika, dia terus berhenti,

"Ya Allah, janganlah goncang! Jatuh karang!" dia meneliti semula bunga itu. Mujur tak jatuh.

"Doktor!" Doktor Zayyan Arsyad terus menoleh ke belakang. Zayyan hanya senyum apabila nampak kelibat gadis yang ditunggunya itu. Gadis itu berjalan dengan perlahan-lahan kepada Zayyan.

Zayyan terus membantu gadis itu berjalan ke arah meja. Dia tidak menolak. Perlahan-lahan gadis itu melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Zayyan terus mencapai menu di ataa meja. Dia serahkan kepada gadis muda itu sebelum dia melabuhkan punggung di atas kerusinya.

"Aryana nak makan apa? Saya boleh orderkan," Aryana Sofea mengetuk dagunya. Mahalnya...

"Ana ingat, doktor jelah pilihkan. Sebab, dalam restaurant ni, mahal semuanya. Mahal!" Zayyan hanya senyum. Gadis ini langsung tidak sama seperti gadis yang pernah dia bertemu sebelum ini.

" Okay. Saya orderkan chicken chop untuk awak," Aryana hanya mengangguk. Kalau itu pilihan doktor itu, dia hanya ikut saja. Doktor itu tahu apa yang terbaik untuk dirinya.

Tapi, satu saja soalan yang berlegar dalam fikiran gadis itu. Teman wanitanya, tidak marahkan dengan dia, kerana keluar dengannya pada waktu tengah malam begini? Sudahlah berdua-duaan. Dalam restoran hospital pulak tu! Semua pekerja sudah pulang.

Setelah beberapa minit, pesanan mereka sampai. Aryana terus mencapai pisau dan garfu. Daging ayam di potong sedikit demi sedikit. Satu demi satu, ayam di masukkan ke dalam mulut.

Aryana memandang doktor yang tua enam tahun darinya itu. Uish! Makan pun menggoda ke?

"Doktor, Ana nak tanya sesuatu boleh?" Zayyan menjungkit keningnya ke atas sebagai tanda ya. Aryana memandang kiri kanan.

"Dalam restoran ni, kita berdua je ke? Tak takut kena tangkap basah ke?" tanya Aryana. Soalan itu menyebabkan Zayyan tersedak. Zayyan mencapai sapu tangan warna putih lalu dilap pada wajahnya.

"Alhamdulillah, tak kena tangkap. Sebab, kita dalam restoran ni, bukan berdua. Tadi tu kan, ada pelayan. Ana tak nampak ke?" Aryana mengangguk. Lupa pulak dia.

Aryana menyuapkan chicken chop ke dalam mulutnya. Zayyan kelihatan lebih berdebar. Zayyan terus bangun lalu dia berdiri di depan Aryana.

"Doktor? Kenapa doktor berdiri depan saya? Ada apa-apa tak kena ke?" Zayyan hanya menonjolkan senyuman manisnya. Dia terus melutut. Satu lutut di naikkan. Dia menyerahkan jambangan bunga kepada Aryana.

"D.. doktor?" Aryana terkedu. Zayyan menghembus nafas lega. Bukan biasa-biasa seorang lelaki dingin sepertinya melamar sebegini!

"Aryana Sofea Binti Abdullah. Saya tahu, saya tak seperti lelaki lain. Saya tak kacak. Saya tak sempurna. Saya banyak buat dosa. Tambahan lagi, semasa saya budak universiti. Awak tahu kan? Saya pernah ceritakan dekat awak," Aryana masih memandang mata hazel milik Zayyan.

"Dalam jambangan tu, terdapat 30 kuntum bunga ros. Saya pernah bagi dekat awak, satu kuntum bunga ros. Di mana, ia bermaksud, saya ingin berkawan. Saya juga, pernah beri awak 3 kuntum bunga ros. Itu bermaksud, cinta. 30 kuntum, sebagai lambang, tepat jam 12 pagi sekarang, saya sudah berusia 30 tahun," Aryana terkedu. Hari jadi doktor?

"Hah? Hari jadi? Alamak! Ana minta maaf doktor! Ana tak tahu! Ana tak sempat beli hadiah! Kalau Ana tahu, Ana dah minta PA Ana belikan hadiah untuk doktor," Zayyan hanya senyum.

"Ana, cukuplah sekadar Ana, menerima bunga dan hadiah yang terdapat dalam bunga tu," kata Zayyan dengan lembut. Aryana terus menilik bunga itu.

"Hadiah? Sepatutnya Ana yang bagi...," Aryana terkedu. Dia mencapai kotak baldu merah di celahan bunga itu. Cincin.

"Aryana Sofea Binti Abdullah. Sudikah Ana menjadi isteri saya? Insyaallah, saya akan cuba menjadi suami Ana yang terbaik," Aryana terus meletakkan kotak cincin itu di meja kembali.

"Ana tak terima."

"ANA tak terima."

Jawapan itu membuat Zayyan terkedu.

"Ke... Kenapa?" Aryana mengeluh. Dia memandang wajah Zayyan dengan penuh rasa bersalah. Dia tak boleh terima!

"Doktor, doktor tahu kan, Ana dah nak mati! Ana tak boleh jadi isteri doktor! Ana tak nak, doktor bergelar duda nanti. Ana tak boleh kahwin dengan doktor. Doktor... Doktor jauh lebih sesuai untuk perempuan lain. Plus.... Ana tak nak. Doktor tinggalkan Ana seperti abang Irwan tinggalkan Ana," Zayyan terus bangun dari melutut. Dia memandang Aryana.

"Aryana, saya langsung tak kesah pasal sakit Ana. Saya memang sayang Ana. Hati saya pilih Ana," Ana masih memandang Zayyan tanpa berbunyi suara.

"Ana, saya memang cintakan Ana. Saya tak kesah. Ana sakit ke, buta ke, lumpuh ke, cacat ke, saya tak kesah. Ana pernah dengar kan, kata-kata ni. Kalau dah jatuh cinta, kentut pun bau busuk. Betul tak?" Aryana hanya ketawa dengan kata-kata itu.

"Cinta tu tak kenal rupa, Ana. Ana please. Bagi saya peluang. Saya takkan sia-siakan peluang saya. Saya takkan lakukan hal yang sama macam tunang Ana buat dekat Ana," Ana masih senyap. Adakah kata-kata lelaki ini, mampu dipercayai? Getus hati kecilnya.

"Please, Ana," Aryana memandang Zayyan.

"Doktor janji? Doktor takkan ulang kesilapan yang sama?" Zayyan mengangguk dan menonjolkan senyuman. Aryana kembali tersenyum.

"Ana terima."

Total words : 879 words

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience