| • B A B 2 • |

Romance Series 12749

"HAHAHAH! Uncle! Shtop! Angan geletek Isa! ( Stop! Jangan geletek Lisa!)" walaupun ditegah oleh si kecil Alisa, Zayyan masih lagi menggeletek pinggang kecil gadis yang sedang duduk atas ribanya itu. Seronok betul rasa!

"No! Uncle tak nak stop! Biar padan muka! Sapa suruh bagi uncle melatah tadi!" kata Zayyan sambil ketawa. Alisa masih cuba menegah tangan kasar Zayyan itu.

Begitulah Zayyan, walaupun, dirinya seorang yang dingin, kelihatan seperti sombong, tapi itu semua pada pandangan orang. Orang yang kenal dia? Dia bagaikan bidadara. Selalu tolong orang. Buat baik itu selalu. Memang sesuai dengan dirinya yang bergelar doktor. Suka membantu insan yang memerlukan. Hati baik.

Tapi, cubalah senyum sikit kalau jumpa orang luar. Orang selalu ingat dia sombong dan berlagak. Samalah macam Aryana dulu semasa pertama kali jumpa.

Aryana memerhatikan suami dan anak kakak iparnya itu dari jauh.

'Kalau aku ada anak, mesti abang seronok macam tu kan?' getus hati Aryana.

Aryana memandang perutnya yang kempis. Dia mengusap dengan lembut. Air matanya menitis. Dia memandang suaminya dengan linangan air mata. Maafkan Ana, abang...

"Aryana..," Aryana menyeka air matanya lalu menoleh ke belakang.

"Ye umi," Datin Katrina memandang menantunya yang tersayang itu. Dia hanya senyum.

"Ana okay?" Aryana hanya sekadar mengangguk. Datin Katrina melangkah ke hadapan lalu mengangkat tangannya. Dia terus menyeka air mata Aryana menggunakan ibu jarinya.

"Kalau Ana okay, kenapa Ana nangis? Ep! Jangan bagi alasan kata masuk habuk. Kalau masuk habuk, takkan keluar air mata sampai macam ni sekali!" gugur lagi air mata Aryana. Air mata ni, memang murahkan?

"Just, Aryana suka tengok abang dengan Lisa. Mesra sangat. Agak-agakkan, bila dia dengan Ana sebelum ni, dia bahagia tak?" Pn. Katrina terkedu dengan soalan itu. Dia menarik tangan Aryana lalu menuju ke arah meja makan.

"Kenapa Ana cakap macam tu? Mestilah abang bahagia. Takkan dia tak bahagia ada isteri yang baik macam Ana ni? Umi dapat nampak. Ayan bahagia sangat ada isteri macam Ana." air mata gadis itu masih menitis laju. Seperti air terjun saja air matanya menitis.

"Ana... Ana nak bahagia. Ana nak abang ada anak. Ana teringin sangat nak bagi. Tapi... Ana tak mampu. Yes, Ana boleh pregnant. Tapi, abang kata, tunggu dulu. Dia nak fokus dengan sakit Ana dulu. Sebab tulah, abang tegah," jelas Aryana. Pn. Katrina hanya diam.

"Umi, kalau Ana minta tolong Umi ni... Umi nak tolong tak?" Pn. Katrina memandang menantunya itu.

"Ana nak minta tolong apa?" Aryana senyum bersama linangan air mata.

"ADOI! Sakitlah Lisa. Awak tendang perut uncle dah kenapa?" Zayyan mengusap perutnya yang ditendang oleh si kecil Lisa itu. Lisa menggaru kepalanya.

"Corry, uncle! Isa tak cengaje! Isa chak chahan cena geletek! Uncle cuka geletek Isa! Nanak awan! (Sorry, uncle! Lisa tak sengaja! Lisa tak tahan cena geletek! Uncle cuka geletek Isa! Tak nak kawan!)" omel si kecil yang berusia 3 tahun itu. Zayyan mengerut dahi bersama hinjutan bahu.

'Aik? Bukan aku ke yang patut merajuk dengan dia? Sebab dia yang tendang sixpacks aku yang lawa ni,' getus hati besar Zayyan. Dia memeluk gadis kecil itu dari belakang.

"Janganlah majuk. Uncle cuap (suap) ais krim nak?" si kecil itu menoleh ke arah Zayyan lalu mengangguk laju dengan suka. Zayyan hanya senyum.

Zayyan mengusap rambut si kecil itu lalu bangun. Dia terus melangkah kaki ke arah dapur. Tapi, langkahnya terhenti apabila dia dengar suara orang. Dia bersembunyi di sebalik dinding.

"Kalau Ana nak minta tolong apa?" Zayyan terus mendengar.

"Carikan isteri baru untuk abang," Zayyan terpaku. Ya Allah... Kenapa Ana buat abang macam ni? Getus hati Zayyan.

Zayyan melangkah kaki masuk ke dapur namun dia terhenti. Dia bersembunyi semula.

"No! Umi tak benarkan Zayyan kahwin dengan perempuan lain selagi Ana masih bernafas. Umi yakin! Zayyan akan lakukan apa saja demi Ana sembuh. Kalau Zayyan dengar ni, mesti dia tak suka! Kalau betul Zayyan nak kahwin lain, selagi kamu bernafas, jangan dia panggil umi ni, umi lagi!" Aryana terkedu dengan kata-kata Datin Katrina. Wanita kacukan Amerika-Melayu itu, kelihatan amat tidak membenarkan Zayyan melafazkan satu lagi lafaz nikah.

"Tapi, ini demi kebaikan abang," Datin Katrina mengeluh. Dia memegang bahu menantunya itu.

"Tapi, Zayyan nak tak? Umi nak anak-anak umi bahagia. Kalau umi carikan dia isteri baru pun, dia takkan bahagia. Dia dah bahagia dengan Ana. Umi tak nak musnahkan kebahagiaan anak umi. Sudah. Umi tak nak dengar lagi Ana cakap macam ni. Okay?" Aryana mengangguk.

Zayyan menghembus nafas lega. Thanks, umi... you are the best...

"WHY? Ana ingat, bila umi suruh abang kahwin lain, abang setuju? Cam tu?" Aryana terkejut apabila disergah oleh suaminya sebegitu rupa dalam bilik tidur itu.

"A... Abang dengar semua ke tadi?" Zayyan mengubah posisinya daripada membelakangkan isterinya tadi. Dia menghadap isterinya. Disebabkan isterinya mempunyai ketinggian yang amat rendah berbanding dengan dirinya yang tinggi seperti galah, dia terpaksa merendahkan sedikit kepalanya.

"Ana... Ana just nak... Abang bahagia. Ada anak sendiri. Bukan ada isteri yang nazak, sakit, macam Ana ni. You deserve better," Zayyan meraupkan rambutnya ke belakang. Dia memandang isterinya dengan renungan tajam.

"Ana nak cakap, abang tak bahagia dengan Ana lah. Macam tu?" Aryana senyap.

"Ana, abang ambik keputusan untuk kahwin dengan Ana tiga tahun dulu, sebab itu pilihan abang. Abang tahu, abang boleh bahagia dengan Ana walau apa pun cara. Abang cintakan Ana. Ana... Cintakan abang kan?" Aryana mengangguk laju. Zayyan senyum. Dia mengusap pipi Aryana.

"Ok dah. Jom tidur. Sebelum tu...," Zayyan menggoncang botol ubat di depan isterinya sambil menonjolkan senyuman manisnya.

"Okay," Aryana mencapai botol ubat itu. Dia menuju ke arah meja solek lalu membukanya. Beberapa pil diambil lalu di masukkan ke dalam mulut. Segelas air dicapai lalu diteguk. Dulu, ubat itu merupakan makhluk pembunuh bagi dirinya. Tapi, kini, dia sudah dapat biasakan diri.

Zayyan menarik isterinya ke katil lalu membiarkan gadis itu duduk atas riba dan berbantalkan dada bidangnya. Zayyan membaca beberapa surah Al Quran yang dia hafal semenjak usia 16 tahun dulu, ditelinga isterinya.

Setelah beberapa ketika, Aryana terlelap dalam dakapan suaminya. Sebaik saja Zayyan dengar dengkuran halus, dia terus meletakkan tubuh genit itu di atas katil. Dia selimutkan Aryana. Bibirnya dilabuhkan di atas dahi licin Aryana sebelum dia bangun dari katil.

Zayyan membuka laptopnya. Microsoft Word di cari. Dia mula menulis diari.

"Dear diary, today, Sunday, 27 January 2020, before this, I didn't expect that my beloved wife would ask my mother to find me a wife. Today, it's happen. Luckily, umi didn't let me to have a new wife. She love Ana dearly. Love you, Umi... But, there is one more question. Till when? Until when I can keep it a secret about Hana? She needs to know about my secret relationship with Hana. She should..," Zayyan tulis lagi beberapa ayat.

Diari itu, merupakan salah satu tempat dia meluahkan perasaan selain dari Aryana dan uminya. Aryana tahu tentang kewujudan diari itu tapi... Aryana tidak pernah terfikir untuk baca diari itu. Kerana dia faham, suaminya memerlukan privasi.

"Sayang, Ana boleh baca. Satu hari nanti." Zayyan tersenyum. Dia mengakhiri diarinya dengan kata-kata salam.

To be continued...

Total words : 1171 words

Noor Adnin
Thursday, 21 June 2020,

11:23 am

Love you ??

Thanks for the vote and viewers ??

[ E D I T E D ]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience