| • B A B 5 • |

Romance Series 12749

"UHUK! Uhuk!" Zayyan terus batuk sebaik saja keluar dari tasik yang dalam itu. Orang ramai mula mengerumuni mereka semua. Zayyan menyikat rambutnya ke belakang.

"Encik! Encik tak apa-apa?" lelaki itu menggosok belakang doktor pakar muda itu - or should I call/write antertu HAHHAHHAHAHA, bagi mengeluarkan air tasik yang masuk ke dalam badannya.

Zayyan memandang ke kanan di mana dia meletakkan gadis itu sebelum dia jatuh melutut di darat sebentar tadi.

'Mana budak tu pergi?' getus hati Zayyan.

Zayyan mula meliarkan matanya bagi mencari si gadis bodoh yang cuba membunuh diri sebentar tadi. Sebaik saja dirinya menangkap sekumpulan manusia sedang berkumpul, dia terus berlari ke arah sekumpulan manusia itu.

"Tepi!" Zayyan terus mencelah masuk ke dalam. Dia dapat lihat si gadis sedang terbaring lemah di atas rumput. Zayyan terus melutut di sebelah gadis.

"Sesiapa tolong call ambulans!" Zayyan memandang wajah si gadis. Rambut yang menutupi wajah jelita itu, dikuiskan ke belakang telinga. Serta merta Zayyan tergamam.

'Aryana? Panjang umur. Baru aku baca berita pasal dia dekat surat khabar. Jodoh agaknya. Eh?" Zayyan terus mendekatkan telinganya di bibir si gadis. Tiada pernafasan.

Dia memeriksa nadi. Masih berdenyut.

"Sini ada ahli medik tak? Yang perempuan? Ataupun, yang pandai CPR?" tiada balasan daripada sesiapa. Zayyan mengerut dahi. Look like, aku yang kena buat la ni? Aduh, dia ambil first kiss aku la pulak. Getus hati Zayyan bersama bibir berkerut.

"Erm... izinkan saya eh?" kata Zayyan kepada Aryana. Bagaikan gadis pengsan itu mampu jawab. Zayyan memandang kiri, kanan, hadapan, dan belakang. Adeh, tak boleh ke kalau diorang tak tengok? Malu aku. Getus hati Zayyan sambil memandang manusia-manusia di sekelilingnya. Mukanya turut juga merona merah.

"Er... tak apa, bang. Buat je. Asalkan cik Aryana ni, selamat je." kata salah seorang lelaki di situ. Orang lain turut mengangguk. Zayyan mengemam bibirnya.

Zayyan mencengkam pipi gadis itu lalu disalurkan pernafasannya ke dalam badan si gadis. Sesekali, dia turut berhenti berkali-kali bagi menekan perut gadis itu bagi mengeluarkan air tasik yang berada di dalam badan gadis itu.

Setelah diulang berkali-kali akhirnya, Zayyan melepaskan gadis itu selepas dapat rasakan tindakan refleks gadis itu. Aryana terus bangun lalu memuntahkan segala air tasik yang ada di dalam badannya. Zayyan mengusap belakang gadis itu.

Aryana memandang Zayyan seketika dan akhirnya, dia pengsan ke dalam pelukan Zayyan. Zayyan mengerut dahi. Aik? Aku ni, muka macam hantu ke sampai dia pengsan nampak aku ni? Getus hati Zayyan sambil memandang gadis itu.

Cantik, comel, bulu mata tebal, kening terbentuk cantik, rambut menawan. Getus hati Zayyan.

Sebaik saja bunyi ambulans mula kedengaran, dia terus mengambil kot doktornya yang ada pada salah seorang orang awam dan dipakaikan pada gadis malang itu. Setelah itu, tubuh gadis itu dicempung masuk ke dalam ambulans.

"DOKTOR, saya kenal pesakit ni," kata Farhani Athirah kepada Zayyan. Zayyan memandang isteri kawan baiknya itu.

"Semua orang kenal dia, Ani. Penulis novel yang telah banyak mengeluarkan buku semenjak usia 16 tahun. Plus, dia merupakan anak angkat kepada Daniel Aiman yang merupakan penulis novel seperti dirinya. Aryana bukan saja banyak mengeluarkan novel malah novelnya juga banyak diadaptasikan drama. Dia juga merupakan penulis skrip drama dan penulis lagu yang dibayar mahal," Farhani mengangguk setelah mendengar penjelasan daripada Zayyan.

"Amboi, doktor. Doktor research pasal dia ke? Setahu saya, doktor ni, bukannya jenis minat perempuan and takkan ambil kisah pasal artis-artis ni. Doktor dah jatuh cinta ke?" Zayyan tergelak sebaik saja mendengar kata-kata Farhani. Zayyan memandang jururawat cantik yang mempunyai tahi lalat di bawah matanya itu. Patutlah Aryan suka. Manis betul muka...

"Actually, saya dapat tahu daripada doktor Aryan," Farhani membuntangkan matanya. Dia memandang Zayyan dengan tepat. Tak padan dengan dah berbini. Still nak menggatal yer...

"Hah? Suami saya?" Zayyan mengangguk. Prak! Prak! Farhani meletupkan pergelangan tangan dan jari-jari manisnya itu. Zayyan menelan air liurnya selepas bahunya terhinjut sebentar tadi. Garang betul bini Aryan.

"Er... jangan risau. Aryan tak curang pun dengan awak. Aryan tu, sayang giler dengan awak. Imposibble. Lagipun, takkan orang macam Aryana, nak terpikat dengan doktor yang dah berbini. Saya pasti, Aryana pun tak nak tanggung risiko. Betul tak?" sebaik saja muncul senyuman daripada bibir nipis Farhani, Zayyan menarik nafas lega. Asal seram sangat dia ni?

"Ouh, doktor. Tadikan saya cakap, saya kenal cik Aryana ni kan? Yes, memang satu negara kenal dia. Tapi, maksud saya, bukan yang tu. Maksud saya, cik Aryana ni, merupakan salah seorang pesakit di hospital kita ni. Unit bahagian doktor," kata-kata itu membuatkan Zayyan terkedu. Unit bahagian aku? Kanser? Zayyan meneruskan memansang telinganya.

"Doktor tak tahu ke?" Zayyan menggeleng. Sumpah dia tak tahu!

"Ya Allah, saya baru teringat. Masa tu, doktor pergi bercuti di London. Memang doktor tak tahu lah. Hehe... maafkan saya doktor," Farhani menggaru kepalanya. Zayyan hanya mengangguk. Zayyan sememangnya jarang membuka mulut. Melainkan berkaitan kerja. Prinsipnya, more works, less talk.

"Sokay. Awak tak salah. Erm... dia sakit apa?" Farhani mengetuk dagunya bagi mengingati sakit yang dialami oleh Aryana. Zayyan masih menunggu sambil memeluk dada sasa lagikan bidang miliknya. Meskipun diganggu oleh steteskop yang tergantung pada lehernya.

"Tak silap saya, leukimia tahap 2. Dia menghidap sakit ni semenjak setahun yang lalu. Tapi, kesian dia. Dah la anak yatim piatu. Tak ada sesiapa yang mampu jaga dia. Tunang pun tinggalkan dia sebab parents dia dah pilih yang lain," Zayyan memandang gadis yang terbaring lemah di atas katil itu. No family...

"Ok. Thanks for the informations, Ani. Awak boleh sambung kerja awak," Farhani menonjolkan senyuman manis lalu menggeleng.

"Actually, saya tak ada kerja pun. Nak pergi office abang Aryan pun, takut dia busy," Zayyan menonjolkan senyuman.

"Hahah. Rasanya, abang kesayangan awak tu, tak busy sekarang ni. Sebab, saya dah hafal sangat dah jadual dia tu. Selalunya, kalau dia tak ada kerja sangat, dia pergi unit rawatan kanak-kanak. Nak main dengan budak-budak. Tak sabar nak jadi ayah agaknya," Zayyan senyum menyeget ke arah Farhani. Muka Farhani merona merah bak tomato.

"Ish! Doktor ni! Mengarut je!" Farhani menutup mukanya menggunakan fail yang berada di tangannya. Sungguh dia rasa malu!

"Hahah. Apalah awak ni. By the way, tak payah la nak berformal sangat. Panggil Zayyan je. Awak tu, dah berkahwin dengan kawan baik saya yang saya anggap macam abang tau. Maksudnya, awak ni, akak ipar saya lah," Zayyan menonjolkan senyuman manisnya. Farhani menggaru kepalanya sambil tersenyum malu.

Zayyan mudah senyum dengan orang yang dia kenal. Kekadang, bini orang pun boleh melekat dengan dia. Tapi, sorry. Dirinya sedang menunggu yang satu. Jodoh yang ditetapkan di Luh Mahfuz. Dia begitu yakin dengan perancangan Allah. Tanpa Allah, siapalah dirinya.

"Saya nak pergi tengok Aryana sekejap. Saya pergi dulu. Assalamualaikum," Zayyan terus beredar memasuk bilik V.I.P Aryana selepas memberi salam. Farhani hanya menghantar Zayyan dengan pandangan mata.

"Waalaikumsalam. Ya Allah, kenapalah dia ni still single sekarang ni? Alim, handsome, semua cukup. Kalau aku still single lagi, memang aku masuk meminang dah!" kata Farhani. Dia masih lagi merenung pintu bilik itu bagaikan Zayyan melambaikan tangan ke arahnya sambil tersenyum. Setelah beberapa lama, dia tersedar dari lamunannya lalu menampar pipinya.

"Eh! Astarfirullahhalazim! Ya Allah! Kau tu dah kahwin, Ani oi! Laki kau kawan baik dia! Jangan buat gilalah! Ya Allah!" Farhani terus beredar dari situ.

To be continue...

Total words :

Sorry sebab dah lama menghilang. Noor memang tak ada idea giler untuk story ni. Idea masuk untuk novel Noor yang bakal Noor bukukan dan Derita Sang Suami je. Untuk story ni, memang idea hilang. HAHAH! Padah. Sapa suruh tak tulis dalam note awal-awal? Kan dah lupa. What do you guys thinks about this chapter? Write down in the comment below.

Noor Adnin
Thursday, 26 June 2020,
12:03 pm

Love you ??

Thanks to all the voters, viewers, readers, and supporters ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience