| • BAB 7 • |

Romance Series 12749

"SAYANG, hari ni, abang balik lewat sikit tau.  Dalam pukul 3 pagi baru sampai," Aryana mengangguk sambil menulis novel di dalam laptop predator miliknya.  

"Banyak ke patient hari ni, bang?" tanya Aryana sambil menaip kekunci di komputer riba.   Sudahlah masanya sudah suntuk.   Dia hanya ada 3 minggu saja lagi.  Ergh!   Editing pun belum.  Hidup seorang penulis novel bukanlah mudah ye anak-anak....

"Banyaklah jugak.  Sayang..." Zayyan duduk di sebelah isterinya.   Dia menutup komputer riba besar itu.   "Abang rasa tak sedap hatilah nak tinggal Ana dekat rumah hari ni.   Abang balik lewat pulak tu.   Sayang ikut abang nak?" tanya Zayyan berbaur rayuan.  Sungguh dia rasa tak sedap hati untuk tinggalkan Aryana hari ni. 

"Ana okaylah, abang.   Plus, Ana busy.  Ana memang tak boleh ikut abang.  Ana nak jugak ikut kalau keadaan mengizinkan," Zayyan mencebik. 

"Ana boleh je buat dalam office abang..." Aryana menggeleng. 

"No, abang.   Look, I'm gonna be fine.  Nothing would be happen.  Ana janji, Ana akan makan ubat, on time!   Makan pun, Ana janji, on time!  Ala, bukan tak biasa abang tinggalkan Ana sensorang kan?" Zayyan mengangguk. 

"Betul ni?" tanya Zayyan. 

"Betul..." Aryana mengangguk sambil memegang pipi suaminya. 

"Okay.  Ingat tau janji awak tu.  Ana tu bukan boleh percaya sangat.   Make sure, everytime abang call, you must answer it.  Okay?" kata Zayyan berbaur amaran.  

Aryana mengangguk.  "Dah.  Nanti abang lewat pergi.  Kesian patient tunggu abang," Zayyan mengangguk sebelum menghulurkan tangannya kepada Aryana. 

Aryana mencapai huluran suaminya dan tangan kasar itu dikucup sayang.   "Abang... Ana nak minta ampun atas segala kesalahan Ana dekat abang," Zayyan mengeluh.  Datang dah drama dia.

"Ye, abang ampunkan.  Kehadiran Ana, dalam hidup abang, amatlah membahagiakan.  Ingat janji Ana tadi tu.  Bye, sayang.  Assalamualaikum," Zayyan berkata sebelum mengucup dahi mulus isterinya.  

Aryana hanya menjawab salam Zayyan dalam hati.  Zayyan terus keluar dari pintu rumah.  Pintu dikunci secara automatik.   TIT!  Sebaik saja bunyi itu didengari oleh Aryana, tahulah Aryana bahawa pintu sudah berkunci.   Aryana terus sambung kerjanya yang satu itu.  

"AYAN!" Zayyan terus menoleh ke belakang apabila telinganya menangkap suara yang memanggil dirinya.   Dia memandang susuk tubuh yang berlari ke arahnya itu.  

"Khai?  Ada apa terjerit panggil aku ni?" Khairul Azam mengambil nafasnya terlebih dahulu sebelum menjawab pertanyaan rakan sekerjanya itu. 

"Tak ada ni.  Aku nak bagitau.   Kau ingat tak, budak yang kita selalu buli dulu tu?" Zayyan mengangguk sambil mengemam bibirnya. 

Tidak mungkin dia mudah untuk lupakan kenangan pahit itu.   Semasa dia merupakan pelajar di salah sebuah universiti di Oxford, dia merupakan pembuli yang agak terkenal.  Nampak saja manusia lemah, pasti akan menjadi mangsa bulinya.  Sepanjang 7 tahun menjadi pelajar, hampir beratus kali jugak dia dipanggil ke bilik kaunselor.  Masalah gred la, pelajar reportlah.  

Sudah tentu, dia akan upah siapa yang buat report.   Sebaik saja dia tahu siapa yang report, sudah tentu akan menjadi mangsanya yang seterusnya.   Setiap kali dia berjalan ke mana saja, pasti pelajar akan tunduk sebaik saja nampak pelajar dari Malaysia ini.  Takut!  Sudahlah pengaruhnya tinggi.  

Tapi, Zayyan dah insaf dah.   Selepas hari graduasi, dia terus insaf.  Malas buat dosa banyak-banyak.   Apa?  Korang ingat, doktor baik seperti malaikat ni, dari lahir baik ke?  "Of course.  Jason? Kenapa dengan dia?" Khairul mengajak Zayyan ke salah sebuah tempat. 

"KAU tengok tu," Zayyan memandang Jason yang sedang duduk di sebelah seorang wanita sambil mengalir air mata.   Wanita itu, kelihatan agak lemah dan dia bergantung kepada alat teknologi canggih di dalam hospital itu, bagi bergantung hidup.   Zayyan terkedu apabila dia memandang kopiah dan Surah Yasin di tangan lelaki agak tampan itu. 

"Jason... convert?" Khairul mengangguk.  "Kenapa dengan isteri dia?" tanya Zayyan sambil memandang wanita itu.  

"Kanser.   Kanser rahim.  Kesian wey.  Almost 2 years, diorang kahwin, still tak ada anak.  Bila diorang datang check dua bulan lepas, rupa rupanya, isteri dia ada kanser rahim.  Semenjak daripada tu, Jason or his muslim name, Danish, bertungkus lumus untuk sembuhkan isteri dia.  Duit, dia laburkan banyak.   Tapi, still tak cukup," Khairul memberhentikan ceritanya seketika.   Zayyan menunggu dengan sabar. "Sampailah, minggu lepas, isteri dia accident kereta.  And, of course, kanser dia bertambah teruk.   Koma sampai hadi ni.  Aku panggil kau ni, manalah kau boleh tolong dia," Zayyan memejam matanya.   Entah mengapa, situasi Jason hampir sama seperti dirinya.   Serta merta, ingatannya kembali kepada Aryana yang berada di rumah.  

"Aku akan tolong dia.  Mungkin dengan cara ni, aku boleh tebus kesalahan aku dekat dia," Khairul mengangguk.

"DANISH..." Zayyan memegang bahu Danish dari belakang. 

Danish terkedu apabila dia memandang wajah Zayyan.  Wajah yang tidak mampu dia lupakan sampaikan sekarang.  Danish terus bangun dan jauhkan diri daripada lelaki itu.  "What are you going to do with me?   Tak cukup lagi ke dengan apa yang kau pernah buat dekat dulu?  Hah?!" Zayyan menggeleng.  Jelas sekali lelaki ini trauma. 

"Wow, easy bro.  Aku datang ni, aku nak tolong kau.   Lagipun, let's bygone be bygone, bro.  Aku pun dah berubah.  Kita berdua pun dah tua bangka wey.  Takkan nak bergaduh perkara yang sama?" Danish mengeluh.  Zayyan mengemam bibirnya. "Untuk dapatkan kemaafan kau, aku akan tolong kau.  Aku akan rawat isteri kau," Danish terkedu apabila Zayyan berkata begitu.  Jelas terpancar sinar bahagia di mata lelaki mualaf itu. 

"Tapi, aku dah tak ada duit.   Company aku hampir bankrap sebab aku tinggalkan lama sangat," Zayyan mendekatkan dirinya dengan Danish.  Dia menepuk bahu Danish.  

"Dan, aku ikhlas tolong kau.  Pasal payment, biar aku yang buat.  Aku tahu, dengan apa yang aku buat ni, tak mampu tebus segala dosa aku dekat kau.   At least, I can save your wife," Danish menitis air mata.  Dia menekup mulutnya dengan kedua dua tapak tangannya.  Dia mencapai tangan Zayyan dan dijabak. 

"Ya Allah.  Ayan, thank you so much!   Aku tak tahu apa yang aku boleh buat kalau tak ada kau.  Thank you wey..." Danish memeluk Zayyan sebagai tanda terima kasih.  Zayyan menepuk belakang lelaki kurus itu.  Still keding macam dulu eh...

"Don't worry, bro. We're at the same position.  Isteri aku pun sakit jugak," Danish melepaskan pelukan Zayyan. 

"What?  Isteri kau sakit apa?" tanya Danish sambil mengelap air matanya.  Zayyan tersenyum. 

"Leukimia.  Stage 3.  Tunggu masa nak stage 4 je." lelaki berkopiah itu mengangguk.

"Korang dah ada anak belum?" Zayyan menggeleng. 

"Belum. Almost 3 years.  Aku memang tak benarkan ada anak buat masa ni.  Takut, nanti buat dia jadi makin teruk and effect baby.  Jadi, biarlah aku bersabar buat seketika.  Mungkin itu dinamakan karma apa yang aku dah buat dekat kau," Danish menepuk bahu lelaki itu.  

"Sabar, Yan.  Semua orang, Allah sediakan ujian.   Allah nak uji sama ada kita ingat dekat dia atau tidak.   Allah uji sebab Allah tahu kita kuat.  Kalau kita lemah, Allah tak uji," Zayyan mengangguk. 

"EH? Dah pukul berapa ni?" Aryana memandang jam di dinding.   Dah pukul 11.  

Aryana menguap.  Sedar tidak sedar, hampir 5 jam, dia tulis novel tanpa henti.   Al maklumlah, masa dah tak cukup.  Idea pulak banyak dalam otak.  Aryana terus shut down laptop itu lalu berjalan ke arah dapur. 

Sebelum dia sampai ke dapur, dia memegang kepalanya.  Matanya berasa berat.  Dia gagahkan dirinya juga untuk sampai di dapur. 

Aryana membuka peti ais dan mencapai ubatnya.   Dia berjalan bergantungkan kabinet dan dinding.   Perlahan lahan, dia berjalan ke arah mesin air coway.   Gelas dipenuhkan dengan air suam.   Ubatnya dibuka.   Tangannya mula ketar.  Bibirnya mula pucat seperti tiada darah yang mengalir di dalamnya.  

Aryana membuka mulut bagi memasukkan ubat ke dalam mulutnya.  Setelah dimasukkan, akhirnya, PRANG! Gelas kaca itu terlepas dari tangannya sebelum sampai ke bibir munggil Aryana dan tubuh Aryana turut mengikuti langkah gelas itu.  Aryana terus jatuh ke lantai mozek itu.   Matanya masih terbuka.   Hanya satu perkata yang mampu dia katakan sebelum matanya tertutup rapat. 

"Abang..."

TO BE CONTINUE

[MONDAY, 31 AUGUST 2020]
[6:20 PM]
[1298 WORDS]

Selamat hari Merdeka yang ke-63 ???? Alhamdulillah, hampir 63 tahun kita bebas dari tangan kuasa asing yang pernah bertapak di tanah air kita yang tercinta ini.   MERDEKA!  MERDEKA!  MERDEKA!  MERDEKA!  MERDEKA!  MERDEKA!  MERDEKA! 

YOUR SINCERELY,
?

? NOOR ADNIN ??

#copypaste

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience