| • B A B 1 • |

Romance Series 12749

SEKUJUR tubuh masih lagi tidur nyenyak di atas katil walaupun mata hari sudah tegak di kepala. Mungkin akibat penangan ubat tahan sakit yang dimakannya selepas Subuh tadi. Sebenarnya, dia tak tidur pun. Memaksa mata agar terpejam. Sengaja nak biarkan masa berlalu selepas pukul 10. Jam sudah menunjukkan tepat pukul 8.

Telinganya mampu dengar pintu rumahnya di buka. Dia mula memejam matanya dengan lebih rapat. Tak nak kantoi!

Ting! Bunyi lif juga dapat dia dengari juga. Tidak lama selepas itu, bunyi pintu biliknya. Dia dapat dengar suara lelaki.

"La, tak bangun lagi ke? My Sleeping beauty..." kata Zayyan. Zayyan tahu yang isterinya sudah bangun tidur. Pada pukul 8 pagi, isterinya, sudah pun duduk depan komputer riba untuk menyiapkan novelnya. Well, his wife is a famous writer, right?

Aryana tersenyum sebaik saja suaminya berkata sebegitu. Malu dia! Dia terfikir. Zayyan ni, puji dia betul-betul ke sebab dia tahu yang Aryana sudah bangun tidur? Aryana terus memejam matanya semula. I don't want to go!

Zayyan terus berjalan ke arah katil tidur. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya yang sedang melitupi tubuhnya dengan selimut. Tak nak kantoi kan? Mestilah tutup dengan selimut!

"Sayang, abang tahu. Sayang dah bangun tidur. Kalau tak bangun tidur lagi, mesti laptop dekat bawah tu takkan panas kan?" Aryana merengus dalam hati. Kantoi jugak akhirnya.... Suaminya amat pintar dalam menghidu penipuannya. Zayyan menggoncang tubuh Aryana dengan lembut.

Zayyan terus buka selimut. Aryana masih lagi memaksa untuk dipejam mata. Zayyan tersenyum. Dia mengucup dahi isterinya. Muka Aryana mula merah. Itu bukti menandakan dia sudah bangun.

Zayyan terus bangun dari katil lalu melangkah kaki ke arah jendela. Dia terus membuka langsir dengan luas. Serta merta, cahaya mentari pagi mula mengusik wajah mulus Aryana agar segera bangun tidur. Kelopak mata Aryana mula bergerak.

Zayyan menuju ke arah Aryana kembali. Dia mengetuk dagunya. Tiba-tiba, dia dapat idea. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya kembali.

"Kalau sayang pergi kimoterapi hari ni, sebagai ganjaran, esok, kita balik rumah mak. Nak? Alang-alang anak kak Rusyda ada. Ingat Lisa? Lisa mesti rindu Aunty dia yang comel ni," pipi Aryana dicubit sebentar. Aryana terus buka matanya dengan luas. Dia terus bangun dari tidur pura-puranya.

"Betul ke? Abang tak tipu?" soalan itu dibalas dengan gelengan. Aryana terus tersenyum. Dia terus balas.

"Okay! Hari ni, Aryana ikut pergi kimo," Zayyan terus tersenyum. Dia mengucup sekilas dahi isterinya yang tercinta itu.

Kini, perkahwinan mereka, sudah genap 3 tahun. Perkahwinan mereka amat bahagia. Sentiasa dipenuhi dengan senyuman dan sering juga pahit menimpa. 3 tahun berdua saja bukan bertiga. Mereka tiada anak. Buat masa ini, Zayyan tidak mahu anak lagi kerana dia ingin fokuskan dengan Aryana yang sedang sakit leukimia tahap empat itu. Kalau ditanya samada dia mahukan anak atau pun tidak, mesti dia akan jawab ya. Umur dia pun, sudah tua. Dah 33 dah pon. Diorang dah buat ke belum? Jawapannya tidak. Zayyan lebih mementingkan kesihatan isterinya.

Aryana? Semestinya dia mahu anak. Dia pun teringin juga mempunyai anak untuk dikandungkan di dalam tubuhnya. Anak yang dia jaga dalam perut selama 9 bulan 10 hari. Tapi, apa yang dia mampu. Faktor kesihatan tidak membenarkan dirinya. Tambahan pula, Zayyan pula tidak benarkan. Well, seorang isteri tidak boleh melanggar arahan syurganya bukan?

"Abang..." Zayyan memandang Aryana. Aryana mencapai tangan suaminya lalu dikucup dengan lembut. Zayyan mengusap belakang kepala isterinya. Dia dapat rasakan terdapat titisan air mata di atas lengannya.

Aryana mengangkat kepalanya. Air matanya bercucuran jatuh. Zayyan mula cemas.

"Hey, kenapa nangis ni? Sakit dekat mana-mana ke?" tanya Zayyan dengan lembut sambil mengusap pipi Aryana. Aryana mengucup lengan suaminya yang berada di pipinya.

"A... Ana minta maaf. Ana tak mampu beri abang zuriat. Dah... Dah tiga tahun. Tiga tahun kita kahwin. Tapi, sorang pun Ana tak mampu nak beri," Zayyan masih memandang isterinya. Dia menjuih matanya ke atas. Sudah berkali-kali dia berkata tentang hal ini.

"Abang... Ana izinkan kalau abang nak kahwin la...," tidak sempat Aryana menghabiskan kata-katanya, Zayyan terus mengucup lembut bibir isterinya. Aryana terkedu dengan kucupan itu. Kucupan Zayyan dibalas. Tangan Zayyan masih erat memegang pipi Aryana.

Setelah lama bibir mereka berpaut, Zayyan terus lepaskan. Dia memandang isterinya.

"Sayang, abang dah cakap kan tentang hal ni. Kalau mak dengar pun, mesti mak tak suka! Sebab mak, dia tak nak abang ada isteri lain! Dia nak Ana sorang je!" Aryana terkedu dengan suara Zayyan. Sungguh dia takut apabila Zayyan meninggikan suara sebegitu rupa.

Aryana masih lagi memandang lantai. Zayyan mengeluh. Dia menarik isterinya ke dalam pelukan. Tubuh Aryana dipeluk dengan erat sekali. Kalau boleh, 24 jam dia nak peluk tubuh genit ini. Tapi, jadualnya sebagai seorang doktor pakar tidak menentu.

"Abang pernah cakap. Kalau abang nak anak, abang akan minta. Tu pun, selepas Ana dah sembuh dari sakit Ana. Ana just perlu kuat. Tamau lemah-lemah! Ana perlu kuat untuk lawan sakit Ana. Sebagai ganjaran, as Ana, nak...," Zayyan mula membuat suara menggoda. Dia meliarkan tangannya dipunggung isterinya.

"N... Nak apa?" Aryana mengerut dahi.

"Macam Ana katalah. Anak. Lepas Aryana Sofea abang ni sihat, Ana mintalah anak banyak mana pun Ana nak. Abang on je. Lagi pun, abang ni kan kuat. Bergoyang katil pun boleh! Kalau setakat 20 orang anak tu, apa de hal? Sikit je tu. Ana cer kasi tau Ana nak... Adoi!" Zayyan mengaduh sakit sebelum menghabiskan kata-katanya.

Aryana mencebik setelah mencubit pinggang suami gatalnya itu. Sehari kalau tak menggatal memang tak sah! Aryana terus melepaskan pelukan suaminya. Dia mendongak memandang suaminya.

"Sehari kalau tak menggatal memang tak sah kan? Padan muka. Anyway, abang ingat, Ana ni, kilang buat anak. Nak order macam tu je? Macam ni la lelaki, tahu buat anak je, bini dio...," bibir Aryana dipaut lagi sebelum Aryana menghabiskan kata-katanya.

"Yelah, yelah. Tak payah nak membebel. Dah, abang nak pergi mandi jap. Shif malam tadi penat betul," Zayyan meletupkan tulang belakangnya. Lenguh sangat agaknya.

"Abang pergilah mandi. Ana nak pergi siapkan baju," Zayyan mengerut dahi.

"Eh tak payah! Ana tu dah la sakit! Abang siapkan," Aryana hanya senyum.

"Ala, relax la abang. Ana kuat lagi lah. Walaupun Ana dah kronik sangat, Ana still boleh lompat. Abang pun cakap kan, Ana kena banyak jalan. Nak bagi darah jalan. Okay bye. Pergi mandi. Abang bau busuk," Aryana menutup hidungnya. Zayyan menghidu kot baju doktor miliknya. Memang bau busuk lah. Berapa jam dia pakai kot itu? Banyak pesakit dia nak kena handle. Lari ke sana ke sini. Busuknya lain macam!

"Yelah, yelah. Pergilah siap. Baik-baik. Nanti jatuh," Aryana hanya tunjukkan isyarat okay. Zayyan hanya menggeleng.

"Nasib baik sayang."

"CAREFUL," kata-kata itu dibalas dengan anggukan lemah Aryana.

Perlahan-lahan Zayyan memimpin isterinya masuk ke dalam bilik. Dia membuka lampu bilik itu. Serta merta cahaya menerangi bilik tidur mewah mereka.

Sebaik saja sampai di katil, Aryana terus baringkan tubuhnya dengan lemah. Inilah salah satu sebab kenapa dia tak nak pergi kimo. Sakit pastu penat. Bukan boleh konfirm sihat pun.

"Ana tidurlah. Abang nak tukar baju kejap pastu abang tidur sebelah Ana eh," Aryana hanya mengangguk lemah. Dia terus pejamkan matanya. Mula memasuki ruang mimpi. Cepat saja matanya lelap.

Zayyan memandang isterinya. Tanpa melengahkan masa, dia terus berjalan ke arah almari dan mencari baju isterinya. Begitu juga 'kakak dan adik' isterinya. You know what I mean, reader?

Dia terus berjalan ke arah isterinya. Dia terus menukarkan baju isterinya. Setelah siap, dia terus mencapai bathrobe dan masuk ke dalam bilik air untuk mandi.

Setelah beberapa minit, dia keluar sambil mengelap rambutnya yang basah. Tiba tiba, TING! Bunyi telefonnya berbunyi. Dia terus mencapai telefonnya.

1 new message from Dr. Hana.

Aplikasi Whatsapp ditekan.

Dr. Hana
Don't forget to take your medicine, doc.

Me
I will. Thanks for reminding me. ??

Dr. Hana
Good. No problem ?? Anything for my love one.

Me
Ya thanks.

Dr. Hana
Love you ??

Zayyan hanya tinggalkan bluetick. Dia terus tutup telefonnya. Dia terus sarungkan baju tidur di tubuhnya. Setelah itu, dia terus mencapai ubat lalu ditelan.

Dia terus baringkan tubuh di sebelah isterinya yang sedang tidur. Dia menarik isterinya ke dalam pelukan lalu dikucup dahi isterinya dengan penuh kasih.

"Mimpi indah, sweety..."

To be continued...

Total words : 1342 words

Noor Adnin
Thursday, 25 June 2020
11:20 am

Love you ??

Thanks for the vote and viewers ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience