| • B A B 3 • |

Romance Series 12749

Flashback part 1

FLASHBACK 4 years ago...

"Abang, a.... bang... jan... janji... Abang akan stay dengan Fea sampai bila-bila. Tapi, ini apa?" Irwan Syafiq menunduk. Sungguh dia tidak sanggup memandang tangisan gadis muda di depannya itu.

Fea... Itu gelarannya dahulu. Selepas putus tunang, dia lebih suka orang gelarkan dirinya 'Ana'. Baginya, panggilan 'Fea' itu, merupakan sejarah bagi dirinya. Dia tidak mahu lagi mengingati kenangan lama sebagai tunang seorang jejaka bergelar Irwan Syafiq.

"Ma... Maafkan abang. Abang terpaksa. Parents angkat abang. Diorang tak nak abang kahwin dengan Fea. Sebab... Sakit Fea... I'm sorry. Diorang pun dah ada pilihan untuk abang. Minggu depan, diorang nak masuk meminang," perkataan meminang itu, membuatkan hati Aryana Sofea semakin remuk. Sakitnya Ya Allah...

"Ouh. Kalau itu pilihan abang, fine! Fea setuju. Abang bahagia la dengan pilihan keluarga abang! Abang cakap, abang akan lakukan apa saja untuk mempertahankan cinta kita! Apa? Parents abang ingat, orang sakit macam Fea ni, pasti mati ke? Parents abang tu, tahu tak yang ajal maut semua tu, ada di tangan Allah! Bukannya tangan doktor! Parents abang tu, ingat kami tak layak bahagia? Fine! Pemikiran parents abang memang bodoh! Plus, they are not your real parents!" perkataan bodoh itu membuatkan Irwan menjadi berang.

Irwan terus berdiri dengan amarah. PAP! Tangan Irwan menampar meja restoran itu dengan kasar. Semua orang mula menoleh ke arah mereka.

"Aryana Sofea! Fea tahu tak, Fea cakap pasal sapa? Fea cakap pasal parents abang! Orang yang kutip abang daripada rumah anak yatim dulu! Orang yang jaga abang dengan penuh kasih sayang! Orang yang berikan pendidikan yang penuh dengan abang!" Aryana terpampang. Apa yang dia dah cakap tadi?

"Sudah, Fea! Abang minta maaf atas kelakuan kasar abang tadi. Abang tak bermaksud nak berkasar dengan Fea. Abang just geram. Fea sanggup mengata parents abang sebegitu rupa. Mana? Mana Fea yang abang kenal dulu? Yang sopan santun orangnya. Tidak pernah sekali pun, melepaskan kata-katanya dengan kasar dan ini kan pula kurang ajar. Sekali lagi abang minta maaf dengan Fea. Abang terpaksa. Ini permintaan family abang. Abang tiada pilihan. Yelah, abang ni, anak pungut diorang. Apa hak abang nak menolak? Maafkan abang. Abang minta maaf," ucap Irwan dengan lembut. Aryana menitis air mata. Ya Allah, kenapa emosinya jadi sebegini rupa?

Semenjak dia menghidap leukimia tahap 2, emosinya sering tidak menentu. Mengamuk, menangis, itu selalu. Pening juga dirinya kekadang.

Aryana menarik nafas. Dia perlu tenang. Dia turut berdiri. Dia mendongak untuk memandang Irwan yang jauh lebih tinggi dari dirinya. Dia menonjolkan senyuman manisnya. Dia menyikat rambut panjangnya ke belakang.

"Kalau itu pilihan diorang, Fea tak ada pilihan. Fea minta ampun atas segala kata-kata Fea sebentar tadi. Nah," Aryana menarik cincin berwarna emas daripada jari manisnya dan diletakkan di atas meja.

"Abang ambik lah balik cincin ni. Serahkan kepada perempuan yang jauh lebih layak daripada Fea. Fea tak layak. Biarpun, Fea mampu nak beli cincin yang mahal ini, tapi Fea tak sesuai untuk pakai. Fea tak cukup ciri-ciri perempuan yang layak untuk memakainya. Fea bukanlah gadis yang terbaik untuk abang," Irwan terkedu. Dia menolak cincin itu.

"Fea, Fea simpan la cincin ini. Simpan sebagai kenangan. Anggap lah, cincin ni daripada seorang abang," Aryana mengusap air matanya yang mengalir laju di pipi. Dia menolak cincin itu.

"Tak apa. Fea tak nak. Fea takut.... Fea tak mampu nak move on. Fea pergi dulu abang. Fea doakan abang bahagia dengan pilihan parents abang. Fea minta maaf atas kata-kata kasar Fea terhadap parents abang," Aryana berkata dengan penuh sesal di hati. Sungguh gadis polos seperti dirinya rasa bersalah dengan kelakuan tidak beradabnya sebentar tadi.

"Abang pun minta maaf atas kelakuan kasar abang tadi. A... Abang doakan Fea semoga cepat sembuh dari sakit Fea. Walau apa pun, sakit yang kita hadapi, pasti ada penawar. Tapi, please. Demi tanda maaf, ambik la cincin ini. Kalau Fea tak ambik, abang jadi bersalah," Aryana mengangguk dan senyum. Dia perlu kuat! Dia tak boleh lemah!

Aryana mengambil semula cincin itu dan dimasukkan ke dalam beg tangannya.

"Thank you, abang. Fea pergi dulu. Assalamualaikum," Aryana terus beredar bersama hati yang pilu.

"Waalaikumsalam," Irwan memandang gadis yang berjalan pergi itu.

"PENULIS novel Malaysia, putus tunang dengan seorang jurutera Malaysia. Berdasarkan Encik Irwan Syafiq, dirinya mengambil keputusan untuk bertunang dengan penulis novel itu kerana permintaan keluarga angkatnya untuk berkahwin dengan perempuan lain," Doktor Zayyan Arsyad menjungkit keningnya ke atas selepas selesai membaca artikel surat khabar itu. Uish! Muka depan surat khabar!

"Artis memang banyak drama eh? Aku fikir dalam drama je kes-kes putus tunang sebab keluarga. Rupanya, eh! Reality pun ada! Agaknya, tanah bumi ni, tempat kita berlakon kot," kata Zayyan Arsyad sendiri.

"Kau membebel apa sensorang tu?" Zayyan menoleh ke pintu. Kelihatan, Aryan Qadri muncul di muka pintu bersama coffee di tangannya.

"Tak ada apa ah. Aku baru habis baca tentang artis ni. Apa nama tah. Aryana Sofea? Ala, yang kau minat semenjak dulu tu," hampir saja Aryan menyemburkan coffee yang di dalam mulutnya ke muka Zayyan.

"Oi! Cerita lama jangan di sebut. Karang, kalau bini aku lalu depan office kau ni, tak pasal aku kena tarik telinga!" Aryan mencapai tisu di atas meja Zayyan lalu mengelap mulutnya yang comot.

Isteri Aryan yang baru saja diijab kabul 4 bulan lalu, Farhani Athirah, bekerja sebagai seorang jururawat di bahagian sakit kanser itu. Kalau isterinya tahu, yang dia pernah sukakan seorang penulis terkenal bernama Aryana Sofea dulu - tapi sebenarnya, masih minat, mahu kena tarik telinga. Bukan setakat itu saja. Mahu kena tidur luar sebulan! Baru je kahwin, kena tidur luar... Hai... apalah nasib. Baru nak bermanja dengan bini...

"Ha yelah. Takut bini," Zayyan meneruskan pembacaannya. Aryan memandang sahabatnya itu.

"Ayan, kau tak nak berbini ke? Kau tu, dah berusia 30 tahun tau! Tua bangka. Tapi, awek pun tak ada. Ini kan pulak bini. Dekat hospital ni, bukan main nurse yang cun melecun yang minat dekat kau. Seksi lagi! Sampaikan aku yang single dulu pun tergugat status aku sebagai jejaka malaya hospital. Kahwin lah... Sampai bila kau nak berbujang macam ni? Kita lelaki perlu ada perempuan di sisi kita. Perempuan pun macam tu jugak. Diorang memerlukan lelaki yang mampu memimpin mereka. Kau tu, cukup pakej. Alim lagi!" Zayyan hanya meneruskan pembacaannya walaupun telinganya masih mendengar kata-kata Aryan itu.

Dah macam umi aku... Hanya itu yang terlintas dalam kepalanya. Pendek tapi benar dan nyata.

"Doktor Pakar Kanser Doktor Zayyan Arsyad. Berusia 30 tahun. Kacak, maskulin, tinggi, hati baik. Apa lagi tak cukup? Segalanya penuh! Full! Tapi, jual mahal! Tunggu jodoh bagai. Carilah. Kau tu umur berapa dah. Kalau umur 24, aku tak kesah. Ini... ya tuhan... Kalau anak dara, orang panggil andartu. Anak teruna? Antertu? Ha elok! Sesuai dengan kau. Aku ada gelaran baru untuk kau. Doktor Zayyan Arsyad Antertu. Sedap apa! Aku patut di gelar Doktor Pakar Pemberi Nama," Zayyan meletakkan surat khabar di atas meja. Dia menutup telinganya menggunakan dua jari telunjuknya. Bingit betul suara dia ni kalau membebel.

Reader, nak tanya. Korang pernah nampak tak bini doktor Aryan ni membebel? Kalau korang pernah nampak, cer comment. Sapa lebih banyak cakap? Laki ke bini? Okay, now. Back to story.

Banyak cakap betullah dia ni... Mengalahkan mak cik bawang... Aku patut gelar kau Pak Cik Lengkuas... Dia ni tak sedar ke yang dia tu pun baru kahwin... sekali lagi hati Zayyan membuka mulut.

"Kau tu umur dah 30. Kahwin lah! Ada bini ni serius best! Ada orang tolong masak. Tolong kejutkan kau dari tidur. Yang kiss kau. Yang peluk kau. Yang bagi anak dekat kau... Ada first night..." Zayyan terus bangun dari kerusinya. Sebelum dia keluarkan perkataan tak sepatutnya, baik aku tutup mulut celupar dia!

Zayyan berjalan ke arah Aryan lalu menutup mulut jejaka itu menggunakan tangan kasarnya.

"Kau nak jadi lengkuas dekat sini, jangan dengan aku. Ingat sikit status aku. Aku ni single. Kau tu, laki orang. Sepatutnya, kau lebih matang! Bangang!" Aryan memandang doktor bujang di depannya itu. Lengkuas? Bukan kunyit ke?

Zayyan membuka mulut Aryan. Lama-lama karang, kena gigit.

"Aku nak keluar jap. Lagipun, patient bukan ada pun hari ni," Zayyan membuka pintu. Sebelum dia melangkah keluar, dia memandang Aryan semula.

"One more thing. Kau kena ingat. Kau pun sama dengan aku! Umur 32 baru kahwin! Aku ni baru 30. Bukan cam kau. Ada hati nak ceramah aku! Tak sedar diri punya orang tua! Aku rasa, kalau Ani tu tak kerja dekat sini, kau masih bujang tua bangka macam aku! Bawa sedar diri!" BAM! Bunyi pintu ditutup.

Aryan menjungkit keningnya.

"Halah... Mengungkit pulak dia ni... Aku ni, kenal Ani lama mana dah. Sengaja tak nak kahwin je... dia tu? Awek pun tak ada. Inikan pula bini. Kawan perempuan? Jangan harap nak senyum dengan perempuan. Hai.... Aku doakan kau jumpa jodoh jap lagi..," Aryan menggeleng.

To be continued...

Total words : 1500

What do you guys this chapter? Okay tak chapter ni? Noor ingat, Noor nak korang tahu macam mana Zayyan dan Aryana jumpa. So, this is! Hope korang enjoy. Noor ni, penulis baru nak belajar. Kalau ada salah silap, tolong tegur.

Noor Adnin,
Thursday, 25 June 2020
11 : 24 am

Love you ??

Thanks for the vote and viewers ??

[ E D I T E D ]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience